Baju Sekolah Putih Untuk Leman

Baju Sekolah Putih untuk Leman merupakan artikel berbentuk storytelling.Admin dah beberapa kali cuba menulis storytelling sebelum ini.Cabarannya admin belum mampu menghasilkan jalan cerita yang touching dan bermanfaat.

Walau apapun admin akan mencuba lagi.Tengok respon dan sambutan.Jika mendapat sambutan admin akan tulis lagi.

Tanpa membuang masa kita layan….

Baju Sekolah Putih 

baju sekolah putih
DanCristian / Pixabay

Nama saya Leman.Di sekolah kawan-kawan panggil saya Lemis. Mereka buat singkatan nama.Lemis merujuk kepada Leman Miskin.

Tak baik la begitu.Apa-apapun saya hanya mampu bersabar.

Saya memang berasal dari keluarga miskin.Ibu dan ayah berpisah sejak saya kecil lagi.Menurut ibu, ketika itu saya berumur 3 tahun.

Demi menyara keluarga, ibu saya terpaksa bekerja sebagai pencuci tandas.Saya tinggal bersama nenek yang sudah uzur.Ibu saya terpaksa berbuat demikian.Itu sahaja cara yang ada untuk ibu saya berikhtiar cari rezeki demi sesuap nasi.

WAJIB BACA :   Bisnes Tudung Je Tapi Income RM15 Ribu Sebulan..Betul Ke Nie ?

Kemiskinan yang mendesak menyebabkan saya sering diberi makan nasi berlaukkan air teh.Kadang-kadang nasi ditabur gula.Rasanya memang tak sedap.Apa boleh buat kalau dah lapar telan sahajalah.

Kehidupan saya amat berbeza dengan kanak-kanak lain.Mereka punyai keluarga yang sempurna.

Ada ibu.Ada bapa.Rumah selesa.Makanan cukup.Pakaian sentiasa ada.

Keadaan hidup saya adalah berlawanan dengan apa yang mereka ada.

Sungguhpun begitu saya redha.Saya bersyukur dengan ujian yang Allah bagi kepada saya,ibu dan nenek.

Tatkala usia saya menginjak 10 tahun,saya sudah bekerja sebagai agen upahan.Itu bahasa halus.Bahasa kasarnya saya bekerja sebagai budak suruhan.

Saya ditugaskan untuk membeli barang di kedai.Saya mengangkut barang atau apa sahaja dengan kudrat seorang budak berusia 10 tahun.

Kadar upah pula tidak menentu.Kadang-kadang dengan ucapan terima kasih.Paling tidakpun segelas air bersih dari mesin Coway.

Saat paling bahagia ketika mana saya diberi upah sehingga mencecah RM2 sehari.Itupun semasa kerja hujung minggu.

WAJIB BACA :   5 minuman terbaik untuk diet

Ibu saya masih bekerja.Cuma kali ini secara separuh masa kerana nak mengurus nenek saya yang semakin hari semakin uzur.

Alhamdulillah.

Berkat kesabaran dan kegigihan selama berbulan-bulan akhirnya saya mampu beli baju sekolah baru dengan potongan harga 50 peratus.Jualan penghabisan stok lama.

Baju sekolah putih dan bersaiz besar.Ibu pesan jangan beli saiz cun-cun dengan badan.Belilah saiz besar gedabak supaya boleh digunakan bertahun tahun lamanya.

Dengan baju putih itulah saya guna untuk solat jumaat.Semasa bekerja pun saya pakai baju yang sama.

Pendek kata saya pakai baju tersebut dari pagi sampai malam.Tengah malam cuci dan sidai bawah kipas.

Keesokannya saya guna kembali dan begitulah rutin sehingga berbulan-bulan lamanya.

Ketika di sekolah dan diluar sekolah saya sentiasa menjadi perhatian.Ada sahaja mata melirik,menjeling dan bersinar-sinar memandang saya.Pendek kata saya seperti pesalah.

WAJIB BACA :   Menikmati rasa bahagia dan sebarkan #PeaceForArakan

Jauh dalam hati saya, ada juga rasa macam retis.

Nak kata saya hensem tak la juga.Umur baru 10 tahun.Lagipun saya jenis peramah dan pemurah dengan senyum.

Asal senyum,Lemis la tu.Asal ada Lemis adalah senyum.Itulah realiti saya.Miskin harta tetapi kaya budi bahasa.

Sampaikan pada satu hari ada seorang guru kaunseling memanggil saya ke bilik guru.

Saya takut.Saya macam bersalah.Seharian dalam kelas saya gelisah.

Pada suatu petang yang indah.

Cikgu kaunseling memulakan bicara

“Leman sihat tak”

“Sihat cikgu” ujar Leman dalam ketakutan.

Cikgu kaunseling tersenyum.Raut wajahnya yang manis pasti menenangkan orang dalam ketakutan atau kegelisahan.

“Cikgu nak tanya nie.Leman pakai sabun apa untuk cuci baju sekolah ? Putih bersih berseri.Harum mewangi lagi tu”

Leman tersengih.Wajahnya yang pucat ketakutan bertukar pulak jadi berseri umpama bulan purnama.

“Saya guna sabun ——-> Delourva“.

sabun cuci baju sekolah

Tamat.

Comments 20

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge