Biar Betul Syoknya Baca Blog

Biar betul syoknya baca blog…Ye ke? Ada blog yang menghiburkan.Blog yang mempunyai cerita sensasi atau cerita tentang artis.Kalau tak pun blog yang saja-saja ditulis untuk bacaan santai.

Tak banyak fakta tetapi penuh dengan permainan kata yang membelai jiwa.

Maaf ya.Bukan blog ini.Blog mrhanafi cuba berkongsikan sesuatu yang biasa tetapi diperhalusi dengan sesuatu yang jarang blogger lain buat.Ia dinamakan kelainan dan keunikan.

Entah mengapa.Sejak kebelakangan ini mrhanafi syok sendiri,Bukan kepada yang lain.Tetapi untuk kepada blog sendiri.Sehingga terbit perasaan halus menyatakan syok juga baca blog sendiri.Dengan susunan kata yang pendek tetapi teratur.Dalam masa yang sama menyampaikan mesej kemanusiaan.

WAJIB BACA :   Tip Buat Dua Whatsapp Dalam Satu Telefon

Dengan pengalaman menulis blog selama tiga tahun secara aktif tentunya pekerjaan ini macam mudah.Hakikatnya sukar juga.Lebih-lebih lagi mencari idea utama.Kemudiannya menterjemahkan dalam bentuk penulisan.

Kadang-kadang rasa macam baru semalam menulis blog.Terkial-kial juga dibuatnya terutama memilih perkataan yang boleh menyampaikan maksud.

Baca blog memang best

biar betul syoknya

Jadi jangan hairan adakalanya terlepas pulak ayat gantung,ayat kurang jelas dan ayat yang kurang popular dalam bidang penulisan.Nak buat macamana.Dah seni kreatif mana mungkin terus kekal dengan sesuatu yang terlalu formal sebagai juadah minda para pembaca.

Kini terpulang kepada para pembaca untuk terus kekal baca blog atau tekan ‘X’.Habis ceritalah kan.

Apa kata mrhanafi ajak pembaca untuk alihkan tumpuan buat seketika.Kali ini pula tentang perasaan syok dengan seseorang.Agak-agak apa yang akan terlintas di fikiran anda  apabila ada sindrom perasaan syok dengan orang lain pulak.Kalau lelaki kepada perempuan atau perempuan kepada lelaki.

WAJIB BACA :   Maksud Optimis Biarpun Berangan-angan

Ayat pertama yang mungkin akan keluar dari mulut anda ialah :

“dah buang tabiat ka orang tua ini.”

“Mungkin tinggal lagi dua jumaat”

“woi mimpi ke..kau tu dah beristeri..”

‘’Mentang-mentanglah dah senang sikit,nak mengatal pulak dah”

“Bawa mengucap dan istighfar lah ye..itu semua hasutan syaitan”

Jika nak disenaraikan  semua kemungkinan dialog yang bakal terhambur dari mulut anda, maka sampai hari esok pun belum berakhir.Sebab ia keatif dan bersifat membuai perasaan.

Tanpa anda sedari mrhanafi akan mengakhiri coretan syok sendiri ini sebentar lagi.

Tiada apa yang menarik kecuali apa yang cuba mrhanafi sampaikan ini akan menyebabkan ada pulak pembaca yang akan syok baca blog selepas ini.

WAJIB BACA :   Rahsia bagaimana mendapat keajaiban rezeki

Harap begitulah kejadiannya.

p/s: Kemaskini pada 23/10/2019

 

Comments 30

Leave a Reply to titan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge