Cara hilangkan migrain sebelah kiri

Sehari suntuk saya kena serangan migrain sebelah kiri kepala. Sakitnya pada tahap sederhana. Masih boleh ditahan tetapi kurang selesa.

Migrain adalah jenis sakit kepala yang berlaku pada gangguan saraf dalam otak. Majoriti mengalaminya wanita terutama semasa haid dan tidak terkecuali kepada lelaki.

Bayangkan dalam selang masa 10 saat hingga 22 saat sakitnya berdenyut-denyut. Migrain yang saya alami sekejap ada dan sekejap tiada tetapi jangka masa amat singkat.

Ia seakan-akan ada duri yang cuba dicucuk pada daging. Sakitnya terasa hingga ke belakang telinga dan tidak pula hingga rahang depan.

Alhamdulillah saya jarang sakit dan saya sangat bersyukur dengan nikmat sihat demikian. Namun bila sudah terkena ujian sakit, emosi saya belum mantap menghadapinya.

Menjelang Maghrib, tahap migrain saya semakin bertambah buruk. Dari tahap sederhana kini menjadi agak teruk.

Saya tidak tahan dengan kesakitan kerana selang masa sakit datang cuma setiap lima saat.

WAJIB BACA :   5 Sebab Orang Buat Bisnes Mudah

Seusai sahaja solat Maghrib, saya cuba tidur dan kesakitan masih terasa sehingga saya terbangun semula untuk solat Isyak.

Nasib baik dapat bangun semula, kalau terus menghadapi Ilahi tak tahu nak cakap apa dah. Mungkin hanya sempat berpesan kepada pembaca blog ini,

“see you all at Firdausi Jannah later”.

Aamiin dan In shaa Allah.

Pada tengah malam, saya berikhtiar untuk cari cara hilangkan migrain sebelah kiri yang saya alami.

Ada dua jenis ubat. Satu daripadanya ubat umum seperti painkiller atau paracetemol dan sejenis ubat yang khusus untuk menghilangkan migrain.

Ubatan ini wajib diambil setelah mendapat pemeriksaan doktor. Jangan memandai pulak nak jadi doktor kepada diri sendiri.

Sudah tengah malam begini, tidak praktikal pulak untuk berjumpa doktor. Jadi saya cari alternatif yang mudah tapi wajib tahap keimanan yang tinggi.

Saya ambil air kosong minum seperti biasa. Dalam hati terus berdoa dengan bertawasul dengan amalan selawat yang saya lazimi 10 ribu setiap hari.

WAJIB BACA :   Hijrah Diri : Jadikan Hari Ini Jauh Lebih Baik

“Ya Allah engkau sembuhkan kesakitan migrain yang saya hadapi ini berkat selawat kepada Rasulullah saw.”

Tidak lama selepas itu saya terus terlena sebagaimana orang mengambil paracetamol.

Pada keesokannya yakni pagi ini, migrain saya sudah pulih. Saya sangat bersyukur kerana sedar betapa nikmat sihat itu terlalu tinggi nilainya.

Saya cuba bedah siasat mengapa migrain sebelah kiri ini berlaku.

Pertama, saya kurang makan makanan manis kerana nak jaga pengambilan kalori. Otak perlukan tenaga dari sumber glukosa. Sedangkan sebelum migrain berlaku saya abaikan minum air manis atau makanan manis.

Jika berlebihan kalori maka sukar untuk saya mencapai impian sixpack. Target untuk rendahkan body fat bawah 20 peratus.

Keduanya, kurang tidur. Saya akui kurang tidur sejak kebelakangan ini.

Banyak perkara yang menyebabkan saya terpaksa bangun awal pagi dan tidur lewat malam.

WAJIB BACA :   Menikmati rasa bahagia dan sebarkan #PeaceForArakan

Antaranya tiada teman tidur dan kesejukan yang tidak mampu dihangatkan oleh selimut nipis. Hehehehe

Tidur lewat pula kerana tuntutan kerja rutin. Mana boleh tidur sesuka hati takut nanti dilabelkan makan gaji buta bak kata netizen zaman muktahir.

Dua penyebab migrain saya perlu diatasi agar tidak berulang lagi.

Saya wajar makan dengan mencukupi berdasarkan keperluan badan. Ia bukan kerana desakan emosi semata-mata nak sixpack atau slim.

Saya perlu cukup tidur dan keperluan untuk ada peneman tidur akan diusahakan sebaik mungkin.

Usaha tangga kejayaan dan selebihnya berserah kepada Allah SWT kerana perancanganNya jauh lebih baik dari perancangan manusia itu sendiri.

Demikian sedikit cerita saya tentang migrain dan cara hilangkan migrain sebelah kiri yang dialami ini.

Semoga ada manfaatnya untuk kita semua dan jangan malu-malu untuk kongsikan artikel ini kepada orang lain pula.

Comments 4

  • tidur tu penting wpn sibuk mcm mn sekali pun. tidur ni rehat yg Allah beri. jd manfaatkanlah sebaiknya…

    syafakallah…

  • p/s smlm sy nk BW ke sini guna hp tp x boleh msk. yg kelihatan cuma simbol2 pelik. so sy assumed awk mungkin tgh buat something pd blog ni… x tau laa pula kalau org lain pun kena mcm tu jg…

    ni sy BW gn pc…alhamdulillah ok.

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge