Broadband Internet Ke WIFI Hotspot

Broadband Internet Ke WIFI Hotspot…Assalamualaikum dan salam sejahtera.Sudah beberapa minggu saya menjadi mangsa penggunaan data internet yang sangat cepat habis.Bajet jauh lari.Tak terkejar rasanya.Jangankan ada untung balik modal pun belum tentu.Akhirnya saya menemui jalan penyelesaiannya.Jom teruskan pembacaan.

Sebelum ini saya menggunakan broadband internet untuk aktiviti online menggunakan laptop,Saya akan melanggan secara mingguan dan kadangkala secara bulanan.Ketahuilah saya sudah berbuat demikian selama 3 tahun tanpa henti demi memenuhi hobi kerjaya sebagai blogger.

Sejak akhir ini penyedia perkhidmatan internet yang saya langgan telah menaik taraf isyarat telekomunikasi mereka menjadi sangat pantas dan laju.Akibatnya sistem broadband internet yang saya guna tidak mampu menampung kepantasan tersebut.

WAJIB BACA :   Cara Dapat Duit Cepat Guna Aplikasi Duit

Penggunaan data internet saya  cepat habis dari biasa.Jika dahulunya 1GB boleh bertahan sehingga 7 hari.Kini dalam masa 3 hari pun dah habis licin walaupun tahap penggunaan seperti biasa.Siapa yang tak panas hati bila dah jadi begini.Rasa geram membuak-buak pulak.Sabarlah mrhanafi.He..he..

Setelah berfikir diluar kotak fikiran (lah sangat) saya mencuba menggunakan sistem WIFI Hotspot yang ada pada telefon pintar.Isyarat WIFI Hotspot ini akan connect dengan laptop sama seperti anda pergi ke WIFI percuma di restoran segera.

Broadband Internet

Ternyata pertukaran dari broadband internet ke hotspot wifi lebih mengguntungkan.Laju dan pantas lebih kurang sama seperti Broadband internet.

Kebetulan pula saya telah berhijrah ke Syarikat C dari Syarikat M.Jadi penggunaan data lebih jimat ketika online jam 1 pagi sehingga 7 pagi.Sebelum tu hendaklah melanggan pakej data yang mereka tawarkan sama ada secara mingguan atau bulanan.

WAJIB BACA :   Tugas Rutin Sang Blogger Pemula

Perlu juga difahami pada masa tersebut bukan masa terbaik untuk berjaga.Boleh dicuba ketika kita berada dalam situasi terdesak untuk berjimat.Tanpa berjimat maka peluang untuk online agak sukar untuk dilakukan.

Sebaliknya penjimatan elekrik terpaksa diabaikan kerana dengan cara ini banyak menggunakan peralatan elektrik seperti telefon,laptop,lampu rumah dan kipas sekiranya rumah tiada alat penghawa dingin.

Bil Elektrik Terlalu Tinggi? Klik Disini!

{sekilas pandang}

Idea penjimatan data melalui penggunaan Hotspot WIFI berbanding Broadband Internet nampaknya berkesan.

Saya baru mencuba.In Inshaa Allah selepas ini saya akan menulis lagi artikel yang berkaitan.

ps: Nak tambah ilmu di dada jom singgah ke blog >>>> Buku Online.

WAJIB BACA :   Kelebihan Guna Dua Kad Sim

Comments 25

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge