Cari bahagia dengan makan luar

Lain macam sahaja kalau kata makan luar.Sebenarnya inilah cara saya cuba celebrate hari penting selepas penat bekerja selama sebulan.

Mungkin pada orang lain seminggu sekali itu cara terbaik.Cuma untuk saya sebulan sekali sudah memadai.

Saya mulakan dengan minum pagi yang istimewa.Saya order kopi o kosong beserta dua roti kahwin.Rasanya boleh la.

Taklah sedap sangat.Kira ok juga sebab ngam kopi o kosong yang agak pahit dengan roti kawen yang manis.Kos yang saya keluarkan RM3.50. Jumlah ini masih murah jika sekali sekala.

Pada tengahari pula saya makan menu yang ada di restoran pakcik janggut putih.

Ada seketul ayam, coslaw dan nasi beserta air manggo.Kos yang ditanggung sekitar RM10.40.Sekali lagi masih murah jika dibandingkan untuk makan set makanan Thai.

WAJIB BACA :   Motivasi Irfan Khairi Terbaik 2018

Sambil makan saya layan Facebook dan uruskan sedikit kerja rutin.

Saya akui tidak merasai bahagia dengan cara makan begini.Mungkin cara bahagia pada tempat lain kot.In shaa Allah pada masa yang akan datang saya cari bahagia dengan aktiviti yang lebih mencabar pula.

Fakta:

Kebahagiaan yang hakiki ialah meletakkan Allah sentiasa dalam hati.Noktah

Comments 8

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge