Bantulah Blogger Suria Lekatlekit Sedaya Upaya Yang Ada

Bantulah Blogger Suria Lekatlekit Sedaya Upaya Yang Ada

Admin dengan rasa rendah hati ingin menarik perhatian para blogger.Bantulah blogger Suria Lekatlekit sedaya upaya yang ada.Bantuan yang paling afdal setakat ini adalah sumbangan wang ringgit.

Memang admin faham sangat-sangat bahawa wang adalah faktor yang susah nak dapat.Lebih-lebih lagi zaman yang penuh pancaroba ini.

keajaiban sedekah

Ada yang bekerja siang malam demi mencari rezeki berbentuk wang.Sanggup berjauhan dengan keluarga,bersengkang mata dan berhadapan dengan tekanan perasaan demi wang.

Pasti berat untuk menghulurkan wang kepada orang lain begitu sahaja.Tambahan pula sekarang ini terlalu banyak pihak yang memohon sumbangan sama ada untuk madrasah,pelarian Syria,Palestine dan sebagainya.

Oh ya.

Lupa nak bagitau!

Slot tajaan artikel admin mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.Ramai sungguh yang inbox FB  dan sudi menggunakan khidmat tajaan artikel.

Alhamdullilah

Hasil tajaan iklan tersebut admin serahkan terus kepada Blogger Suria melalui akaunnya sendiri.Itu sahaja yang admin termampu lakukan untuk membantu Blogger Suria.

Admin pun terfikir alangkah indahnya kalau admin jadi jutawan dan menanggung kesemua kos yang diperlukan.

Admin tidak mampu keseorangan untuk terus menerus membuat tajaan iklan artikel kerana banyak faktor.Antaranya talian internet yang semput.Dalam pada itu laptop yang admin guna sudah semakin uzur.Selayaknya sudah masuk ICU atau muzium ICT.

Yang paling admin khuatir jika talian internet yang admin guna ini pupus.Faham-faham sahaja jika ……

Mungkin ada yang terfikir mengapa admin begitu sungguh-sungguh untuk membantu Blogger Suria Lekatlekit.Jawapannya kerana membantu orang yang dalam kesusahan adalah tuntutan dalam Islam.Noktah.

Admin akui.

Blogger Suria kini amat gigih untuk mengumpul dana tanpa mengharapkan belas ehsan orang lain.Beliau agresif buat review produk,jual baju pra sekolah dan kuih bulan.Semangat dan kekuatan jiwanya tak tertanding waima admin sendiri.

Caiyok!

Persoalannya kini, masa sudah terlalu suntuk untuk mengumpul dana dalam masa yang singkat dengan jumlah yang banyak.

Admin percaya dengan kesungguhannya itu Allah SWT akan membantu beliau dengan keajaiban.

In shaa Allah.

Akhir kata,admin kongsikan satu statement dari Page Lekat Lekit Story berkenaan isu mohon bantuan ini.

MOHON PERHATIAN SEMUA PIHAK. MEMERLUKAN BANTUAN UNTUK KES SAMAN SIVIL RM3JUTA

Assalammualaikum
Dengan rendah hati saya ingin memohon bantuan dari semua pihak yang membaca posting ini

Saya seorang blogger yang sedang menghadapi satu kes saman sivil dengan jumlah tuntutan saman sebanyak RM3juta kerana menulis satu pendedahan berkaitan 1 produk di blog saya lekatlekit.com.

Saya memerlukan lebih kurang RM44K untuk membayar kos guaman bagi membela diri supaya dapat mengelakkan dari di jatuhi hukuman & di mufliskan dengan nilai tuntutan saman tersebut.

Sudah 5 bulan prosiding kes saya berjalan di Mahkamah tinggi. Insya Allah awal tahun depan kes saya akan di bicarakan namun kos guaman masih belum mencukupi.

Ini adalah satu perjuangan bukan hanya untuk diri saya malah untuk ramai individu di luar sana. Kekangan saya adalah tidak boleh mendedahkan maklumat berkaitan kes saman ini untuk mengelakkan saya di kenakan tindakkan mahkamah.

SAYA MENGHARAPKAN BANTUAN DARI SEMUA PIHAK TERMASUK ORANG AWAM, PENGAMAL MEDIA SOSIAL, ORANG POLITIK, NGO & SESIAPA SAHAJA.

SAYA CUMA SEORANG BLOGGER SURIRUMAH YANG TIADA PENGARUH & KES SAYA TIADA LIPUTAN MEDIA MASSA. DI SEBABKAN ITU ADA YANG MEMANDANG SEPI MASALAH SAYA.

NAMUN JIKA ANDA MASIH SUDI MEMBANTU BOLEH MENYALURKAN SUMBANGAN KE

AKAUN MAYBANK : 162795008709 (Nursuria)

Bantuan anda saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Semoga Allah membalas dengan kebaikkan di dunia & akhirat

Blogger Yang mengharap keajaiban
Suria Lekatlekit

#Samansivil #kosguaman #bantuanguaman #blogger

Nota :

Artikel ini ditaja khas oleh Kamariah Salleh yang mengusahakan produk Snack iaitu Choc & Nut 

Choc & Nut

(Visited 239 times, 1 visits today)

20 thoughts on “Bantulah Blogger Suria Lekatlekit Sedaya Upaya Yang Ada

Leave a Comment

CommentLuv badge