Buat baik dibalas baik buat jahat dibalas jahat merupakan ungkapan yang biasa kita dengar. Sedar atau tidak, ungkapan tersebut menjadi satu azimat berharga buat kita semua.
Dunia adalah ladang untuk orang beriman menyemai kebaikan dan akhirat pula tempat mereka menuai pahala.
Buat baik dibalas baik buat jahat dibalas jahat
Ungkapan buat baik dibalas baik buat jahat dibalas jahat tidak jauh makna dengan peribahasa lama iaitu,
“Buat baik berpada-pada dan buat jahat jangan sekali-kali”
Sungguhpun begitu ada insan yang kreatif cuba mengubah menjadi,
“Buat baik hanya sekali dan buat jahat berkali-kali”
Saya tidak mahu membincang, mengupas dan mengulas secara lanjut perkara tersebut. Cukuplah sepintas lalu untuk mengaitkan topik yang kita bincangkan awal-awal tadi.
Konsep buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat terdapat dalam fahaman dan kepercayaan dalam agama Hindu, Buddha dan Sikh.
Mereka menyifatkan sebagai Hukum Karma.
Buat pengetahuan semua, Hukum Karma tiada dalam Islam tetapi konsep berbuat baik tetap ada balasan dan terang-terangan diungkapkan dalam al-Quran ayat 7 hingga 8 surah az-Zalzalah ,
“Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah,nescaya dia dapat melihat (balasan)Nya .Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah,nescaya dia akan melihat (balasan)nya’’
Jelas di sini, kita wajar membuat kebaikan dan ini bertepatan dengan satu hadis riwayat. Ahmad, ath-Thabrani yang menyatakan.
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia”
Ya, itu yang kita mahu, kejar dan impikan dalam menjalani kehidupan yang sementara ini.
Selagi nyawa dikandung badan dan selagi degup jantung masih kencang…on saja untuk buat baik dibalas baik buat jahat dibalas jahat.
Kita tidak tahu bila akan pergi mengadap Sang Maha Pencipta. Ya, satu teka-teki yang penuh misteri. Kalah misteri Nusantara hahaha.
Kehidupan manusia itu pelik dan lucu juga.
Orang yang banyak membuat kebaikan tetapi sekali membuat kejahatan semua kebaikan itu lupus sekelip mata.
Sebab itulah setiap kali membuat kebaikan jangan disandarkan untuk perhatian manusia. Buatlah kebaikan kerana Allah semata-mata untuk dapat darjat keikhlasan.
Mutu keikhlasan amat tinggi. Dalam ilmu Tasauf, ikhlas diibaratkan seperti seekor semut hitam di atas batu hitam di tengah malam.
Dapat bayangkan tak bagaimana maksud ikhlas dengan menggunakan metafora sedemikian.
Manusia hampir mustahil untuk mengetahui keikhlasan orang lain melainkan Allah SWT. Sedangkan orang berbuat baik sekalipun tetap mengharapkan balasan yang baik berupa pahala.
Tentu sukar menemui orang yang berbuat baik tanpa mengharapkan apa-apa waima daripada Allah SWT.
Ambil jalan sederhana dengan buat baik dibalas baik buat jahat dibalas jahat.
- Kemas kini 20/1/23
- Kemas kini 28/5/23
Kamek berpegang dgn quote “permudahkan urusan orang lain, insyallah urusan kita pun akan dipermudahkan..” lebih kurang juak kan? melibatkan karma.. kadang Allah beri cash, terus nampak
Kakmim recently posted…Bila #budakkaran Beraya
yalah tak…janji kita memberi kebaikan kepada orang lain maka balasn tetap akan ada juak untuk kita
membalas kebaikan dengan kebaikan itu biasa, membalas kebaikan dengan kejahatan itu zalim… tapi bimbang ada yang salah tafsirkan dengan membalas kejahatan dengan kejahatan.. kerana berbuat jahat dibalas jahat itu sepatutnya dibalas dari kehendak dan izin Allah.. jadi siapa yg mengizinkan seseorang manusia/jin/syaitan itu berbuat jahat? lalu disalahkan juga yang berbuat membalas kejahatan dengan kejahatan atas dasar dendam.. saya agak keliru..
Tulah masalahnya…Ada Yang berfikiran…kejahatan mesti dibalas dengan kejahatan juga