Cara Cari Jodoh ( Bahagian 2 )

Bahagian pertama cara cari jodoh sudahpun saya dikongsikan sebelum ini.Ada tiga lagi cara cari jodoh yang akan saya ceritakan sebentar lagi.

Sewaktu turun ke pejabat hari ini, hari hujan.Dalam keadaan yang kebasahan dan kesejukan begini saya gagahi juga untuk ke tempat kerja.

Inilah perjuangan untuk keluarga demi memastikan mereka selesa dan cukup belanja.Diri sendiri yang dalam kesusahan tidak mengapa.Itulah dikatakan pengorbanan.

Berbalik saya kepada topik yang dibincangkan.

Cara cari jodoh

Cara cari jodoh yang seterusnya boleh menggunakan talian hayat seperti berikut:

1.Talian hayat Ibubapa

Minta tolong kepada ibu atau bapa untuk mencari senarai calon untuk kita.Lagi ramai calon lagi bagus.
Senang nak buat senarai pendek dan boleh memilih mereka yang betul-betul sesuai dengan kehendak dan citarasa.

Ingat bukan setakat nak tangkap muat semata-mata.Silap hari bulan jodoh tak panjang, merana badan sepanjang zaman.

Ibu merupakan orang yang boleh membuat pemilihan bijak.Mereka ada deria rasa dan deria hati yang sangat sensitif.Mereka cukup tahu siapa yang sesuai untuk anak mereka.

Mungkin ada yang tersasar juga terutama ibubapa yang memandang darjat dan kedudukan.Ciri-ciri kemanusiaan yang lain terlepas pandang.

2.Talian hayat kawan-kawan

Kawan-kawan yang baik akan membantu kita masa susah.Sudah tentu mereka boleh membantu dalam bab pencarian jodoh.Nyatakan hasrat kita untuk mencari pasangan hidup.Nyatakan juga ciri-ciri yang kita hendak.

Mereka faham dan tahu siapa diri kita.Malah keadaan kawan mereka juga diketahui.Tentulah lebih mudah untuk mereka mencadangkan sebagai calon jodoh.

Ada keserasian dan persetujuan lanjutkan kepada ikatan pernikahan.

3.Talian Hayat Online

Sebetulnya zaman alaf baru masalah untuk mendapat jodoh bukan lagi perkara yang sulit dan sukar.

Yang tinggal cuma masalah duit cukup atau tidak untuk buat hantaran,Jika tiada duit terpaksalah cari dan kumpul setakat yang mampu.Duit untuk kahwin adalah soal maruah untuk kaum lelaki.

Antara portal mencari jodoh yang bagus ialah Baituljanah dan Semanis Kurma khidmat portal secara online ini boleh melangkaui negeri dan negara.

Profil kita akan Mix & Match dengan bakal jodoh oleh sistem.Peratusan untuk mendapat calon jodoh yang sesuai, sekufu dan serasi sangat tinggi.

Cara ini amat menjimatkan masa dan cukup efektif kerana tepat kepada golongan sasaran berbanding main serkap jarang sebagaimana media sosial yang terbuka sifatnya.

Bagaimanapun keahlian untuk menyertai portal cari jodoh online berbayar.Jangan risau kerana bayaran tidaklah mahal manapun.

Kesimpulan

Alhamdullilah sudah selesai penerangan saya tentang cara cari jodoh dalam bahagian kedua.Nantikan juga dalam tip yang lain pula dalam bahagian ketiga nanti.

Oh ya jangan lupa untuk like FB page saya atau langgan email untuk terus mendapat cerita terbaharu.

6 thoughts on “Cara Cari Jodoh ( Bahagian 2 )”

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: