Bersenam untuk bahagia atau bahagia dengan bersenam

Mana lebih baik, bersenam untuk bahagia atau bahagia dengan bersenam? Dua-dua boleh diguna pakai. Bersenam adalah cara alternatif untuk mengeluarkan peluh.

Lain la kalau pekerjaan rutin seseorang itu memang sentiasa berpeluh. Tak bersenam pun tiada masalah. Sebab paling utama ada aktiviti mengeluarkan peluh.

Bila badan berpeluh kita akan rasa ‘lain macam’. Perasaan ini akan lebih dirasai setelah kita mandi dan membersihkan diri.

Bagi mereka yang suka dengan dunia kecergasan ‘moment’ begini amat dinantikan.Inilah dinamakan sebagai rasa bahagia. Perasaan ini tidak sama dengan orang lain,

Saya kini beralih semula ke aktiviti berjogging. Sebelum ini bersenam di gim. Memandangkan gim masih ditutup kerana wabak Covid-19 agak membimbang.

WAJIB BACA :   Berapa kandungan air dalam badan ? Jawapan terungkai di sini

Pilihan terbaik tentunya jogging dan home workout.

Itupun saya lakukan secara selang-seli. Tidaklah timbul  bersenam ini aktiviti yang membosankan.

Berjogging aktiviti luar rumah manakala home workout pula dalam rumah ataupun di luar rumah.

Saya faham ramai yang bersemangat untuk bersenam hanya pada permulaan. Namun tidak dapat konsisten dalam jangka masa yang lama. Perkara lumrah termasuk saya juga. Alasannya kita kan manusia. Betul tak ?

Bersenam perlu dengan pelbagai variasi dan teknik. Tempat yang berbeza dan suasana yang berlainan. Setidak-tidaknya akan menimbulkan rasa bahagia dan suka dengan senaman tersebut.

Mengapa perlu atau wajib kita bersenam ?

Tentulah untuk sihat. Bersenam adalah satu gaya hidup sihat selain menjaga pola pemakanan.

WAJIB BACA :   Info Santai Kesihatan Untuk Pembaca

Kedua-duanya saling berkait.

Perlu faham apabila kekal sihat itulah kebahagiaan yang wajib disyukuri.

Saya pernah ternampak satu cogan kata yang terpapar besar di sebuah hospital.

“ SIHAT SEPANJANG HAYAT ”

Cogan kata ini memberi motivasi dan inspirasi. Usahakan untuk terus sentiasa sihat fizikal, mental, emosi dan spiritual.

Konsisten bersenam, jaga pemakanan, cukup tidur, beriadah serta beribadah dengan kualiti.

Mudah-mudahan boleh mencapai dan mengapai apa saja yang kita ingini terutama dalam kesihatan.

Semoga kita semua beroleh rasa bahagia.

Itu sahaja untuk kali ini dan jangan malu-malu untuk teruskan bacaan ke artikel di bawah:

Comments 27

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge