Bayar Zakat Fitrah Di Pejabat Daerah Dalat

Zakat fitrah admin sudah bayar 10 hari sebelum berakhirnya bulan Ramadan.Alhamdulillah.Tempat bayaran pula di Pejabat Daerah Dalat.Ini merupakan satu sejarah kerana pertama kali membayar zakat fitrah di tempat sendiri sejak 20 tahun yang lalu.Biasanya admin bayar di Kuching atau Samarahan.

Pada mulanya admin bercadang untuk bayar zakat fitrah secara online.Rupa-rupanya belum ada perkhidmatan yang ada link dengan Tabung Baitulmal Sarawak.Tak pelah kalau begitu.

Bayar Zakat Fitrah

Setelah selesai bayar zakat barulah hati lega.Selagi tak bayar selagi itulah hati kurang senang.Admin ‘gerun’ kepada dua hadis berikut.

Ibnu Umar r.a meriwayatkan: Rasulullah telah memerintahkan untuk mengeluarkan zakat fitrah sebelum orang-orang keluar melaksanakan solat Idul Fitri. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Selain itu zakat fitrah adalah wajib bersandar kepada hadis ini.

WAJIB BACA :   Manfaat hubungan intim 3 kali seminggu

Abu Hurairah r.a menyatakan: Rasulullah telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan kepada orang yang merdeka, hamba sahaya, lelaki dan perempuan, anak-anak, dewasa, fakir atau kaya – daripada kalangan kaum muslimin. (riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim)

Moga bermanfaat hendaknya.

Comments 11

Leave a Reply to Admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge