Beza Bilik Sewa Dengan Rumah Sewa

Bilik sewa sememangnya berbeza dengan rumah sewa.Namun dari segi fungsi lebih kurang sama yakni sebagai tempat berteduh dari hujan atau panas.Dalam artikel ini admin berkongsi cerita tentang pengetahuan admin berkaitan bilik sewa dan rumah sewa.

Bilik sewa

Tempat yang kecil sahaja.Harga agak murah namun dari segi keselesaan memang kurang.Ini kerana konsepnya berkongsi dengan penghuni yang lain.Berkongsi tandas,bilik mandi dan dapur.

Tentu ada yang kurang selesa dengan perkongsian begini terutama percampuran lelaki dengan wanita di satu tempat.

Bilik sewa kurang digalakkan kepada pasangan yang sudah memiliki anak-anak.Sebabnya keadaan yang sempit dan kurang selesa.

WAJIB BACA :   Fahami syarat ini untuk dapat jodoh terbaik

Kasihankan dengan anak anak kerana mendiami tempat sempit dan kurang seleasa.

Rumah sewa

Bayaran untuk rumah sewa  agak mahal berbanding bilik Sewa.Namun kelebihannya lebih banyak berbanding  bilik Sewa.Tinggal di rumah sewa amat sesuai kepada mereka yang sudah berkeluarga.

Cuma dalam jangkamasa panjang penyewa rumah sewa akan rugi kerana membayar bukan untuk memiliki.Dalam sisi lain penyewa membantu tuan punya rumah membayar harga rumah tersebut sekiranya maasih dalam pinjaman bank.

Ini tidak bermakna tuan rumah untung besar.Mereka juga berhadapan dengan kos penyelenggaraan rumah yang tinggi.Kos ini tidak menentu tetapi pasti dihadapi sekiranya ada penyewa seperti makhluk perosak.

Jumlah sewaan

Jumlah sewaan tidak seragam.Nilainya berbeza mengikut lokasi dan jenis bilik sewa atau rumah sewa.Bilik sewa biasanya dalam lingkungan RM200 sehingga RM300.Lebih tinggi pun ada.

WAJIB BACA :   Bersama Youtuber animasi tempatan Sarawak

Rumah sewa bermula dengan RM500.Semakin bagus rumah maka semakin tinggi bayarannya setiap bulan.Jumlah sewaan lebih mahal jika rumah sewa terbabit dilengkapi perabot.Jumlah sewaan boleh mencecah kepada lebih seribu ringgit sebulan.

Bayaran deposit

Bilik sewa maupun rumah sewa memang memerlukan bayaran muka atau bayaran deposit.Ada yang menetapkan sebulan atau dua bulan bayaran deposit.Bayangkan jika deposit untuk dua bulan berjumlah RM600 hanya untuk bilik sewa.

Jumlah ini pasti membebankan golongan penyewa yang baru hendak memulakan kehidupan sekiranya bekerja diluar kawasan.

Lokasi strategik

Lokasi yang paling sesuai ialah kawasan bandar.Di situ tinggi permintaan kerana banyak peluang pekerjaan.Banyak pekerjaan maka banyak juga akan mencari tempat tinggal.

WAJIB BACA :   Bayar zakat fitrah kepada amil bertauliah

Orang bujang akan mencari bilik sewa manakala orang yang sudah berkeluarga akan memilih rumah sewa.

Rata-rata bilik sewa atas kedai manakala rumah sewa akan berada di kawasan perumahan.Kadang -kadang sahaja rumah sewa yang  dibina dekat kampung.Memang ada namun dalam jumlah yang sangat sedikit.

Kesimpulan

Sebelum mengambil keputusan untuk tinggal di bilik sewa atau rumah sewa,admin sarankan untuk melihat kemampuan kewangan.

Jika mampu untuk membayar atas dari RM500 sebulan maka digalakkan tinggal di rumah sewa kerana keselesaan dan keselamatan.

Sekiranya belum mampu maka berlapang dada untuk mula menyewa di bilik sewa sahaja buat sementara waktu.Lupakan seketika faktor keselesaan.

Akhir kata tidak semua kehidupan dilalui dengan selesa untuk tinggal di bilik sewa atau rumah sewa.Jika tak nak menyewa bilik atau rumah sewajarnya beli sahaja >> rumah. 

Comments 20

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge