Pengalaman Blogwalking Guna Google Plus

Ini adalah pengalaman blogwalking Guna Google Plus.Ada masa lapang sahaja saya belek telefon Alcatel Onetouch.Hidupkan data dan menyelusuri Google Plus untuk blogwalking.

Saya bagaikan pelayar di alam maya.

Singgah dari satu blog ke satu blog untuk jalinkan silaturrahim sesama blogger.Semoga saya dan mereka panjang umur dan murah rezeki.

Ramai blogger tiada di rumah (blog).Ada yang bekerja walaupun hujung minggu.Memang sepi dan sunyi rasanya.Saya gagahi diri untuk rasai pengalaman blogwalking biarpun kepenatan mata dan minda.

Kadang-kadang saya terkulat-kulat di ruang tamu sambil menunggu kedatangan tetamu yang datang membalas kunjungan.

Opp..belum raya lagi rupanya.

Google, Plus
27707 / Pixabay

“Maafkan dan ampunkan dosaku Ya Allah… betapa tidak ikhlasnya saya dalam blogwalking“.Saya beristighfar panjang untuk memperbetulkan niat.Tanpa niat yang betul hati akan resah,gelisah dan kacau.Ingat tu.

Saya cuba bersangka baik.Mungkin blogger-blogger ketika saat ini belum ada kekuatan dan kesempatan waktu.Lagipun hujung minggu dan malam hari begini masa untuk santai bersama keluarga.

WAJIB BACA :   Tip Buat Dua Whatsapp Dalam Satu Telefon

Lantas tanpa mengharapkan apa-apa balasan saya terus juga blogwalking penuh keikhlasan.Itu yang sebaik-baiknya.Memberi tanpa pengharapan.Bak kata pepatah,tangan kanan memberi manakala tangan kiri tidak mengetahui.

Mengunjungi rakan-rakan blogger dari platform blogspot memang best.Mereka berkongsi cerita suka dan duka secara santai.Saling berkunjung dan berbalas komen.Walaupun tak semua kerana saya tahu bukan semua ada masa yang cukup untuk layan blog.

Sekali lagi minda saya membuat jangkaan.Mereka sibuk.Lagipun aktiviti blog tidak meriah seperti dulu.Sekarang media sosial adalah pesaing terdekat yang akan mencuri perhatian para blogger sehingga mereka terpaksa mengagihkan masa kepada media sosial dibawah.

1.Facebook

2.Whatsapp

3.Instagram

4.Wechat

5.Telegram

6.Tweeter

7.Youtube

Wow,banyaknya pesaing media sosial yang akan melekakan blogger.Mereka tentunya kurang masa pada blog.Saya akur itu hak mereka.Masa mereka dan duit mereka.

Saya cuma ingatlah diri  saya sendiri bahawa setiap masa yang saya gunakan itu boleh membawa manfaat atau sebaliknya.Jika sebaliknya saya yang rugi.

Tepuk dada tanya selera,buka puasa nak makan apa ya?

 

Berikut adalalah kelebihan  dan kelemahan blogwalking menggunakan Google Plus.Tak semua sempurna.Pasti ada  kekurangan yang kadang-kadang boleh kita maafkan.

Kebaikan Google Plus :

1.Senang

WAJIB BACA :   Belajar SEO Google dengan cewek cantik

Tidak dinafikan memang senanglah terutama guna telefon pintar.

2.Mudah

Pun sama seperti no.1.Google Plus mudah dilunsuri dengan telefon pintar berbanding guna lappy atau PC.

3.Seronok

Yang seronoknya banyak pilihan.Lagi ramai lagi bagus.Pilih sahaja sesuka hati.

4.Laju

Bergantung kepada jenis talian penyedia internet dan kawasan yang terlibat.Tempat saya tidak konsisten.Ada masa laju dan selalunya kurang laju.

5.Santai

Tak ada orang yang paksa dan kalau nak buat santai lagi best.Bekerja tanpa tekanan.

Kelemahan Google Plus

1.Orang yang sama kemaskini setiap hati

Orang yang aktif dan sama tetap post artikel masing.Mereka akan memenuhkan saluran Google Plus dengan artikel mereka sahaja.

2.Kurang popular berbanding Facebook

Google Plus tidak semeriah Facebook.Google Plus cuma blogger yang lepak kat sana.Dah la tak ramai.Sunyi sepi bagaikan pusara dilebuhraya.

WAJIB BACA :   Cara Mrhanafi Bina Jenama Sendiri

3.Ramai blogger autopost entri mereka

Autopost cara yang bagus.Cara autopost memang menjimatkan masa namun interaksi dengan pembaca dan pengunjung akan hilang serinya.Sebab dah auto.Tak de orang nak jenguk samaada ada orang singgah atau tidak dengan paparan artikel mereka.

4.Ramai yang bukan kaki blogwaking

Blogwalking pekerjaan yang berat kerana guna masa,data dan minat.Kalau tiada minat untuk blogwalking nak buat macam manalah ye.

5.Sistem komen ada dua Google+ atau blog sendiri

Kalau saya suka di blog kerana komen mendatangkan backlink do follow.Bahkan Google sendiri ada ruangan untuk kita buat komen.Sejujurnya saya  tidak kisah pun.

Kesimpulan

Saya berhenti di sini dahulu untuk saya menikmati pengalaman blogwalking yang saya sukai.

Jika nak baca lagi boleh sahaja ke artikel Jodoh Anak Dara Dengan Suami Orang

Iklan oleh Website Responsif

cara buat website sendiri

 

Comments 27

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge