Bakso Sarawak merupakan menu istimewa untuk admin berbuka puasa pada hari pertama.Sungguh tidak disangka inilah rezeki yang tidak terlintas sama sekali dalam fikiran,Pemiliknya sudi sedekahkan sebungkus untuk admin.Syukur alhamdulillah.Moga rezekinya bertambah luas dan terus maju dalam perniagaan.Aamiin.
Untuk pengetahuan, pengusaha gerai Bazaar Ramadan Bakso Sarawak ini memiliki gerainya di Benteng 20.Pernah admin siarkan artikel bertajuk ” Tempat Makan Best Di Kuching Mestilah Benteng 20”
Selain Bakso Sarawak, admin turut membeli Nasi Ayam Crispy.Harga dalam RM5 sebungkus.Nampaknya admin terpaksa mengalah dengan nafsu membeli.Sebab membeli seronok.Namun menjual lagi seronok.Lebih lebih lagi ketika sudah melihat keuntungan masuk dan terus masuk.
Oh ya.
Admin macam tak ingat pula.Admin bersahur dengan menu ringkas sahaja.Roti yang dicecah dengan kari ayam dalam tin.Macam biasalah kalau sudah hidup seorang diri segalanya serba ringkas.Admin makan terus tanpa dipanaskan kerana tiada dapur.
Tak sanggup rasanya nak beli Penuhu Bunsen.Ingat lagi tak benda yang sangat femes dalam makmal sains masa sekolah dulu.
Jangan hairan.Admin belum beli pinggan.Sudu dan garfu besi pun belum terbeli.Jalan mudah guna sahaja sudu plastik yang dikitar semula serta lapik tisu bersama suratkhabar lama.Boleh dikatakan admin belajar untuk hidup dibawah paras keselesaan.
Apa orang kata, jangan hidup dalam comfort zone.
Mana tahu hasil penjimatan dengan cara hidup begini mengizinkan admin untuk menempah Pakej Fotografi Perkahwinan nanti.
hahahaha.
Jumpa lagi.
Sebenarnya baca ini sambil agak kesulitan memahami bahasa Malaysia…hehe. Tapi masih bisa menangkap poinnya apa terutama baksonya..hehe. Selamat menjalankan ibadah puasa…
boleh tu..
tengok gambarpun boleh faham.
As salam. Sedihnya bersahur sorang2 dgn makanan ala kadar gitu. Teringat semasa menyewa sorang2 di Sabah dulu bersahur dgn nugget n air kopi je. huhuhuhu…sekitar 1998.
wsalam..
hahaha.
sekurang-kurang abe kie ada mengalaminya.
bersyukur dengan apa yang ada
Melihat gambarnya saja sudah tertarik, apalagi melihat langsung ya, pasti selera makan langsung meningkat tajam…
hahahaha..
itu yang sebetulnya..
masa puasa semua nampak sedap makanan tu
rasanya ..boleh tahan..
sedap juga
kalau sorang2, ala kadar pon dah rasa ok kan. asal perut kenyang saja.
kauthar mohd recently posted…Testimonial Saiz Fibroid 2cm Kecut Dan Hilang. Apa Yang Berlaku?
itu satu kelebihan kalau hidup seorang
Menarik juga bakso sarawak ni
Ada rezeki boleh ke sana nak jalan-jalkan dengan family
Wan Zawawi recently posted…Menginap Di Teratak Warisan Lxia Langkawi
hahahaha..
boleh juga tu.
Ada beza ke bakso Sarawak dan bakso di Semenanjung? Saya tak pernah makan bakso Sarawak..
saya tak pasti la pulak.
sebab belum buat perbandingan lagi hehehehe
belum pernah cuba lagi bakso ni. apatah lagi bakso sarawak
nikkhazami recently posted…Siapa Dr Maszlee Malik? Ini Biodata Ringkas Tentang Menteri Pendidikan Malaysia
makanan yang berupa sup..
intipatinya ada mee hun
ada campur fishball,sayur dan sebagainya yang layak untuk dimakan
nmpk nyer kna cari resto dapur sarawak laa kat sini kalu nk rs 😉
ya betul..
tak susah kalau nak buat..
boleh Google je resepi tu