Barang idaman dari Johor ke Sarawak

Sudah lama saya mengintai barang ini. Nak kata mengidam sudah keterlaluan. Seeloknya saya gunakan sahaja impian.

Impian yang bakal menjadi kenyataan dan akan berada dalam genggaman. Cuma sekarang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuching.

Saya sengaja memilih untuk membeli di Johor Bahru. Mungkin kerana ada faktor penarik yang seakan-akan berada di sana.

Jika berdasarkan pengalaman peribadi, Johor, Melaka dan Terengganu belum pernah saya jejaki.

Negeri yang pertama kali saya pergi adalah Selangor pada tahun 1996 dan yang terbaharu pada tahun 2019 adalah Kelantan.

Itu pasal negeri. Ini pasal barang impian yang baik punya.

Menurut jejak rekod dari Pos Laju, barang impian ini sudah mereka diterima. Kini dalam perjalanan untuk ke tempat si penerima.

WAJIB BACA :   Selamat Hari Pekerja Buat Semua

Berapa lama untuk sampai ke Sarawak saya tidak pasti kerana bergantung kepada penerbangan pesawat.

Kalau guna jalan laut lagi la lama rasanya hehehe.

Barang impian saya ini dihantar menggunakan khidmat kurier Pos Laju. Jejak rekod ( track record) Pos Laju boleh kita kesan melalui pautan di bawah :

https://www.tracking.my/poslaju

Membeli dengan kaedah atas talian ( online) memang mudah. Kita sebagai pembeli cuma perlu percaya dengan penjual dan barang yang kita ingini.

Pelbagai cara untuk mengenali dan mengsahihkan mereka. Dapatkan nombor Whatsapp dan lihat bagaimana respons mereka.

Selain itu boleh follow up di media sosial. Hanya scammer sahaja yang tidak berani mendedahkan identiti sebenar mereka.

WAJIB BACA :   Anak Cemerlang Ibubapa Jadi Tumpuan

Kepada pembaca yang ingin membeli barangan guna kaedah atas talian pastikan SOP ini jangan ditinggalkan sama sekali.

“Hubungi mereka sebelum membeli”

Lainlah kalau beli barang yang berharga bawah RM10. Rasa curiga boleh dilenyapkan.

Barang impian saya dibeli pada 19 Jun 2020. Tarikh sampai pula akan dimaklumkan kemudian. Cuma kita doakan yang baik-baik sahaja dan terima kasih kepada pihak yang terlibat.

Rasanya itu sahaja perkongsian saya kali ini.

Kepada sesiapa yang ingin membeli telefon boleh menghubungi Bro Bin di talian 017-7824487.

Jika pembaca memang berada di Johor Bahru boleh terus ke premis mereka untuk bertanya dan membeli gajet impian anda.

Difahamkan ada ‘Free Gift’ menanti atas pembelian yang berjaya dilakukan.

WAJIB BACA :   Pengalaman sendiri seolah-olah jadi insan gelandangan

Premis perniagaan mereka ada di:

IT Smarttone Mobile,
88, Jalan Wong Ah Fook, 80000 Johor Bahru.

Apa tunggu lagi, jom hubungi Bro Bin hari ini juga.

017-7824487
017-7824487
017-7824487

Comments 20

Leave a Reply to Lynn Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge