Admin masih ingat, ” lelaki tak boleh nangis”. Lelaki diakui mempunyai hati kuat,cekal dan kental.Adakah betul lelaki tidak akan menangis demi mempertahankan ego lelaki yang kuat,hebat,berkarisma dan berwibawa pada pandangan wanita.
Admin ingin kongsikan luahan hati yang ditulis oleh seorang lelaki.Beliau secara zahirnya kelihatan tenang tetapi dalam hati bergelora diusik kegoncangan rumahtangga.
Siapa dia tidak penting.Yang penting kisahnya betul betul berlaku.
Mudah-mudahan menjadi iktibar kepada pasangan suami isteri untuk menghargai rumahtangga mereka.Pertahankan bahtera tersebut dengan junjungan cinta nan ikhlas.
Begitu kepada mereka yang tidak berjaya dalam rumahtangga.Jangan berputus asa untuk memulai kehidupan yang baharu.Mungkin dapat sesuatu yang lebih baik.
Untuk anak-anak.
Lihat dengan mata hati dan rasai perasaan anak-anak yang menjadi mangsa keadaan.
Jaga kebajikan mereka kerana mereka adalah tanggungjawab mutlak insan bergelar ayah dan ibu.
Jom kita hayati kisah ini…..
Tatkala mendengar suara anak kecil melalui Voice Whatsapp
” Adik rindu Daddy ”
Hati saya jadi gementar.Ketabahan dan kecekalan saya selama ini goyah.
Saya terus menangis.
Air mata saya tidak berhenti mengalir.Laju seperti air terjun yang
tertinggi di dunia.
Menangis kerana melepaskan kerinduan yang amat mendalam.
Menangis kerana saya belum berjaya memperbetulkan keadaan.
Menangis kerana saya akui saya amat bersalah dan amat berdosa.
Saya juga menangis kerana cuba meletak diri saya pada situasi anak kecil yang belum lagi kental hadapi ujian dunia.
Tangisan itu adalah simbolik saya yang mewakili anak kecil ini.Dia belum lagi mampu menangis.
Mungkin tangisannya tidak terdaya untuk dizahirkan.Kasihan dia kerana menjadi mangsa keadaan oleh insan dewasa yang sudah tewas dengan kemelut rumahtangga.
Kekhilafan saya ini menjadi punca anak kecil alami ketidaksempurnaan kasih sayang ibu dan ayah.
Anak sekecil itu belum faham erti sabar.
Anak sekecil itu belum faham erti redha.
Anak sekecil itu belum faham erti tabah.
Jika faham sekalipun akan mengambil masa yang cukup lama.Implikasi emosi ini akan terbawa-bawa sepanjang hidupnya.
“Mengapa saya tidak mempunyai ibu dan ayah yang bahagia?”
Apakan daya sudah suratan takdir.
Bukan bermaksud sudah berputus asa.
Bukan bermaksud tidak sanggup berkorban
Bukan bermaksud putus harapan.
Yang pasti saya faham maksud setiap kejadian ada hikmahnya.
Namun pada hari ini saya menangis juga.Air mata saya tidak mampu ditahan lagi.Saya menangis dalam diam.
Takut orang tahu,saya menangis dalam sendu.
Yang saya tahu mata saya merah.Mata saya bengkak akibat menangis terlalu lama.
Benar kata orang menangis membersihkan kelopak mata.Tangisan melegakan tekanan perasaan.
Tangisan meruntun rasa ego.
Tangisan melembutkan hati batu.
Tak hairan air mata senjata emosi untuk wanita.
Tak hairan air mata pelembut jiwa untuk lelaki.
Itulah fungsinya tangisan bagi manusia.Air mata dan tangisan adalah fitrah.Tak kira lelaki atau wanita.
Sejujurnya memang saya menangis.
Ya.
Memang malu untuk menyatakan saya menangis.Namun demi kebenaran saya tebalkan muka.
Saya rela malu.Saya tak kisah apa orang kata.
Macam peribahasa,
“Bumi mana yang tidak ditimpa hujan.Manusia mana yang tidak ditimpa ujian”.
Saya menangis kerana rindukan anak anak.Rindu yang amat sangat sehingga tiada kata untuk mengungkapkannya.
Saya menangis kerana terkenang nasib mereka yang pincang kasih sayang.
Wang ringgit boleh diganti tetapi kasih sayang tiada galang gantinya.
Hanya titisan air mata yang boleh menterjemahkan perasaan itu.
Sungguhpun begitu saya masih bersyukur kerana ujian ini tak la seteruk mana.
Orang lain lebih dahsyat.Lebih tragis dan lebih memilukan perasaan.
Realitinya.
Saya rindukan anak-anak kerana sekian lama tidak berjumpa.Saya belum ada kekuatan untuk jumpa mereka atas sebab-sebab tertentu.
Saya terpisah jauh.
Saya masih sedih.
Saya masih terluka.
Saya silap.
Saya salah.
Saya akui saya tenggelam dalam ego sendiri.
Kini saya menerima dengan hati terbuka dan rela membayar harga keaiban ini.
Tak perlulah saya cerita keaiban tersebut.Cukuplah sekadar saya menyedari kesilapan dan berazam untuk tidak mengulangi lagi pada masa yang akan datang.
In shaa Allah saya redha atas ketentuanNya.
Biarpun saya seolah-olah kejam kerana terus menangis membiarkan kasih sayang terlerai.
Doakan tangisan saya ini berhenti dengan kegembiraan.
Doakan saya berjaya dalam tranformasi hidup dari derita menjadi bahagia.
Aamiin.
-Catatan seorang lelaki yang ingin ‘move on’
saya rasa macam berbelas tahun tak menangis.. rasa macam segan kat diri sendiri
Kalau nak nangis waktu berdoa atau baca al Quran bro.
Baru ada feelnya
Sesekali kena lepas Kan perasaan dgn menangis baru Rasa lega
Kalau dah lega dengan menangis baguslah..
Itulah yang kita semua nak.
erm… org laki pun ada perasaan tak menangis depan2 menangis dlm hati kalau ada sesuatu yg berlaku menyentuh perasaannya…
Alhamdulillah..
Lelaki adalah manusia yang ada hati dan perasaan juga
Lelaki juga manusia kan
Memang betul..
Lelaki punyai perasaan.
Ada perasaan maka adalah sifat kemanusiaannya
alahaii..sedihnya dengar,lagi pulak bila terkait cerita anak-anak.Memang saya cepat tersentuh…
Tak pe.
Itu semua ujian kehidupan.
Perlu redha dan akur hendaknya
nangis je. lelaki pun ada tekanan
Raihanah recently posted…10 Tahun Lebih Muda Dengan #YouthSkinCare
Hahaha..
Betul.
Lelaki pun ada perasaan
Kita wanita ok je kalau tengok lelaki menangis kene pada tempatnya 🙂
zara recently posted…Tips Luka Bersalin Cepat Sembuh Dan Kering Secara Semulajadi
Malunya kalau ada wanita nampak lelaki menangis..
tak salah lelaki menangis. Kalau dengan cara menangis dapat release kepiluan dari hati, menangis ajelah..tak payah pikir pandangan orang lain.
Kalau menangis depan orang ramai .buruk juga rupanya
anak lelaki jarang menangis. but tangisan anak lelaki lebih tulus daripada anak perempuan..^^ right??^^
juni recently posted…Cara Mendapatkan Info Rumah Subsidi Murah
Betul tu.
Lelaki jujur dan tulus dalam tangisan
“Bumi mana yang tidak ditimpa hujan.Manusia mana yang tidak ditimpa ujian”.
love this quote
Bisesa recently posted…Langkah-Langkah Dan Tips Membuat Dinding Kayu Palet
Terima kasih..
Tak apa menangis lelaki ke wanita..sebab ia salah satu cara melepaskan emosi manusia. Kalau lelaki, memang jarang yang menangis sebab ego mereka lebih kuat tapi kalau mereka menangis mungkin maksudnya beban emosi tu terlalu berat…
Takpe, yang penting move on 🙂
Ada logik la jawapan tu.
Bebanan.emosi mesti dilepaskan
menangis ni tak kira jantina. selagi dia tu manusia, dia tetap akan titiskan air mata…cuma kita je x tau bila dia menangis… dan dia menangis kerana apa
Cewah..Guna ayat powerlah.
Apapun betul la tu.
ada lelaki malu nak nangis.
nikkhazami recently posted…Traveloka Fly & Win CNY Contest – Menangi Percutian ke Seoul & Phuket
Tengok keadaan juga.
Kalau depqn awek..memang lelaki tak macho la nangis
Tak apa bro. Yang penting hati yg makin dekat dgn Allah. Sebab ujian ni mmg Allah bagi supaya bro lebih dekat denganNya..
Wan Syahida recently posted…Keistimewaan Menggunakan Shaklee dalam Spa “The Walking Beauty”?
Alhamdulillah.. Itulah cara yang terbaik
saya sering menangis bang apalagi bila dah masalah family mesti sedihbila terjadi sesuatu
ABD KADIR RUSDI recently posted…Terusan Suez
Tak pelah Tuan.
Kuatkan hati dan perasaan sahaja.
In shaa Allah semuanya ok
semoga ada sinar bahagia yang menanti, in sha Allah
Aamiin..
Moga moga jadi iktibar kita semua
semoga diberikan kesabaran … dan kebahagiaan kelak..
lisa pernah buat seorang lelaki menangis… rasa bersalah gila time tu . seorang lelaki yang ego dan keras hati keras kepala..tpi lisa buat dia menangis. teruk betul lisa time tu
lisak recently posted…Khasiat Rose Tea BEAUTEA Untuk Kecantikan
Perkara yang sudah jangan dikenamg lagi.
Sebaliknya jadi pengajaran pada masa akan datang
abe kie jrg menangis bila tua2 ni. cuma dulu menangis bila mengingatkan almarhumah ibu…
Tak pelah Abam kie.
Doakan yang terbaik sahaja
Menangis bukan bererti wanita.
Tidak menangis bukan bererti lelaki.
Kerana tangisan adalah naluri perasaan seorang manusia
bukan jantina.
Naziman Azlye recently posted…Panduan Kerja di Singapura
Pendapat yang bernas dan saya amat bersetuju.
Terima kasih dan saya fikir ada logik juga komen ini
Benda-benda yang melibatkan keluarga mudah untuk buat saya menangis.
Perkara biasa la.
Tak pe.
Hampir semua mengalaminya
Sesekali kita perlu menangis agar lebih tenang..tapi lelaki dan ego tak dapat dipisahkan.
Elih Japahar recently posted…Giveaway Azam Baru 2018 By Elihjapahar.com
Lelaki kalau tak ego bukan lelaki namanya..
Tetapi ego tak baik untuk kesihatan
oh..ya ka.
boleh la..berpesta air mata
Suami dan isteri boleh bercerai, tapi anak anak yang jadi mangsanya.
Ikhwan recently posted…Daftar Uber
Tulah yang kesiannya.
Ibubapa punya hal mama Anak yang menjadi mangsa
Menangisla… In Shaa Allah lepas tu akan rasa lebih lega berbanding di tahan-tahan perasaan tu
Xplorasi Destinasi recently posted…Cameron Tea Valley – Jalan-jalan sekitar ladang teh dan minum teh
Ya ..begitulah yang sebaiknya