Cara Cari Jodoh ( Bahagian 3 )

Hari minggu bagus saya gunakan untuk berfikir cara cari jodoh.Maaf bukan untuk saya semata-mata tetapi untuk orang lain juga.Saya akui jodoh adalah rahsia Allah.Tertutup rapi dan terbuka apabila tiba masanya.

Itu hukumnya.

Harap bersabar para pencari jodoh.Kepada mereka yang sudah menemui jodoh masing-masing bersyukur selayaknya.

Hargai jodoh kerana sekali kehilangannya baru tahu langit itu tinggi atau rendah.

Sudah dua artikel telah saya tulis berkaitan cara cari jodoh iaitu bahagian 1 dan bahagian 2.Dalam bahagian 3 ini saya nak sambung kembali beberapa tip yang bagus untuk tujuan tersebut.

Cara Cari Jodoh

1.Mantapkan ilmu

Tak kira ilmu apa yang penting ilmu yang membawa kebaikan.Paling bagus kalau ilmu agama kerana ia adalah asas kepada kejayaan untuk dunia dan akhirat.

WAJIB BACA :   5 tips memikat hati wanita agar mudah tergoda

Orang berilmu dipandang tinggi.Ilmu umpama pelengkap kepada kehenseman atau kecantikan seorang.

Teori mudahnya.Orang ada ilmu pasti dicari oleh wanita yang bijak.

Sebagai lelaki yang berilmu, sahamnya tentu naik.Berkenalan sahaja sudah boleh berkenan.Misalnya ilmu bisnes borong barang China.

Ilmu tidak perlu ditunjuk-tunjuk.Orang akan tetap tahu dari butir bicara dan air muka.

2.Luruskan niat

Mencari jodoh adalah urusan manusia.Mendapat jodoh pula adalah ketentuan Allah.Pastikan dengan niat yang lurus kerana Allah, urusan cari dan dapat jodoh lebih mudah.

Memang akan ada halangan namun halangan akan mudah diatasi.

Perbaiki niat sebaik-baiknya yakni bernikah untuk tujuan kesempurnaan agama, mengelak diri dari terjebak maksiat dan kerana Allah SWT semata-mata.

WAJIB BACA :   Lemas Dalam Rindu

Jika percaya dan yakin, in shaa Allah jodoh yang sesuai akan datang di depan mata.Pilih dan tunjuk sahaja mana yang berkenan.

3.Buat pemerhatian

Mustahil sungguh kita hidup tanpa manusia lain.Setiap hari kita akan berjumpa dengan ramai manusia.Mungkin di pejabat,pasar, masjid, pesta dan sebagainya.

Bukalah mata dan perhatikan mereka.Ada dikalangan mereka juga tengah mencari jodoh.

In shaa Allah jika niat dan tindakan betul boleh jadi pertembungan jodoh akan berlaku.Semuanya adalah usaha dan ikhtiar manusia.

Siapalah yang tahu ?

perkahwinan dalam islam

Kesimpulan

Cara cari jodoh yang saya kongsikan ini seperti mudah jika dibaca.Namun berkesan atau tidak hanya akan teruji apabila dipraktikkan.

Selamat mencuba dan jumpa lagi dalam bahagian keempat nanti.

WAJIB BACA :   Kata-Kata Rindu Buat Anak Yang Jauh Berbentuk Doa 9 [ edisi kemas kini ]

p/s : Amat disaran untuk like Page saya di >>> SINI

*Kemaskini 11 Februari 2020

Comments 14

Leave a Reply to Djangkaru Bumi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge