Best Sarapan Pagi Buat Sendiri

Assalam dan selamat sejahtera semua.Best sarapan pagi buat sendiri.Jimat belanja.Makan pun puas.Paling penting dapat dimakan sekeluarga.Itu yang saya nak.Biasalah saya belum lagi hidup senang.Rezeki yang murah dan luas belum lagi menjengah.

Kebetulan saya cuti.Saya cuti satu hari setelah kepenatan bekerja seminggu.Jadi untuk meraih hari cuti yang berbahagia tu saya buat sesuatu yang bermanfaat.Saya buat sarapan pagi berasaskan cucur pisang.

Maaf.Saya tak kongsikan resepi.Nanti macam blog para ibu-ibu pulak.Saya sekadar nak sampaikan kepada pembaca bahawa teknik sarapan yang jimat ialah buat sendiri.Guna masa dan tenaga sedikit.Itu sahaja.

Mula-mula saya terjumpa setandan pisang yang tengah ranum.Apa lagi kerjakan ia supaya menjadi menu pagi yang istimewa.

WAJIB BACA :   Perjalanan kejayaan ke Kolej Matrikulasi Sarawak

tandan pisang

Sebelum kejadian

Tanpa membuang masa saya terus mengerjakan pisang tersebut menjadi menu pagi yang best iaitu cucur pisang.Mungkin orang lain untuk minuman petang.Saya belasah sahaja untuk menjadi sarapan pagi yang enak dan berkhasiat.

cucur pisang

Selepas kejadian

{sekilas pandang}

Saya pasti ada pembaca yang tertanya-tanya apa mesej nak saya nak sampaikan ini melalui entri ini.Sebenarnya saya nak ajak pembaca untuk menjalani kehidupan berjimat cermat.Buat semua perkara dengan buat sendiri.Kalau tak mampu apa boleh buat.Serahkan pada yang pakar

Sekarang keadaan ekonomi tak menentu.Ringgit pula jatuh menjunam.Nasib baik harga minyak ada sedikit penurunan.Adakah penurunan harga minyak menyebabkan harga barangan seperti makanan akan turun ??

WAJIB BACA :   Ucapan Selamat Tahun Baharu 2016

Tentang perkara tersebut sama-sama fikirkan sambil menikmati sarapan pagi.

Baiklah.Setakat ini dulu.Terima kasih kerana sudi membaca.

Comments 22

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge