Terdapat banyak cara menulis artikel SEO. Namun menurut Neil Patel cara menulis artikel SEO pada tahun 2022 sedikit ‘gila’ daripada sebelumnya.
Siapa dia Neil Patel ?
Ada orang kenal tak ?
Ya, Neil Patel ialah seorang penulis buku dan bestseller majalah New York Times.
Beliau juga pakar dalam bidang SEO dan ini terbukti kerana menjadi pemilik tool UberSuggest
Tanpa membuang masa jom kita hadam penerangan dan perkongsian dari Neil Patel.
Boleh baca artikel ini atau terus sahaja menonton Youtube Patel.
Table of Contents
Cara menulis artikel SEO
1.Fokus atasi masalah pembaca
Mari kita letak diri sendiri sebagai seorang pencari maklumat di Google.
Kita ada masalah dan kita mencari maklumat untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Sekarang kita kembali menjadi seorang blogger.
Sudah tentu sebagai blogger tugas dan amanah kita untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang dicari oleh mereka.
Penyelesaian tersebut boleh kita tulis dalam artikel dengan teknik SEO agar berada di halaman pertama Google.
Saya ada menulis artikel cara buat website ecommerce.
Dalam artikel tersebut saya berusaha mencari penyelesaian bagaimana untuk membina website seperti yang dimahukan oleh pencari maklumat.
2. Cipta tajuk atau headline yang memukau
Menulis tajuk artikel yang memukau memerlukan latihan yang berterusan.
Kesan dari latihan tersebut akan memberi kemahiran aras tinggi kepada seorang blogger.
Dalam menulis tajuk atau headline memerlukan beberapa elemen.
Antaranya perkataan beremosi dan ada angka. Kombinasi angka atau nombor menjadikan tajuk lebih menarik.
Pembaca tertarik untuk membaca artikel setelah terpandang tajuk dalam selang masa tiga saat sahaja.
Saya ada menulis artikel yang mempunyai tajuk yang menarik dan sehingga kini masih suka dibaca orang setiap hari.
Misalnya artikel 7 Keburukan Kahwin Muda Yang Sewajarnya Dijauhi
3.Huraikan kata kunci dengan jelas
Sejujurnya bukan mudah untuk menulis artikel SEO yang menarik dan bermanfaat.
Selain perlu idea yang mantap, penguasaan bahasa yang kukuh serta pemahaman tentang topik mendalam untuk menjadikan artikel disukai Google.
Saya pun belum lagi berada pada tahap ini.
Misalnya kata kunci cara menulis artikel SEO perlu dihurai dengan contoh, fakta dan data yang relevan.
Kemahiran berbuat demikian akan memastikan para pembaca faham dan suka dengan penulisan kita.
Bila pembaca sudah suka, sudah tentu anda sebagai blogger mengharumkan etos masing-masing.
4.Tulis konten yang lebih baik daripada pesaing
Logik dalam ideologi persaingan ialah hanya yang terbaik jadi pilihan.
Begitu juga cara penulisan artikel SEO kerana Google suka perkara yang lebih bermanfaat dan bernilai buat pembaca.
Bagaimana mahu tahu artikel tersebut lebih baik ?
Secara asasnya artikel terbaik ditulis dengan fakta yang sahih dan data yang terbaharu.
Rujuk artikel para pesaing dan lihat bagaimana cara untuk menambah baik artikel tersebut selain menilai cara menulis artikel SEO sehingga boleh mencapai rangking yang bagus di Google.
5.Masukkan pautan internal artikel
Tugas sampingan blogger memudahkan Google kenal pasti artikel yang ditulis ada kaitan antara satu sama lain.
Neil Patel berpesan jangan keterlaluan meletakkan pautan ke dalam artikel.
Berpada-pada atau bersederhana untuk kepentingan jangka panjang.
Pastikan pautan dibuat ke atas artikel yang lama dan juga baharu.
Buat dalam bentuk kombinasi sebagai mana kata orang dulu-dulu, kalau tiada yang lama mana mungkin ada yang baharu.
Disarankan buat pautan antara dua hingga tiga sudah memadai.
6.Cadangan yang adil
Tiada sesiapa suka membaca saranan atau cadangan yang terlalu berat sebelah.
Cadangan yang bias seperti tidak adil untuk pembaca membuat penilaian.
Jadi sebaik-baiknya tulis artikel yang memberi peluang kepada pembaca bersetuju dengan sebab tertentu.
Begitu juga kalau tidak bersetuju mana mungkin menghentam penuh emosi sehingga meluka hati pembaca yang tidak sehaluan.
Saya bagi satu contoh artikel yang bersifat perbandingan.
Namun saya menyatakan pendirian secara berhemah tanpa terlalu berat sebelah.
Artikel tersebut ialah Intel lawan AMD: Mana lebih mahal?
7.Masukkan setting asas SEO dalam artikel
Ini bahagian yang tidak kurang pentingnya.
Dalam erti kata yang lain terpenting juga.
Sesiapa yang sudah menguasai ilmu asas SEO tidak menghadapi kesukaran bagi memastikan artikel mereka berada di halaman utama Google.
Lihat kepada title tag, metatag, H2, kepadatan kata kunci, alt tag untuk gambar dan sebagainnya.
Semua setting ini lebih mudah untuk blog berplatform WordPress berbanding Blogspot.
Menurut Neil Patel, guna sahaja tool Ubersuggest untuk post-mortem blog anda.
Dari situ dapat kaji dan teliti kelemahan dan kekuatan blog masing-masing.
Blog yang hebat dan berprestasi tinggi dinilai melalui theme yang ringan, plug in yang betul dan kepantasan luar biasa selain penguasan cara menulis artikel SEO yang jitu.
Kesimpulan
Apa yang dikongsikan oleh Neil Patel tentang cara menulis artikel SEO untuk tahun 2022 cumalah asas sahaja.
Ada yang lebih advance sehingga saya sendiri sukar untuk mencerna ilmu tersebut.
Saya masih berpegang kepada prinsip malar segar iaitu artikel adalah raja dan tanpa artikel yang bagus pembaca tidak akan dapat apa-apa manfaat daripada blog kita.
Akhir kata, majulah blog untuk saluran ilmu bermanfaat dan maklumat yang lengkap.
Memang tidak mudah tulis artikel yang bermutu.
betul…sebab itu perlu ada ilmu, info dan data yang berkaitan
kamek masih sik berapa pandei main SEO tok…belasah jak lah..haha
sik pa…main SEO nnag susah juak…tiap taip sentiasa ada perubahan
menulis utk tujuan komersil, bolehlah apply teknik SEO ni…kalau santai-santai…kita rilek2 je..
betul tu tuan..menulis secara komersial amat perlu kerana ada harga yang perlu dibayar
Berblogging juga banyak tujuan dan cara yang tuan kongsikan pun boleh jer
mmg selalu follow neil patel nih ..
azni recently posted…Tips hidup tenang usia 50an, mungkin boleh praktikan cara ini.
kalau macam tu….boleh tahan juga ilmu SEO awak hehehhe
Saya masih perlu banyak belajar tentang SEO ini. Blog saya belum di monetize , karena memang tak ingin. Rezeki buat saya sumbernya dari yang lain. Blog hanya untuk having fun. Tapi bukan berarti saya menulis sembarangan, tetap harus serius dan isi komplit tentang info-info wisata atau culinary.
Jadi sekarang ini saya fokus ke content lah, karena biar gimana content tetap a king
lagi best kalau mneulis untuk fun…
saya ada dua blog untuk menulis untuk fun tanpa pening-pening memikirkan soal SEO
masi belajar pasal seo ni.. kena selalu update ilmu seo
teruskan belajar bro…moga sukses nanti
Paling penat belajar SEO ni, dari tahun 2010 sampai sekarang still nak memahamkan tu ..aduhhh sakit mata yer ahahah , Tapi apapon bila baca perkongsian Neil Patel ni teros bersemangat nak sampaikan informasi yang berguna untuk rakyat Malaysia melalui penulisan ku ..chewahhh …
Asyraf recently posted…Renew Insurans Axia Secara Online Dengan Takaful Malaysia
trend SEO sentiasa berubah setiap tahun.
memang sukar dan mencabar untuk mengejar 100 peratus