Sarapan, bengkel, dan buku terpakai

Lama sungguh saya tidak menulis santai. Apabila disebut santai saya akan langgar pelbagai hukum penulisan formal atau skema.

Bukan itu sahaja, pantang larang atau terma dan syarat SEO pun saya bantai.

Jalan terus.

Pada paginya saya sarapan dulu dengan roti  canai telur dan nescafe tarik. Harga air lebih tinggi daripada harga makanan. ( rujuk gambar yang disediakan)

Saya tidak terkejut dan memang menjangka hal sedemikian.

Biarlah..

Tarikh menarik dan bermakna, 30 April 2025.

Hari ini bukan dalam sejarah pun, saya berkesempatan mengikuti bengkel penulisan dan kewartawanan oleh Francis Paul Siah.

Menarik dan kagum dengan tenaga beliau yang masih padu serta mantap dalam menyampaikan ilmu.

WAJIB BACA :   10 cara habiskan 10k kwsp dalam sehari

Siah sudah berumur 65 tahun dan masih menjadi journalist ( penulis ruangan kolum di akhbar dan portal)

Bayangkan dalam masa 3 jam beliau lebih bercakap tanpa henti. Pelbagai idea, pengalaman dan pandangan dilontarkan.

Dalam banyak perkara saya tertarik dengan topik cara belajar bahasa inggeris dengan efisien.

Beliau sarankan untuk banyak membaca buku, mendengar podcast atau menonton dokumentari yang berkualiti.

Bukan itu sahaja, kita perlu bercakap dan berlatih depan cermin untuk memastikan keyakinan, kefasihan dan kelancaran berbahasa Inggeris.

Malah disarankan untuk sertai kelab Toastmaster jika mahu lebih serius. Selain itu cuba jadikan tabiat belajar lima perkataan susah setiap hari. Kalau sebulan, kita akan belajar dan faham 150 perkataan bahasa asing tersebut.

WAJIB BACA :   Cerita sekeping gambar (siri 7)

Banyak lagi info menarik tetapi lebih kepada persekitaran wartawan dan editor.

Bengkel tamat jam 12 tengah hari. 

Kami para peserta diberi wang saku RM20 untuk makan tengah hari sebagai ganti kerana tidak disediakan makanan.

Sebelum balik saya singgah di reruai yang menyediakan buku terpakai untuk dibawa pulang secara percuma.

Ada peluang saya sembat juga demi ilmu.

Buku lama dan entah saya boleh baca atau tidak.

Tengok la nanti,

Sekian dulu. Jumpa lagi.

25 thoughts on “Sarapan, bengkel, dan buku terpakai”

  1. Saya google, apa itu reruai. Oh, booth rupanya. 😀
    Saya pernah jumpa reruai di taman riadah UTP di Tronoh, tapi saya ingat, kita pinjam masa baca di situ. Lepas baca, kena letak balik.
    Bagusnya, dapat sertai bengkel.

    Reply
    • Ya…reruai merujuk kepada booth atau sudut pameran

      saya berani ambik buku kerana memang dinyatakan notis untuk boleh dibawa pulang satu sahaja untuk seorang

      Reply
    • jom kita baca buku balik..

      saya rasa bosan dan jengkel juga layan medsos kerana konten banyak menjurus kepada perkara bersifat ghairah atau nafsu

      Reply
    • terima kasih kerana suka baca blog ini.

      kalau masa rajin saya tulis sendiri konten

      kalau kurang rajin …AI la jawapnya tapi tiada kepuasan jiwa lepas membacanya

      Reply
  2. dahsyat tuuu
    3 jam, bercakap tanpa henti…
    kita yang nak buat live 5 minit pun tergagap-gagap hahaha

    est tu dpt buku free
    tp dpt sebuah je ke?

    Reply
    • rata-rata penceramah boleh sembang 8 jam tau…sebab ilmu tersangat banyak

      saya dapat satu jer buku free dan itu saja syaratnya untuk diambil

      Reply
  3. dulu saat di Penang, saya masih pakai BHS inggris hari2 di kampus , apalagi semua teman pun dari berbagai negara. sedikit sangat yg Melayu, Krn private college. JD memang lah lancar selama di sana. trus balik JKT, dpt kerja di foreign company, so masih terpakai BHS inggris saya.

    tp sejak resign, bye semuanya 🤣🤣🤣. dah jarang pakai, jadi halting tiap bicara. masih paham secara passive, tp utk bicara yg mikir dulu , Krn jrang terpakai 😅.

    memang kalau bahasa ini wajib dipakai tiap saat biar ingat

    Reply
  4. Penulisan tuan yang saya berkesempatan untuk baca sememangnya banyak yang mesra SEO. Saya ini asyik berangan aje la hendak menulis mengikut SOP sebenar. Menulis ala secara santai aje sudahnya. Belum kisah tidak update blog dengan begitu lama. Bestnya dapat buku terpakai secara percuma.

    Reply
    • terima kasih kerana sudi dan sempat baca blog saya.

      mana-mana yang mesra SEO itu mungkin hasil janaan AI.

      penulisan santai…itu saya belasah saja

      Reply

Leave a comment

CommentLuv badge