Bersama Youtuber animasi tempatan Sarawak

Siapa Youtuber animasi tempatan Sarawak?

Bukan saya.

Saya cumalah seorang penulis blog dan networker di Siber Sukses.

Ok.

Saya perkenalkan beliau.

Youtuber animasi ini ialah Bro Ngumbang Rangga

Hasil karyanya boleh ditonton di Channel Youtube Ibantoon Animasi

Ngumbang Rangga adalah rakan di tempat saya bekerja.

Satu bumbung di bangunan yang sama.

Beliau merupakan seorang yang sangat low profile, komited dengan kerja dan cukup baik dengan rakan-rakan sekerja yang lain.

Ngumbang sudah melukis kartun watak Aki Selumbong sejak  2008 lagi.

Kartun ini mula diterbitkan di majalah kartun berbahasa Iban pada tahun 2012 sehingga 11 edisi.

Namun Ngumbang mula menyiarkan hasil karyanya berbentuk animasi di Youtube pada Februari lalu.

Tanpa beliau sangka  hasil karyanya yang berbentuk animasi ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Sehingga kini sudah ada empat episod dan Ngumbang sendiri ada memberitahu saya, kini tengah menyiapkan episod yang seterusnya.

Setakat ini saluran Ibantoon Animasi sudah mendapat 741 subscribers manakala siri kartun animasi yang terkini sudah mencecah 1657 view.

Secara keseluruhannya sudah ada 6 ribu view. Wow, satu pencapaian yang hebat sebagai permulaan kejayaan.

Bakat Ngumbang dalam bidang kreatif ini sudah terserlah ketika menjadi pelukis grafik di majalah Lelekik dan Bangka.

Kini, namanya semakin harum dan mekar melalui hasil animasi kartun Aki Selumbong.

Akhbar tempatan dan media di Sarawak semakin aktif membuat liputan kisah anak muda yang kacak dari Roban Sarawak ini.

Jujur, saya suka dengan pengakuan Ngumbang seperti yang dipetik dalam artikel Suara Sarawak baru-baru ini.

“Saya seorang pendiam, maka cara ini amat sesuai untuk saya menggembirakan orang lain selain memperluaskan lagi bahasa Iban agar dapat dikenali oleh kaum lain,”

Akhir kata, saya mewakili team Siber Sukses mengucapkan tahniah dan maju jaya kepada beliau.

Semoga kejayaannya menjadi inspirasi dan motivasi kepada ramai lagi orang luar sana dalam mengetengahkan bakat hebat masing-masing.

Hanya rasa percaya diri yang tinggi dan kesungguhan berusaha luar biasa akan mencipta kejayaan yang mengagumkan.

Sebagai bukti sokongan dan tanda ingatan saya kepada kawan sekerja saya ini, jomlah follow media sosial Ngumbang Rangga.

Follow Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCTGjq-woa0Cv-z7IR5Rz1cA

Follow Facebook: https://www.facebook.com/ngumbek

Artikel berkaitan

14 thoughts on “Bersama Youtuber animasi tempatan Sarawak

  1. WOW! I love your work. It is so inspiring to see that you are following your passion and pursuing it despite the difficulties. I am happy for you and all of the success that you have had so far!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge