Terbongkar Cara Sejukkan Bilik Tanpa Air Cond

Tak sangka ada cara sejukkan bilik tanpa air cond.Perkara ini terbongkar berikutan pengalaman admin sendiri tinggal di bilik sewa sekarang ini.Bukanlah sesuatu yang baru namun sekadar perkongsian santai apalah salahnya.

Tinggal di bilik sewa bukan pilihan hati sebenarnya.Apatah lagi bilik sewa murah.Di bilik tersebut tidak menyediakan tilam,kipas,tingkap dan meja.Yang ada cuma bilik kosong dengan hamparan tikar plastik.

Bukan itu sahaja, bilik ini dipakejkan dengan ruang udara yang kedap,panas dan kurang selesa.Pencahayaan pula menggunakan lampu neon baik siang hari maupun malam hari.Hanya mereka yang pernah menyewa bilik yang tiada tingkap sahaja tahu dan faham bagaimana keadaannya.

Bilik yang berhawa panas adalah teman setia admin.’Kami’ saling berkomunikasi melalui saluran imaginasi luar logik akal.

WAJIB BACA :   Ketahui 5 punca buah pinggang rosak…yang terakhir paling bahaya !

Bilik: Padan muka kau admin.Dulu buat dosa sampai tak ingat dunia.Nasib baik ruang yang sempit dan kosong ini bukan kubur.Kalau tidak, bertepuk tangan kami melihat kamu tersiksa kerana tidak sempat bertaubat.

Admin  : Ya Allah, andainya ini adalah gambaran kubur untuk orang yang berdosa,aku mohon ampun kepadaMu Ya Allah.Berilah aku kesempatan untuk memperbaiki amalan dan meningkatkan takwa.Kuatlah hatiku untuk menempuh ujian ini biarpun ujian kubur lebih dahsyat dari bilik panas ini.Aamiin.

Cara sejukkan bilik tanpa air cond

Biasanya admin terpaksa berkipas dengan kertas hingga renyuk dan lunyai untuk mengurangkan rasa panas bilik yang  menjengkelkan.

Admin juga mandi lebih dari 5 kali sehari.Bukan setakat itu admin berhadapan dengan kepanasan dari waktu pagi sehingga ke pagi berikutnya.

WAJIB BACA :   Bermain Dengan Driver Bukan Disengnajakan Untuk Suka-suka

Senang cerita, selama 22 jam sepanjang 22 hari.Jangan pelik kerana masa 2 jam itu admin berada di luar bilik untuk menghirup udara kota sambil menikmati makanan bajet.

Admin tidak perlu ke pejabat kecuali pejabat maya.Admin bekerja dan tidur di tempat yang sama.Itulah seronoknya  jadi blogger profesional.

Inilah cara admin sejukkan badan

Selain mandi, admin mencuba pelbagai kaedah untuk menyejukkan badan.

Ada kalanya admin hampir berbogel dalam bilik seorang diri.Malah ketika rasa terlalu panas admin akan berbaring atas lantai begitu sahaja.Dengan cara demikian kepanasan boleh berkurangan kerana badan bersentuhan langsung dengan simen.Kebetulan pula simen sifatnya sejuk.

Alhamdulillah.

Admin telah mengakhiri kepanasan bilik sewa dengan membeli kipas murah jenama Milok.Memang jenama biasa namun admin berpuas hati kerana hembusan angin cukup menyegarkan.Harga pula mampu beli.

WAJIB BACA :   Tiba Tiba Pulak Suka Lagu Photograph - Ed Sheeran

Barulah ada rasa ‘heaven’.

Kesimpulan

Kini admin bersyukur sangat-sangat kerana sudah ada cara sejukkan bilik tanpa air cond.Tiada lagi kepanasan.Admin menikmati suasana bilik yang nyaman,sejuk dan tenang.

Selamat tinggal kepanasan tetapi ingat kepanasan bilik sewa yang admin alami sebelum ini terlalu sedikit jika dibandingkan dengan mangsa pelarian.Mungkin juga mereka yang hidup gelandangan atau mereka yang tinggal dikawasan setingan.

Kasihan mereka ini kerana belum mampu memiliki >>> rumah yang sempurna.

Comments 42

Leave a Reply to Belang Tarung Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge