Belajar Buat Blog Yang Power SEO

Belajar buat blog adalah proses berterusan.Orang dulu-dulu kata,belajar buat blog sehingga ke liang lahad.Boleh pakai ke kata-kata begitu.Saya rasa boleh.Anda rasa bagaimana ?

Artikel ini ditulis khas untuk blogger naif macam saya tetapi minat mempelajari SEO.Perkongsian yang naif ini pasti menyebab anda lebih naif lagi. hehehehe.

Alaa.

Saya gurau je

Belajar buat blog dengan teknik SEO

belajar buat blog

Apa itu SEO ?

Bahasa mudahnya Search Engine Optimized.Istilah yang digunapakai supaya apa-apa artikel yang kita siarkan dari blog dapat ditemui melalui carian Google atau Bing. [bukan bingo]

Lagi kedepan atau lagi ke atas artikel anda dalam halaman enjin carian maka lagi  powerlah kemahiran SEO anda.

Tidak hairan kalau dah pandai SEO .Sebab itu Rahsia Buat Duit Online Guna Blog Terbongkar 

Kita buat uji kaji mudah.

1.Pergi ke Google

2.Guna New Window Incognito.

3.Taip “Belajar Buat Blog Power SEO 

4.Hasilnya anda akan temui beberapa blog yang power SEO.

Kalau tak power sudah pasti artikel mereka tidak akan berada disitu.

Saya berharap artikel ini pun boleh berada dihadapan dan bukannya tercorot.

Ok.

Dalam artikel ini saya akan berkongsi cara membuat blog sendiri dengan mudah yang power seo.Saya menulis dengan kefahaman asas.Bukan peringkat advance tau!

10 ciri blog yang power SEO

belajar buat blog yang power seo

1.Ada kata kunci yang strategik

Blog anda hebat SEO bukan kerana rupa yang cantik atau berkelip-kelip.Sebaliknya blog anda yang manipulasi kata kunci seo yang menjadi carian pencari maklumat.

Untuk mendapat kata kunci yang menjadi idaman ramai anda boleh guna Google Adword Keyword Planner.

Selain itu gunakan juga KW Finder.

Cari je kat Google.Pasti jumpa punya.

Saya sarankan anda boleh install Google Analytic untuk mengkaji kemasukan kata kunci dalam blog.

Bagi pengguna WordPress macam saya,kasi intsall Jetpack pun boleh.

Bahkan kawan saya yang terror SEO pun bagi cadangan guna Nuffnang atau Hitsat.Kat dashbord tu boleh detect kata kunci yang tersesat masuk blog anda.

So tiada alasan untuk tidak tahu di mana nak mendapatkan kata kunci yang baik punya.

WAJIB BACA :   Cuti Gantian 4 Hari Layan Facebook

Kalau belum ada jomla daftar blog kat situ

2.Penggunaan Meta Tag dan Title tag

Robot Google mendapat signal kata kunci dari title tag dan meta tag yang kita guna dalam artikel.Mungkin bagi mereka yang masih baru istilah ini agak terasing.

Saya bagi contoh mudah.

Dalam artikel ini saya guna kata kunci “Belajar buat blog”

Jadi tajuk yang saya guna ialah : Belajar Buat Blog Yang Power SEO

Selepas itu saya setkan title tag pada bahagian permanlik >> https://mrhanafi.com/belajar-buat-blog

Saya guna juga meta tag yang ada kata kunci.Untuk lebih faham meta tag letaknya pada bahagian perenggan pertama artikel.

contohnya :

Belajar buat blog adalah proses berterusan.Orang dulu-dulu kata,belajar buat blog sehingga ke liang lahad.Boleh pakai ke kata-kata begitu

Huruf yang saya bold itu adalah kata kunci.

Masa saya mula-mula jadi blogger dan sekarang pun kadang-kadang belasah je benda ini.

Tengok-tengok ada juga artikel saya berada di halaman utama  Google.

Kira nasib la kot.

3.Blog yang selalu main di media sosial

Bagi saya point yang ok.Cuma tak kuat sangat dalam mempengaruhi  SEO.

Artikel yang banyak komen,like dan share akan memberi signal kepada Google bahawa artikel ini relevan.

Banyak manfaat kepada pembaca.

Pembaca suka.

Google pun suka.

Yang pelik jangan suruh pembaca share.Mereka tak akan share kecuali artikel tersebut betul-betul mempunyai nilai kepada mereka.

Betul tak ?

4.Banyakkan related post dalam artikel

Benda ini plugin  yang sediakan.Sebab Google suka artikel macam surat berantai atau bom berangkai.Klik dari satu link ke link yang lain dalam blog yang sama.

Jadi blog yang power SEO harus meletakkan artikel yang berkaitan banyak-banyak.Mungkin website dan minisite kalah dalam bab ini.

Blog ada kelebihan kerana konten yang banyak dan berlambak-lambak.Pastikan yang berkaitan sahaja

5.Letakkan Previous and Next artikel

Template blog anda sudah sediakan.Tujuannuya supaya pembaca lepak lama kat blog anda.

Lagi lama lagi bagus supaya Bounce Rate blog rendah.Google suka dan pembaca suka.Pemilik blog mungkin tak sedar kecuali dia teropong guna Google Analytic.

WAJIB BACA :   Artikel mrhanafi kena plagiat oleh Kuala Lumpur ODK Blog

Dalam istilah SEO, kaedah ini untuk buat kitaran perahan link berlegar dalan blog anda sahaja.

Istilah omputihnya Juicy Link.

6.Guna pagination

Maksudnya blog yang mengguna nombor page disukai Google.Bagi saya dah lama guna cara ini.

Semua benda nie ada pada theme tertentu agar memudahkan pembaca menekuni blog anda.

Untuk Google pula mereka senang nak trace nombor artikel.Kerja jimat masa dan blog anda jadi power SEO.

*info ini saya rujuk dari penulisan Ken Lyons 

7.Blog yang ringan

Kepantasan loading mempengaruhi minat pembaca untuk mengunjungi blog  kita.Dalam WordPress sudah tersedia plugin yang melajukan blog.

Sekarang ini ada theme yang diserasikan dengan AMP.Pasang benda nie blog ringan dan laju.Cuma banyak plugin yang penting tidak berfungsi pada theme AMP.

Misalnya plugin Commenluv.

8.Blog yang clean

Maksudnya tiada benda-benda yang berterbangan atau pop up.Iklan kurang dan pendek kata tengok pun cantik.

Blog yang clean termasuk dalam kategori santai.Pengisiannya lebih kepada konten yang dicari oleh pelawat

9.Theme yang mesra SEO

Google guna robot untuk menjelajah artikel kita sebelum dibenarkan untuk berada di carian utama.Theme yang kita guna perlu ada teknikal setting yang diperlukan.

Masa saya bermain di Blogspot saya suka edit kod html dalam template konon-kononya nak dapat blog mesra SEO.

Theme di WordPress saya masih naif.Rupanya pelik bin ajaib.

10.Konten blog

Dalam banyak point yang saya sertakan di atas,konten adalah raja.

Pembaca pergi ke blog anda dengan harapan untuk membaca dan mendapat info yang mereka ingini.

Lainlah  rakan-rakan blogger.Mereka datang sebab nak membalas kunjungan dalam sesi blogwalking.Cuba berhenti blogwakling maka blog anda dan saya berbunyi krik,krik,krik.

Tak ada orang komen tetapi trafik menggila banyakknya.

Sekarang fahamkan bahawa pengunjung datang ke blog kita untuk membaca konten atau artikel yang mereka ingini

Tanpa konten yang relevan dan komprensif atau blog yang laju dan clean tiada maknanya  SEO tu.

Konten blog yang disukai Google harus menerapkan 12 Signal LSi.

WAJIB BACA :   Bekerja Keras 18 Jam Sehari

Kalau nak lihat penggunaan signal tersebut boleh kaji dalam artikel Perniagaan Dalam Talian Realiti Masa Kini.

Pelik tetapi itulah ciri konten yang power SEO.Jika susah nak faham jom kita cari sifu SEO.

Sifu SEO tempatan yang boleh difollow rapat-rapat

sifu SEO tempatan

Saya akui tak pandai sangat Bahasa Inggeris.Jalan penyelesaian belajar dari sifu tempatan yang otai ini.Mereka mengkaji ilmu SEO bahasa Inggeris dan menterjemah ke bahasa yang mudah kita fahami.

1.Tuan Happysus

Beliau merupakan blogger otai dalam dunia SEO blog.Saya dah follow blog beliau dari dulu sehingga sekarang.

Yang peliknya kami belum sempat nak berjumpa walaupun tinggal di Bumi Kenyalang.Saya yang belum bersedia sebenarnya.

Kepakaran beliau dalam SEO boleh dikaji dan diteliti dalam blog Panduan SEO Google Bahasa Melayu

2.Tuan Wan Yusof

Seorang lagi Sifu SEO yang saya akui ada kelas tersendiri.Bahasa penulisan santai namun pengisian point padat dan tepat.

Saya dikhabar beliau berada di Kelantan dan merupakan seorang doktor.

Ilmunya boleh anda tekuni dan hayati di blog SEO & Content Marketing Training Malaysia

3.Tuan Azham Zainal

Sifu yang ini lagi baru lagi saya kenali.Memang power dalam bab blog SEO.

Sekarang ini menjadi penganjuran kepada Cabaran SEO WCB.

Satu-satunya cabaran SEO yang mencabar akal dan minda.

Hadiah yang ditawarkan bernilai RM13K.Terbeliak biji mata untuk menang.

Apa yang menarik dengan Sifu Azham ialah pengkongsian ilmu SEO untuk menjana duit.

Anda boleh mengintai peluang belajar bersama Azham Zanal SEO Private Practice 

Kesimpulan

Maaf kalau artikel ini panjang.Memang susah nak tulis pendek sejak saya suka belajar SEO.Idea nak menulis bagaikan bertih digoreng.

Cuma kadang-kadang macam tin kosong.

Dipukul dan dipalu berhari hari.Bunyi memang bising.Namun isinya tiada.

Jom gelak.

hahahahaha.

Baiklah kita serius balik.

Bidang SEO untuk bina blog berbaloi untuk dipelajari.

Jangan hairan kerjaya blogger sudah termasuk antara 7 Kerja Sambilan Di Rumah Yang Popular.

Sehingga ke saat ini.Kita jumpa lagi dan terima kasih kerana berminat untuk belajar buat blog.

Comments 39

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge