Blogwalking Tegar Untuk Impak Maksima

Blogwalking Tegar Untuk Impak Maksima…Mrhanafi suka blogwalking.Itupun tiga tahun dahulu.Sekarang semakin kurang.Macam dah sibuk dengan dunia media sosial.Lebih banyak lepak di media sosial berbanding dekat blog.Dahlah tu tahan berjam-jam pulak.

Namun begitu aktiviti blogwalking tidaklah diperhentikan seratus peratus.Blogwakking untuk lebih10 blog itu memang ada,Itupun membalas kunjungan rakan-rakan yang sudi berkunjung ke blog mrhanafi sama ada di blog ini ataupun dirangkaian blog-blog mrhanafi yang lain.

blogwalking tegar

Sebagai blogger, aktiviti blogwalking cuma pilihan sahaja.Tugas blogger yang utama mengemaskini blog dan menulis sesuatu untuk dikongsikan dengan para pembaca serta pencari maklumat alam maya.Namun secara tidak langsung blogwalking sebenarnya membina networking sesama blogger.

WAJIB BACA :   Gambar Cantik Goh Liu Ying

Bayangkan kalau ada 100 blogger yang singgah dekat blog kita dan memberi komen dengan apa yang kita tulis.Pembaca organik yang singgah di blog tersebut akan terpegun kerana begitu banyak reaksi dari para pembaca.Setakat ini cuma blog Denaihati yang memiliki komen yang sangat banyak dari pembaca.

Dalam pengiraan logik hanya blog yang ada jenama dan reputasi serta pengikut ramai sahaja boleh mendatangkan komen sehingga 100 orang.Jika dari blogwalking tegar sudah tentu kita perlu singgah ke 1000 blog.Sebab peratusan untuk blogger singgah balik ke blog kita cuma 10%.Walau apapun angka ini tidak rasmi dan mungkin juga berbeza antara satu blog dengan blog yang lain.

WAJIB BACA :   Berkampung Seminggu Sempena Pameran Agenda Warisan Pintar Old Kuching 2019

Buat masa kini mrhanafi cuba nak blogwalking walaupun tidak tegar.Tak kisah sama ada mereka balas balik atau tidak Yang penting blog tersebut memberi backlink yang berkualiti supaya blog kita mudah terindek di enjin carian Google.Perlu diingatkan ia bukan syarat mutlak namun ia boleh mempengaruhi sedikit sebanyak.

Perlu juga mrhanafi perjelaskan blogwalking yang dilakukan secara tegar pasti membina networking yang hebat.Sebagai contoh, ada Group  Whatsapp iaitu Best Blogger Network merupakan  tempat puluhan blogger untuk lepak dan saling bertukar fikiran tentang ilmu blogging.Selain itu saling ping artikel blog masing-masing ke group whatsapp itu sendiri maupun ke laman web bestbloggernetwork.com

{sekilas pandang}

Blogwalking tegar perlukan komitmen masa,data internet dan tenaga fikiran.Sebab itu tak ramai yang sanggup buat.Lagipun rata-rata blogger memang ada kerjaya dan keluarga masing-masing.Mesti fikirkan juga mana yang lebih utama dalam hidup ini.

WAJIB BACA :   5 cara tarik line telefon supaya dapat internet laju

Mrhanafi perlu dan berusaha untuk blogwalking agar blog Buku Best  boleh dikenali ramai.Itu sahaja kerja promosi yang mampu mrhanafi lakukan dalam masa terdekat ini.Jika belum mampu secara tegar mrhanafi lakukan secara istiqamah pun kira terbaik dalam masa yang terdekat ini.

Sekian.Terima kasih kerana sudi membaca.

Comments 24

Leave a Reply to myliferia Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge