Cara simpan duit kahwin memang mudah.Pokok pangkalnya ada kesedaran untuk menyimpan duit.Tabiat manusia walaupun bukan semua ialah suka berbelanja sesuka hati.
Nak beli apa sahaja yang menjadi keinginan dan kemahuan.Ada yang bijak.
Mereka berbelanja juga seperti orang lain.Namun kebijakan mereka terletak pada cara menyimpan duit.
Dalam masa yang sama boleh menjana duit dengan banyak.
Dalam artikel ini saya akan kongsikan cara untuk simpan duit kahwin.Saya pernah buat dan saya juga telah berkahwin.
Alamak status perkahwinan saya sudah terbongkar.
Cara Simpan Duit Kahwin

Saya mulakan dengan peribahasa lama.
“Kalau hendak seribu daya dan kalau tak hendak seribu dalih”
Jadi kalau ingin nak kahwin maka kesedaran untuk simpan duit wajib ada.
Tak cukup duit = lambat kahwin
Banyak duit = cepat kahwin
Jika nak banyak duit perlu ada cara dan strategi.
Ketahuilah ada cara menjana duit lebih yang efisien dan strategi menyimpan duit yang efektif.
Jom teruskan bacaan.
Jadual simpan duit
Menyimpan duit perlu strategi iaitu ada jadual.Sediakan jadual yang mudah iaitu setiap hari gaji terus banking duit untuk simpan tabung kahwin.
Setiap pertengahan bulan pun simpan duit hasil dari sumber pendapatan lain [ jika ada ]
Mulakan dengan 10 peratus terlebih dahulu.
Misalnya gaji RM5000.
Wajib simpan RM500 untuk 3 bulan pertama.Selepas 3 bulan pertama naikkan menjadi RM1000 sebulan.
RM500 x 3 bulan = RM1500
RM1000x 9 bulan = RM9000
Jadi setahun boleh dapat RM10500 [ duit tanpa dividen atau susut nilai]
Selepas 24 bulan dah boleh cukup wang hantaran lebih RM20k.
Alhamdulillah dah boleh kahwin.[selamat pengantin baru ]
Pengurusan kewangan peribadi
Saya faham sangat mencabar untuk menahan nafsu dari berbelanja sakan.Misalnya godaan sebagai orang bujang untuk berjalan-jalan sangat tinggi.Lebih-lebih lagi kalau dah ada awek.
Pening kepala nak fikir.Kalau tak nak keluar, awek akan merajuk dan cari Pak we lain la pulak.Anda sudah tiada pilihan selain untuk belajar mengurus kewangan dengan bijak.
Bagaimana caranya ?
Saya sarankan pembaca untuk menekuni ebook Tip Jimat
Dalam ebook ini pembaca akan didedahkan 14 strategi untuk menjimatkan wang.
Lagi jimat lagi banyak simpan dan lagi cepat nak kahwin.
Pergh…
“Rasa macam tak sabar la nak kahwin.”
Sabar.
“Tak lari bukit panorama untuk dikejar.Tak luak lurah dendam untuk diharungi”
Faham-faham sahajalah.Kalau dah tersenyum, faham la tu.
Berikut adalah 14 strategi yang boleh pembaca pelajari dan akan dapat hasilnya nanti.
- Strategi Berjimat-Cermat Di Rumah
- Strategi Berjimat-Cermat Ketika Berbelanja
- Strategi Berjimat- Cermat Makanan Harian
- Strategi Berjimat- Cermat Dalam Hal Pendidikan
- Strategi Berjimat-Cermat Dalam Majlis
- Strategi Berjimat-Cermat Dalam Aspek Penggunaan Kenderaan
- Strategi Berjimat- Cermat Untuk Kesihatan
- Strategi Berjimat-Cermat Di Pejabat
- Strategi Berjimat-Cermat Dalam Hiburan
- Strategi Berjimat Cermat Untuk Pelajar Universiti
- Strategi Berjimat-Cermat Dalam Komunikasi dan Gajet
- Strategi Berjimat-Cermat Dalam Aktiviti Bercuti
- Strategi Berjimat-Cermat Di Waktu Perayaan
- Strategi Berjimat-Cermat Pindah Rumah Baru
Ada lagi info tambahan sebenarnya.Nak tahu boleh layari pautan melalui banner dibawah :
Cara untuk jana duit lebih
Bijak menyimpan duit tak cukup juga kalau tidak disusuli dengan bijak menjana pendapatan lebih.
Sekarang tak macam dulu.Sekarang pilihan untuk menjana duit lebih sangat terbuka luas.Tinggal sahaja nak buat atau tidak.
Saya tidak menjelaskan terperinci namun saya senaraikan beberapa artikel yang pernah saya tulis untuk menjana duit lebih.
- 7 Kerja Sambilan Di Rumah Paling Popular
- Buat Duit Tanpa Modal 2018
- Perniagaan Dalam Talian Realiti Masa Kini
Kesimpulan
Jika rasa nak kahwin dengan cepat jangan ragu-ragu lagi.Mulakan tindakan segera untuk simpan duit.
Gunakan teori ini :
- Simpan,simpan dan terus menyimpan duit penuh disiplin
- Jimat,jimat dan terus berjimat dengan duit yang ada
- Cari,cari dan terus mencari duit sebanyak yang boleh
Sekali lagi terima kasih kerana sudi membaca dan jangan lupa untuk follow stori`blog ini rapat-rapat tau!
p/s: Info lanjut cara simpan duit kahwin boleh dibaca dalam >> TIP JIMAT
Pernah zaman bujang dulu nak berjimat. Kawan kata sy kedekut. Bila dah kahwin sy mmg kedekut, sy jawab sbb baru nk bayar hutang bank sbb dulu nk jimat tp semua ko kebas habis, tak nak bayar balik hutang tu..haha
Elih Japahar recently posted…6 Teknik Penggunaan Warna Untuk Hiasan Dalaman Rumah
peduli la apa orang kata..
kalau kita berhutang banyak..
mana ada orang yang sudi bayar untuk kita selain kita sendiri
kalau nak buat gambar pre wedding, malam berinai, khemah aircond.. baju 3-4 pasang… mmg la kena kerja keras.
nikkhazami recently posted…KFC Malaysia Perkenal Chizza
Ehem..
macam tahu je..
Cik Nik bila lagi? ..hehehe
zaman skarang bukan sebab kawin je perlu jimat, barang semua mahal. so kenala jimat, menabung kna lebih.
Raihanah recently posted…Vivix Bantu Kuruskan Badan
mudah-mudahan kita banyak kekuatan untuk melakukan aktiviti menabung
Memang betul ken berjimat cermat dan menyimpan.
Saya dulu masa nak kahwin pun buat macam yang tuan share.
Puasa dari bershopping dan endahkan segala kemahuan.
InsyaAllah kalau konsisten hasilnya memang lumayan
HIDAYAH AZMAN recently posted…TESTIMONI VIVIX: BANTU PESAKIT ATASI DARAH TINGGI
hahaha..
berjimat dan tahan nafsu dari berbelanja adalah resipi untuk simpan duit
org skrg yg x perlu utk majlis kawen tu laa yg byk diorg leburkan $$$ membazir je…
yang sebaiknya buat walimahtul urus yang sederhana..
akad yang penting
boleh tu…
sebab mas sudah nikah hahahaa..
jadi bagus juga duit simpan untuk beli kereta
Kalau nak kahwin memang sanggup buat ape saje..ikat perut untuk simpan duit pun boleh..hehe
thehaikal recently posted…Cara Daftar dan Jana Pendapatan Dengan SushiVid
demi cinta kot..
pahit dan perit redah jelah.
kena ada komitmen dan displin…
simpan duit dalam akaun bank yang pakai buku je
betul bro,,
jika tidak..
wang hantaran nanti tidak cukup-cukup.
payah lah kalau begitu.
Jimat cermat mmg amalan yang sangat bagus. GV kena belajar hal ini. huhu.
Galaksi Viral recently posted…ADA NAMPAK MAMI HAPPY…. KAK ROS WHAT ARE YOU TRYING TO DO ?
hahaha..
bacalah selalu artikel tu .
Bagus idea ni.. Dalam masa 2 tahun dah Ada modal tuk kawen kan
teori tu.
praktikal payah juga hehehe
kalau azam kuat pasti boleh
nak kawen katakan.
Zaman sekarang ni, bukan aje yang nak kawin kena berjimat. Yang dan kawin pun kena berjimat cermat juga. Barang mahal wooo
bagus kalau berjimat..
tak membazir..
membazirkan amalan syaitan