Belajar Buat Blog Demi Minat ( edisi kemas kini )

Selama dua hari mrhanafi mengorbankan masa belajar buat blog. Demi minat dalam dunia blogging mrhanafi cekalkan hati untuk mencuri masa sendiri dari kerjaya utama.

Nasib baik bekerja bukan di bawah bos.

Selesai personal coaching bersama blogger Sarawak yang terkenal, Bro Ishak Hasimi, mrhanafi terus amalkan beberapa ilmu yang telah diperturunkan.

Belajar Buat Blog

Belajar buat blog

Antaranya mrhanafi menukar Yoast SEO plugin kepada All In One SEO plugin.

Tiada perbezaan yang ketara diantara keduanya. Yoast lebih mesra pengguna berbanding All In One SEO yang banyak setting secara manual.

Kekuatan plugin tersebut ialah kita boleh letak banyak kata kunci yang menarik.

Selain itu mrhanafi belajar mengunakan Watermark. Apa yang menarik Bro Ishak Hasimi telah mencipta watermark dan mini headear blog ‘on the spot’ untuk blog mrhanafi.

WAJIB BACA :   Jika Ada Benda Boleh Tulis Buat Apa Nak Cakap

Terima kasih daun keladi. Lain kali bagi belajar blog percuma lagi.

Mrhanafi juga belajar resize gambar untuk digunakan dalam artikel.

Kalau dulu mrhanafi belasah je.Janji ada gambar.Sekarang tidak lagi kerana Bro Ishak Hasimi sarankan mrhanafi guna saiz 600×400.

Itu terpulang kepada blogger sendiri. Saiz yang besar menyebabkan blog berat untuk loading.

Bro Ishak Hasimi juga perturunkan ilmunya dalam pemilihan keyword.

Mrhanafi tidak kisah sangat dengan kata kunci sebelum ini.

Mrhanafi tulis untuk bedal sesuka hati. Kesannya kadar trafik organik  hidup segan mati tak mahu.

Nasib baik mrhanafi masih kekal jadi blogger biarpun pembaca yang datang boleh dibilang dengan jari.

blogger sarawak

Sedihnya ulu hati ini.

WAJIB BACA :   Cara Mrhanafi Bina Jenama Sendiri

Namun  selepas bergelumang dalam dunia blog selama hampir 5 tahun tanpa kemajuan dan kejayaan yang memberangsang mrhanafi terus gigih menulis.

Rupa-rupanya sekarang baru faham maksud gigih. Sifat ini sangat luar biasa kerana seangkatan dengan tidak berputus asa.

Belajar buat blog tetap diteruskan.

Berjaya atau tidak jatuh nombor dua. Soal pertama minat menjadi motivasi supaya teruskan usaha supaya kerjaya blogger boleh menjana pendapatan.

Apabila elemen nak kaya, banyak duit dan ada nama pasti memberi impak kepada penulisan blog mrhanafi .

Kini jenama menjadi keutamaan. Dari jenama akan timbul kepercayaan bahawa kita ada nilai untuk kehidupan orang lain.

Nilai tersebut bukan untuk duit semata-mata. Ada yang lebih bermakna lagi iaitu ukhuwah,p ersahabatan dan persaudaraan.

WAJIB BACA :   Kes Studi : Artikel blog Yang Orang Tak Suka Baca.

Ramai blogger yang jauh dimata tetapi dekat dihati.

Biarpun mereka tidak seaktif dulu namun mrhanafi masih terkenangkan mereka.

Proses belajar buat blog masih diteruskan.

Belajar untuk minat yang tidak mampu diukur dengan parameter duit.Kalau dah banyak duit pasti keseronokan menulis berganda-ganda.

Dapat juga ceritakan bagaimana perasaan pandu kereta Ferarri, Jaguar, oshe,Lamborghini atau Roll Rocyles.

Jangan berhenti belajar kerana ilmu tidak ada hentian. Belajar formal paling tinggi dapat PHd.

Belajar buat blog tetap berterusan selagi dunia internet, online, Google, Facebook dan sebagainya masih wujud.

Itu sahaja dahulu  sebab nak mrhanafi nak berangan jadi  Orang Kaya Samarahan.

  • kemas kini 20/6/23

Comments 8

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge