Mengapa Saya Beli Buku Motivasi Zig Ziglar ?

Buku motivasi Zig Ziglar memang best.Mrhanafi memulakan perjalanan yang hebat pada tahun ini dengan membeli senaskah buku.Tahniah untuk diri sendiri kerana mampu menguasai diri untuk membeli keperluan ilmu iaitu buku.

Ia adalah buku motivasi berjudul ‘See You At The Top’ hasil penulisan Zig Ziglar seorang tokoh motivasi dunia.Buat makluman semua ia adalah edisi Bahasa Melayu.

buku motivasi

Jika tahun sebelumnya mrhanafi gemar meminjam buku dari perpustakaan.Bahkan berjaya membaca sebuah buku dalam seminggu,Namun apabila sudah sampai tempohnya maka buku tersebut terpaksa dipulangkan kembali.Dah nama gaya meminjam.Nak cakap apa lagikan.

Lain ceritanya kalau membeli untuk keperluan diri sendiri,dimiliki,ditulis dan dibaca sampai lumat pun boleh.Paling penting buku tersebut boleh dirujuk pada masa-masa yang akan datang.Jika diizinkan boleh dibuat perpustakaan mini di rumah sendiri.Biar anak anak membaca untuk keperluan minda mereka.

WAJIB BACA :   Kisah Sebak Seorang Penagih Najis Dadah

Buku ini berharga RM36.00 untuk Sabah dan Sarawak.Ketebalan 521 mukasurat dan diterjemahkan oleh Nur Junainah Masjuni.Penerbitnya ialah Publishing House  Sendirian Berhad manakala tahun cetakan pertama pada 2015.Nampaknya masih baru walaupun usia versi asal buku ini dah menjangkau 25 tahun.

Ada banyak sebab mengapa mrhanafi mengemari buku motivasi dari tokoh hebat dari Barat.Namun tidaklah sampai begitu obses kerana ilmu yang mereka sampaikan itu sebetulnya ada dalam ajaran Islam.Cuma pendekatan secara  universal menampakkan mereka hebat.Hakikatnya pemikiran mereka tidak setanding pemikiran orang beriman.

Selain Zig Zilglar, mrhanafi turut meminati Anthony Robbin,Dale Carnegie,Tony Buzan,Steven Convey dan ramai lagi.Mereka adalah ikon barat yang dikagumi jutaan pembaca seluruh dunia.Namun topik asal ilmu yang mereka bincangkan itu sudah ada dalam dada orang Islam.Ironinya orang sendiri yang tidak yakin dan beramal dengan ilmu yang mereka miliki.

WAJIB BACA :   Tangisan Pelarian Syria Semakin Sayu

Sesiapa yang belum singgah dijemput ke sana sesegera yang boleh.Jika lambat kena tinggal.Alahai itu ayat mainan usahawan telco sekarang ini.

Membeli buku motivasi atau apa jua buku tidak penting.Paling penting ialah menghayati ilmu yang disampaikan dalam bentuk tindakan.Ada dikalangan kita yang memang suka membeli buku namun tidak sempat membaca serta mengaplikasi ilmu yang disampaikan.

Sudah tentu sebagai blogger aktiviti menulis sangat memerlukan rutin membaca.Tanpa membaca sukar untuk mengembangkan idea dan penyusunan ayat-ayat penulisan.

Jadi apa pandangan pembaca sekalian.Jika ada jomlah kongsikan untuk mrhanafi dan pembaca lain dalam ruangan komen.

Comments 17

Leave a Reply to titan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge