Bina Jenama Guna Blog Peribadi

Bina Jenama Guna Blog Peribadi…Sebagai seorang blogger mrhanafi beruntung.Sudah ada platform terbaik untuk digunakan sebagai media promosi.Memang benar tanpa blog sekalipun kita boleh buat promosi.Mungkin promosi secara manual dari mulut ke mulut.Malah promosi klasik menggunakan media cetak masih juga relevan.Nak lebih gempak boleh menggunakan media sosial yang berlambak sekarang ini.

blog peribadi

Dalam apa jua bisnes (tidak termasuk yang haram),jenama sangat penting.Melalui jenama para pelanggan dan bakal pelanggan lebih percaya.Malah lebih yakin.Tidak keterlaluan juga jenama boleh memanipulasi minda bawah sedar manusia.Lihat kepada jenama yang mewah dan prestij.Kualiti tak la jauh berbeza sangat.Cuma teknik menanamkan jenama dalam minda itu sangat penting.

WAJIB BACA :   Ini dia kisah dua jutawan muda Malaysia

Persoalannya bagaimana penjenamaan boleh diekploitasi untuk membawa keyakinan kepada para pelanggan dan para pengguna.Sudah tentu melalui publisiti yang konsisten dan efektif.Pendek kata sampai ke sasaran yang kita nak.Pasaran yang tepat.Khalayak yang padan.Sememangnya mengena kepada keperluan dan solusi kepada masalah para pelanggan.

Dalam pada itu kualiti,harga,lokasi dan bentuk bisnes itu sendiri akan disatukan dalam menghasilkan jenama yang hebat.Sebelum jenama itu sampai ke pengetahuan pelanggan maka elemen yang mrhanafi katakan mesti diambil kira.Jangan berkompromi.Jika tidak, jenama yang bakal anda kembangkan itu akan kaku dan berhenti tanpa bergerak lebih jauh.

Sejajar dengan dunia media sosial yang havoc sekarang ini maka penggunaan blog peribadi merupakan satu tindakan bijak.Mrhanafi faham tidak semua berminat nak tulis blog.Nak baca blog pun belum tentu.Namun begitu ada sesuatu yang boleh samakan kita semua iaitu duit.

WAJIB BACA :   Rasai Keenakan Produk Farisa Bakery & Pastry Di Samarahan

Dengan blog boleh menjana duit.Bahkan dengan duit boleh upah blogger untuk membina jenama bisnes anda.Upah yang dikenakan amat berbaloi dan amat bergantung kepada reputasi blog itu sendiri.Blog yang popular dan mempunyai kadar penggunjung yang tinggi memang cas yang dikenakan juga tinggi.

Jika nak yang murah dan percuma boleh tulis blog sendiri.Itulah kelebihan blogger yang mempunyai bisnes dan ada blog.Buat blog dan cipta jenama.Seterusanya buat kerja-kerja promosi bisnes melalui blog.

p/s :Nak beli kamera cara online >>>>  KLIK SINI

{sekilas pandang}

Ada jenama yang baik dan platform blog yang bagus sudah pasti melonjak apa jua bisnes yang anda lakukan.

Percayalah dengan apa yang mrhanafikan kongsikan ini.Sekiranya masih teringin nak membaca apa kata lanjutkan pula  bacaan ke Blog Hero Borneo atau Blog Buku Online

WAJIB BACA :   Usaha modal sekali untung berkali kali

Comments 16

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge