5 Cara Mudah Supaya Blog Tak Buat Duit

Blog Tak Buat Duit bukan perkara baru.Ada juga blog yang tidak pernah menghasilkan duit walaupun satu ringgit.Boleh dikatakan blog-blog ini wujud dan bertahan kerana pemiliknya jenis suka berblogging demi minat dan pahala.

Kerja amal.Kerja mulia.

Soal duit bukan keutamaan.Ia soal sampingan yang boleh diabaikan.

Ini pengakuan ikhlas.

Sebagai seorang blogger, tentunya saya faham situasi ini.

Mari kita kaji dan teliti bersandarkan satu artikel lama yang saya ceduk dari sumber blog sendiri.Tarikh penulisannya pada tahun 2014.

Tak apa sudah dikemaskini.

Baiklah kita teruskan sahaja.

Perlu diingatkan ia tidak semestinya betul.

Blog Tak Buat Duit

blog tak buat duit

1#Blog yang tidak mesra SEO

Abaikan SEO pada blog.Jangan ambil tahu meta tag,meta title description ,H1,H2,H3 dan apa sahaja yang berkaitan.Jika ada yang promosi ebook SEO,jangan peduli langsung.

Buat tak kisah.

Pasti lama-kelamaan blog kalian akan tenggelam terus dalam halaman enjin carian.

Itulah banyak berlaku pada artikel saya.

2# Blog yang bebas sebarang unsur iklan.

Walaupun ada pihak pengiklanan seperti Nufnang,H12 Media,KOMLI dan sebagainya ada memberi tawaran,tolak mereka mentah-mentah.Jangan bagi peluang langsung.

Jangan join Mobicow.Jangan apply Adsense.

Cara ini menutup peluang untuk blog kalian mendapat CPUV,bonus klik dan entah apa-apa.

3# Blog yang tak  nak pelawat baca

Setiap kali menerbitkan entri jangan ping kan blog.Biarkan begitu sahaja tanpa membuat promosi seperti blogwalking atau promosi di media sosial.

Senang kata.

Buat diam-diam seperti resmi tin.Ada isi tetapi dipukul dan dipalu tetap tak berbunyi.Tanpa pelawat maka tanpa peluang untuk buat duit dari blog.

Bak kata saya yang belajar di Oversea

” Just write and forget”

4# Blog yang guna konsep peram

Setelah siap entri jangan siarkan.Biarkan sahaja dalam graf.Buat untuk peram sama ada jadi pekasam atau jeruk masam.Cara ini memang 100 peratus berkesan untuk menjadikan blog kalian tiada  pendapatan.

Tiada pelawat.

Senang cerita tulis untuk sedapkan hati sendiri sahaja.

5#Blog yang boikot promosi program affiliate

Orang lain sibuk-sibuk boikot produk rejim pengganas Zionis  tetapi blog kalian ambik pendirian tak nak buat program affiliate.

Alasannya tak sanggup melihat si pemilik program affiliate dapat duit dan lebih kaya dari kalian termasuklah program FI$H.

Minda kalian terus kreatif mencipta alasan paling kontrit supaya selesa dengan blog yang tak buat duit.

Pedulikan apa orang kata.Blog kita terpulang nak buat apa sekalipun.

Kesimpulan

Soal nak buat duit dari blog atau tidak adalah hak blogger.Orang lain tak boleh masuk campur.Terpulang dengan mereka sendiri.Sebab masing-masing ada sebab menulis blog.

Jadi blog yang tak buat duit merupakan satu kelebihan kepada blogger yang sangat inginkan duit dari blog.

Kurang persaingan meskipun ia bukan cara terbaik dalam etika blogger.Tak elok juga makan sorang-sorang.

Sekian salam motivasi dan terima kasih kerana sudi membaca artikel berkaitan blog tak buat duit.

Jika ada pandangan sila berdiskusi dalam ruangan komen.

Akhir kata jangan lupa untuk baca artikel  doa cepat kaya dan murah rezeki

 *Artikel ini berkolaborasi dengan WEBE.my 
(Visited 90 times, 1 visits today)

16 thoughts on “5 Cara Mudah Supaya Blog Tak Buat Duit

  1. Memang best kadang baca artikel yang seakan ada unsur reverse-psychology ni..

    Best juga kalau ada blog yang dapat jana duit sampingan.. Namun bergantung pada niat individu la kan..

    ada yang berblogging untuk suka2, ada yang niat untuk jadikan full time.. Yang penting tak memudaratkan orang lain
    Dedaun Comel recently posted…Anda Perlu 10,000 Jam Untuk Menjadi HebatMy Profile

    • saya kalau dah jadi jutawan..

      saya tulis blog saje saja bro..

      tetapi akan guna SEO,adword dan FB ad untuk memastikan artikel saya sampai ke targeted audien..

      cuma artikel saya akan menjurus kepada dakwah dan misi kemanusiaan.

      so kalau ada pembaca yang ingin saya jadi begitu..

      doa-doakan saya jadi jutawan

  2. Saya ada 2 blog. Satu memang buat duit dan satu lagi mmg tak set buat duit.

    Dan saya dapat rasa la mood yang berbeza setiap kali update entri untuk kedua-dua blog ini.

    Bila update blog yang monetized ni, objektif lebih kepada nak kejar keyword yang berpotensi untuk naik di google. Artikel pun lebih kepada nak penuhi kehendak hasil carian google.

    Tapi bila update blog yang tak monetized ni, rasa lebih bebas. Rasa jujur je menulis mengikut rasa hati. hahaha

  3. ahahhaha, terasa taw Pakcu, tapi tu lah ada sesetengah penulis ni memang niat dia nak share, bukan semata-mata nak duit, tapi Pakcu slute taw, awak buka topik macam ni, luar daripada kotak

Leave a Comment

CommentLuv badge