Berlakon Jadi Blogger Sepenuh Masa

Berlakon Jadi Blogger Sepenuh Masa… Mrhanafi sudah bekerja makan gaji selama 20 tahun.Dalam tempoh yang begitu lama itu belum pernah rasa seronok tahap maksima  dengan pekerjaan yang dilakukan.Jadilah mrhanafi seperti mesin yang bertopengkan manusia.Pagi kerja.Petang balik kerja,Malam pula tidur.Itu sahaja rutinnya sambil-sambil diselangi tengok tv,bersama keluarga dan kawan-kawan.Itu kisah orang makan gaji.Sekarang mrhanafi nak cerita kisah blogger pulak.

blogger sepenuh masa

Agak lama juga mrhanafi dah jadi blogger separuh masa.Mrhanafi menjadi blogger sejak penghujung tahun 2012.Kini dalam perjalanan pula  untuk menjadi blogger sepenuh masa.Rutin hidup sudah berbeza.Cara pemikiran blogger berlainan dengan orang kebanyakkan.Blogger sentiasa berfikir untuk menulis sesuatu supaya dapat dikongsikan kepada pembaca setiap hari.Mereka dapat manfaat dan ilmu pengetahuan.

Mrhanafi nak berlakon.Bukan berlakon filem atau drama.Mrhanafi berlakon nak jadi blogger sepenuh masa pada hari ini.Mrhanafi tak nak fikir kerja makan gaji lagi selama 24 jam dari sekarang.Kebetulan pula hari ini mrhanafi offday.Elok sangat la tu.Untuk menjayakan lakonan tersebut mrhanafi menjadi pengarah kepada diri sendiri.

Perkara pertama nak dilakonkan ketika menjadi blogger sepenuh masa ialah bagaimana nak menjana pendapatan.Ada sumber kewangan untuk menampung kehidupan.Bayar itu dan bayar ini.Simpan sini dan simpan sana.Malah paling penting ada duit untuk bersedekah sana sini sebagai tabiat hebat orang kaya.

Oleh kerana mrhanafi seorang blogger yang belum dikurniakan rezeki yang luas dari blog maka mrhanafi akan berlakon terlebih dahulu.Berlakon bagaimana rasanya ada duit yang cukup banyak dari blog. Mrhanafi berlakon menjadi blogger sepenuh masa yang ada pendapatan RM10 ribu sebulan.Lakonan itu akan berlegar di dalam fikiran sebelum diulang tayang pada minda bawah sedar.

Mrhanafi diberi kontrak menulis entri berbentuk motivasi setiap hari.Bayaran dibuat setiap bulan selama mana mrhanafi bergiat dalam bidang blogger.Organisasi tersebut telah menaja mrhanafi sebagai duta mereka.Dikhabarkan organisasi ini dibiayai oleh sekumpulan jutawan seluruh dunia dengan misi bersedekah untuk membantu insan serius menjadi jutawan seperti mereka.

Selain menulis blog mrhanafi juga diberi kepercayaan untuk memberi ceramah motivasi yang berorientasikan cara mengubah dan mengekal tabiat orang berjaya melalui Cabaran Segmen Sukses 21 Hari.Bayaran telah ditetapkan iaitu RM10 ribu setiap kali seminar  selama mana mrhanafi ada kesanggupan mengendalikan sesi seminar tersebut.

Wah.Semakin bersemangat mrhanafi jadi blogger sepenuh masa.Tidak perlu fikir sangat tentang SEO,ayat-ayat power dalam artikel affiliate dan tawaran advertorial.Mrhanafi hanya menulis dan berkongsikan dalam media sosial di Group Facebook atau Whatsapp.Itu sahaja dan selebihnya rutin hidup mrhanafi berada di masjid untuk solat berjemaah sambil berzikir,berselawat dan membaca al Quran.

In Shaa Allah pendapatan dari blogger sepenuh masa dan penceramah motivasi sangat lumayan,berkat dan boleh memberi kebahagiaan kepada mrhanafi,keluarga dan masyarat.Alangkah nikmat hidup ini.Syukur sangat-sangat dan sebagai tanda kesyukuran mrhanafi terus menulis dan menulis sebagai blogger sepenuh masa tanpa dikongkong atau dipergunakan oleh mana-mana pihak selain untuk perkara kebaikan.Aamiin.

{sekilas pandang}

Oh ya.Berbalik semula ke alam realiti,Apa yang mrhanafi tulis di atas adalah lakonan yang berlegar dalam minda.Belum terjadi lagi.Jika diizinkan menjadi maka pasti ramai yang percaya bahawa Hukum Tarikan yang mrhanafi promosi sejak akhir ini adalah Anugerah Terhebat.Pasti ramai yang ingin memilikinya walau apa cara dan kaedah sekalipun.

Tak hairan blog Hero Borneo bakal dikunjungi beribu-ribu pelawat setiap hari untuk belajar memahami dan mengaplikasikan teknik yang terbukti berhasil dari Cabaran Segmen Sukses 21 Hari.

Terima kasih kerana menghayati coretan yang berbentuk lakonan minda.Seronok tak.Mrhanafi lagilah seronok dan bahagia.

(Visited 12 times, 1 visits today)

22 thoughts on “Berlakon Jadi Blogger Sepenuh Masa

  1. Semoga cita-cita murni ini dapat dicapai satu masa nanti 😀 Mungkin dah tak lama lagi dah tu. Tak apa, mula-mula kita berimaginasi, kemudian lakonkan, In Shaa Allah satu masa nanti ia bertukar jadi suatu realiti
    sabree hussin recently posted…Jalan Pintas KekayaanMy Profile

Leave a Comment

CommentLuv badge