Bina Jenama Guna Blog Sendiri

Bina Jenama Guna Blog Sendiri…Untung jadi blogger.Mana taknya boleh bina jenama menggunakan blog sendiri.Tak perlu upah orang.Sendiri tulis.Sendiri reka ayat-ayat cinta untuk mengoda jiwa pembaca.Jika ada yang tergoda minta maaflah ya.Tergoda pun untuk kebaikan.Bukan kepada yang bukan-bukan.Benda yang baik baik je.

Sebelum tu mrhanafi nak cerita serba sedikit siapa mrhanafi sebenarnya.Mrhanafi atau nama benarnya ialah Mohd Hanafi Abdullah merupakan blogger picisan yang berkecimpung dalam dunia blogger sejak akhir tahun 2012 lagi.Masih aktif menulis sehingga sekarang.Kepakaran mrhanafi dalam membina hubungan ukhuwah sesama manusia.

Mrhanafi sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak.Seorang anak lelaki yang sudah masuk asrama penuh MRSM Betong.Anak perempuan kedua pula baru masuk sekolah asrama aliran agama di Matang manakala seorang lagi masih di tadika ABIM.Anak-anak semakin membesar manakala mrhanafi semakin menginjak usia tua.Dah sedar la..

Buat masa sekarang (ketika blog ini ditulis) mrhanafi masih bekerja makan gaji di sebuah syarikat swasta.Perancangan pada tahun 2017 akan menjadi seorang perunding takaful yang profesional dan sepenuh masa.In shaa Allah dalam masa yang sama masih menjadi blogger biar apapun yang terjadi.Yang pasti menulis adalah budaya hidup yang sukar untuk ditinggalkan.

Sehubungan dengan itu jenama mrhanafi mahu dikenali sebagai perunding takaful yang boleh berkhidmat untuk rakyat Sarawak sekitar Samarahan dan Kuching buat masa terdekat.Sebab wilayah capaian hanya kawasan yang berdekatan supaya mudah untuk urusan perkhidmatan selepas jualan.Namun jika ada pembaca yang sudi untuk menjadi agen takaful seliaan mrhanafi amat dialukan.Sekarang ini mrhanafi telah mengaplikasi satu sistem yang boleh diduplikasi.

Tagline blog ini akan bertukar menjadi Jurnal Perunding Takaful untuk menggantikan Jurnal Kehidupan Blogger.Kisahnya tidak jauh berbeza.Mrhanafi akan kongsikan kisah suka duka seorang perunding takaful dari belum apa-apa sehingga berjaya mencipta kejayaan.Sungguh beruntung kalau sesiapa yang melanggan entri blog ini.Boleh tahu dari zero sehingga menjadi hero.

In Shaa Allah mrhanafi akan komersialkan jenama mrhanafi dot com terlebih dahulu dan bekukan seketika jenama Hero Borneo untuk beberapa waktu tertentu.Jenama mrhanafi dot com biarlah dikaitkan sebagai dunia takaful manakala hero borneo akan dikembangkan menjadi jenama dunia motivasi.Pada suatu masa nanti digerakkan bersama-sama.Buat masa sekarang akan difokuskan satu persatu dahulu.

[ Nota Admin ]

Jenama atau penjenamaan boleh dikembangkan melalui media sosial seperti Facebook dan WhatsApp.Namun sebagai blogger sudah tentu ada kelebihan dengan mengetengahkan jenama menggunakan blog bersama media sosial yang lain.

Jelasnya mrhanafi suka untuk menerima teguran dan tunjuk ajar dari para pembaca.Lagi banyak lagi bagus kerana konsep kongsi ilmu dan pendapat adalah ibadah mudah untuk dilakukan.

Sekian.Jumpa lagi dan salam sayang semua.

mrhanafi

 Friendly Takaful Advisor

“Ukhuwah Is OUR Priority”

WhatsApp : +6011-3464-6975

Hotline Care: 019-806-8007

Facebook.com/mrhanafidotcom

20 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge