Ketahui Cara Borong Barang Dari China Dengan Mudah

Saya ada membaca panduan mudah berkenaan cara borong barang dari China.Informasi ini sangat sesuai untuk mencari lubuk-lubuk barang murah di negara China supaya usahawan boleh mendapat harga barang yang sangat murah supaya beroleh untung sehingga 600 peratus.

cara borong dari china

Sumber : Facebook

Dah ramai orang maklum negara China adalah lubuk untuk mendapatkan barang borong yang murah.Kawan saya juga berminat.Tak hairan kerana beliau adalah seorang usahawan baju kanak-kanak di Samarahan.

Dari dulu lagi sehingga ke hari ini negara China sudah disinomimkan dengan barang harga murah.Biarpun murah namun berkualiti.Jika tidak, tentu sahaja jenama yang terkenl dunia memadamkan tagline “Made In China” pada produk mereka.

Oleh sebab itu kita tidak harus memandang rendah kepada produk-produk keluaran dari negara China.Harga yang murah kerana kos buruh rendah.Namun kualiti tidak semurah harga.Perkara tersebut mesti difahami betul-betul.

Ada dua cara yang sangat praktikal untuk tujuan memborong barang dari negara China.Terpulang kepada para usahawan sendiri.

1.Pemborong datang ke negara China

2.Pemborong boleh order secara online.

Kedua dua cara ini ada kelebihan dan dan kelemahan.Macam biasa.Memang tiada yang sempurna.

Borong barang dari China

Sebelum pergi ke negara China para usahawan borong perlu melalui beberapa langkah berikut.

1.Ikut seminar atau workshop

Mereka mestilah mengikuti kursus dalam kelas.Belajar dengan pengajar yang berpengalaman dan bertauliah.

Ada juga yang menjadi pengiring kepada para peserta yang buat pertama kali pergi ke negara China.

Pembaca boleh merujuk kepada laman web Bisnes Borong China untuk mengetahui workshop terbaharu mereka.

2.Buat passport dan Visa

Dokumen seperti passport dan Visa hendaklah disediakan.

Perlu ingat bahawa passport adalah pengenalan diri yang dikeluarkan negara kita sendiri.Ia diperlukan untuk kita memasuki semua negara kecuali Israel.(mereka tiada negara dan kita tiada hubungan diplomatik).

Visa pula permit yang dikeluarkan oleh negara yang ingin kita lawati.Tempohnya berbeza mengikut negara.Visa tidak diperlukan jika kita memasuki negara-negara Komanwel.

3.Sediakan wang mencukupi

Berapa banyak wang tunai yang perlu untuk borong barang di China?

Terpulanglah kepada kita berapa yang kita sanggup bawa namun jumlah mininum sebaik-baiknya adalah RM5 ribu.

Terlebih bawa wang tunai boleh ditahan oleh pihak berkuasa.Sebab itu paling afdal membuka akaun Bank Of China.Ketika di China kita boleh keluarkan duit terus dalam mata wang Renminbi (RMB)

4.Tempat penginapan

Pilih hotel yang jimat,selesa dan selamat.Biasanya usahawan borong akan berkelana di China selama 5 hari untuk membeli belah.

Sebaiknya pilih hotel yang dekat dengan sistem pengangkutan awam seperti Metro.Untuk pengetahuan semua,Metro adalah seperti LRT kalau di Malaysia.

5.Makanan halal

Negara China majoriti penduduk bukan Islam.Jangan hairan makanan agak sukar ditemui.Namun begitu memang ada terutama di kawasan Guang Zhou kerana penduduk situ ramai yang muslim.

Jangan lupa negara China antara negara terawal menerima kedatangan Islam sejak 618 Masihi.

6.Telefon

Boleh beli kadsim di kedai ketika berada di China.Jika tak nak, boleh aktifkan sistem roaming.Perlu juga fahami sistem roaming agak mahal berbanding menggunakan kadsim di negara yang kita lawati.

7.Internet

Negara China agak kebelakangan dalam dunia media sosial.Mereka melarang rakyat mereka menggunakan Facebook,Youtube,Tweeter dan Blogger.

Cuma saya tak pasti keadaan sebenar di negara China.Belum pernah pergi.Ada rezeki, adalah berbulan madu dekat negara yang terkenal dengan Panda Gergasi dan Tembok Besar.

8.Jurubahasa

Jurubahasa bukan suatu yang wajib jika sekadar untuk proses jual beli biasa.Penjual barang di China boleh berbahasa Inggeris yang mudah.Standard bahasa Inggeris mereka ada yang lebih kurang dengan kita.

Begitulah serba sedikit maklumat yang saya perolehi dari pembacaan buku Panduan Memborong Di China hasil penulisan Tuan Muhammad Nizar Jamaludin dan Puan Nur Hafizah Shaarani.

Pemborong boleh order secara online.

Panduan dan cara  order barang secara online tidak saya ulas dengan lanjut.Penerangan ada dibuat dengan lengkap dan meyakinkan dalam ebook Rahsia Taobao.

Pembaca boleh layari sendiri dalam pautan melalui banner di bawah ini :

 

ps: Jom sertai >> Grup Whatsapp Pembaca mrhanafi dot com

(Visited 96 times, 1 visits today)

18 thoughts on “Ketahui Cara Borong Barang Dari China Dengan Mudah”

  1. Kalau tidak silap GV, di China ada social media versi dorg sendiri. Paling popular ialah Weibo (twitter versi China), we chat, Youku Tudou (youtube versi China). GV tahu pun sebab Shila Amzah kena buka akaun social media Weibo kat China untuk attrack peminat di China. huhu.
    Galaksi Viral recently posted…LAGU BRUNEI YANG SANGAT BESTMy Profile

  2. Menarik jugak ni. Saya dah kongsikan di gerup watsap saya. Manalah tau ada yg berminat nak jadi usahawan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge