Cara atasi low self-esteem diri

Pernah tak dalam hidup ini rasa terkurang di sana dan di sini.Tengok diri sendiri dalam cermin pun rasa nak muntah hijau.

Selepas itu mula bandingkan diri dengan orang lain.Ada yang lebih lucu apabila perbandingan dibuat dengan artis pujaan atau model kesayangan.

Bezanya tentulah seperti langit di bumi.

Akhirnya mengaku dan mencanangkan kepada dunia bahawa kita teruk la, tak cantik la dan tak menarik.

Maka…

Itu tanda-tanda kita sudah alami low self-esteem diri.

Menurut pengertian dalam bahasa Inggeris, Low self-esteem is characterized by a lack of confidence and feeling badly about oneself.

Dalam erti kata yang lain pula low self esteem diri ialah lemah keyakinan diri dan diri sendiri dirasakan jelek atau membosankan.

Seandainya ada perasaan sedemikian tolong muhasabah diri.Segeralah rasa insaf kerana perbuatan tersebut seperti tidak bersyukur dengan kurniaan Allah kepada kita.

WAJIB BACA :   Pelancaran Formula Income Seumur Hidup

Betapa ramai yang sudah pergi mengadap Ilahi dalam usia yang masih muda.

Berapa ramai insan di luar sana yang diuji sebagai Orang Kurang Upaya.

Berapa ramai lagi manusia yang di luar sana yang bergelut dengan cabaran kesihatan.

Ada yang nyawa-nyawa ikan menunggu saat untuk pergi tak akan kembali.

Ramai sebenarnya.Mereka diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan.

Adakah mereka mahu sedemikian rupa nasibnya.

Sudah pasti tidak.

Tapi kita sihat dan cukup sifat.Makan dan minum ada.Pendek kata hampir ada kesemuanya walaupun tidak semewah mana.

Cuba perhatikan…

Seandainya kita pada masa ini gemuk sangat atau kurus sangat.

Seandainya kita pada masa ini kurang cantik atau kurang hensem.

WAJIB BACA :   Pengalaman pertama guna khidmat Maxim Malaysia

Seandainya kita pada masa ini hidup melarat atau merempat.

Ini semua ada sebab.Ada hikmah.

Yakinlah persoalan rezeki dan rentak kehidupan kita unik.Tidak sama dengan orang lain walaupun destinasi kita adalah sama.

Kita semua tengah mencari keredhaan Allah.

Tolong ya.Lihat sekali lagi betapa sayangnya Allah kepada kita.

Sayang Allah mengatasi KemurkaanNya.

Allah bagi peluang untuk kita bernafas lagi.

Allah bagi masa untuk kita berubah menjadi semakin baik dalam apa-apa lapangan dan bidang.

Masa masih berbaki walaupun realiti tidak pasti berapa lama lagi.

Gunakan kesempatan yang ada untuk berubah.Koreksi diri mana yang dirasa lompong macam lombong.

Jika rasa low self-esteem kerana gemuk maka kurangkan berat badan.

Jika rasa low self-esteem kerana kurus maka tambahkan berat badan.

WAJIB BACA :   Pengertian orang tua, inilah penjelasan ringkasnya

Jika rasa belum ada sumber kewangan yang mantap cuba belajar Bisnes Makan Delivery.

Adakah semudah saya yang berkata-kata ini.

Pastinya tidak.Setiap perubahan perlu pengorbanan.Komitmen ke arah itu perlu padu dan jitu.

Seandainya kita kini masih belum punyai apa-apa seperti orang lain.

Tenang sahaja.

Ada banyak pintu untuk dilalui.Pintu mengapai titik perubahan yang kita ingini.

Lihatlah pintu-pintu tersebut :

Solat.

Sedekah.

Istighfar.

Selawat.

Al-Quran.

Pilih sahaja pintu perubahan yang mana kita sukai dan sanggup laksana dengan istiqamah.

Jelas tak bagaimana untuk atasi low self-esteem sekiranya berpunca dari kekurangan diri.

Belum jelas lagi.

Baik kita sambung dengan cara yang lain pula iaitu bina imej kendiri.

Salam 23 Ramadan 1441H.

Comments 4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge