Blogger Menulis Blog Tanpa Merancang

Blogger Menulis Blog Tanpa Merancang …Entah mengapa mrhanafi terfikir tentang perkara ini.Mrhanafi merupakan blogger yang suka menulis blog tanpa merancang.Main suka-suka je.Orang kampung kata hantam sahaja.Apa kan jadi.Mestilah hasil penulisan yang belum berkualiti dan bukan menjadi carian utama di Google.

menulis blog

Ada yang blogger hebat memberi pendapat.Kita tulis sahaja apa yang kita buat setiap hari terutama hal-hal anak,kisah jalan-jalan makan angin dan sebagainya.Memang ada pembaca yang suka nak tahu kisah kita.Mana tahu kisah tersebut ada persamaan dengan mereka.

Bagi mrhanafi tak menentu.Bukan kaki jalan dan segan pulak nak cerita kisah keibubapaan di dalam blog.Mahu tidak mahu mrhanafi tulis bersandarkan idea yang terlintas difikiran.

WAJIB BACA :   Meratah ayam penyek Kedey Kamek Metrocity

Mrhanafi menjalani rutin harian orang bekerja yang sama setiap hari.Pagi kerja dan petang rehat.Jika pagi rehat maka petang akan buat kerja.Masa yang selebihnya mrhanafi guna untuk membaca,menulis dan melayan perasaan.Penulisan orang yang asyik melayan perasaan kadang-kadang tidak menentu.

Boleh jadi berkualiti.Boleh juga tak menjadi sehingga penulisan tarafnya seperti karangan budak tahun enam.Jika nak kata penulisan seperti sampah tak boleh juga.Sebab kerja-kerja menulis blog bukan perkara mudah.Biarpun mrhanafi sudah menulis blog hampir setiap hari sejak 3 tahun yang lepas.Kesukaran menulis masih terasa terutama nak menyampaikan idea kepada pembaca.

Mrhanafi menulis blog mengikut keperluan blog juga.Macam blog ini memang mrhanafi tulis belasah sahaja,Ada idea terus tulis.Kadang-kadang langgar terus hukum SEO.Dah tak kisah sama ada berada di halaman utama Google atau tidak.Yang penting rasa puas selepas menerbitkan artikel tersebut.

WAJIB BACA :   Kenali Hukum Tarikan Bersandar Al-Quran

Bercerita tentang layan perasan best juga nak dikongsikan dengan pembaca.Namun jangan anggap mrhanafi terlalu serius.Anggap sahaja ia sekadar lumrah kehidupan seorang lelaki.Mrhanafi dah macam pelik sekarang.

Orang kata macam tu.Mrhanafi seperti dilamun cinta.Kalau orang rumah tahu pasti perang dunia ke empat,Jangan salah faham pulak.Cinta mrhanafi pada satu ilmu yang hebat iaitu ilmu hipnosis.Jadi segala gerak geri dan tutur kata mrhanafi amat cenderung untuk menghipnosiskan orang.

Sekarang dah suka guna pakaian warna hitam.Rasa curiga berada dikhayalak ramai takut ada yang cuba ambik kesempatan.Mudah prihatin dan ambil berat serta yang paling penting ada impian untuk kahwin lagi berjaya secara luar biasa.

WAJIB BACA :   Beli, kongsi dan jana pendapatan

{sekilas pandang}

Menulis blog tanpa merancang masih boleh dimaafkan.Jika hidup tanpa merancang sukar untuk dimaafkan  kerana perjalanan hidup kita umpama sabut yang hanyut.Tak tahu pulak nak pergi ke mana.

Ingat selalu bahawa sebaik manapun perancangan kita maka perancangan Allah SWT  itu 10 kali lebih baik untuk kita.

Misalnya dalam bab mencari rezeki >>>Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!

Comments 28

Leave a Reply to Noriza Rahman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge