Jalan-jalan Cari Perempuan

Ungkapan jalan-jalan cari perempuan mirip kepada tagline jalan jalan cari makan.Ramai yang suka berseloroh menggunakan ungkapan ini termasuk admin sendiri.Namun begitu ia tidak elok kepada mereka yang sudah berkahwin.

Jika isteri terdengar, berkemungkinan mereka boleh berkecil hati tau!

Untuk pria jomblo…harus tu, kerna ada usaha untuk mendapat jodoh.

Betul kan mas?

cari perempuan

Cari perempuan tidak salah jika niat untuk mendapatkan jodoh.Ianya sama seperti cari laki bagi pihak wanita.

Ciri-ciri perempuan yang boleh dijadikan jodoh terbaik bersandarkan tiga hadis Rasulullah seperti berikut :

1. “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )

WAJIB BACA :   Betul Ke Lelaki Tak Boleh Nangis

2..“Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka, kerana kemungkinan kecantikan itu akan menghancurkan mereka sendiri. Dan janganlah kamu kahwini kerana harta mereka, kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka derhaka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Sesungguhnya hamba yang berkulit hitam, tetapi beragama adalah lebih baik.” ( Hadis Riwayat Ibnu Majah)

3.“Sesungguhnya dunia ini adalah suatu tempat keseronokan dan sebaik-baik keseronokan itu ialah wanita yang solehah.” ( Hadis Riwayat Muslim dan Nasa’i )

Perempuan yang solehah begini sukar untuk ditemui di tempat yang biasa-biasa.Mereka ada.Keberadaan mereka dalam lindungan Allah SWT.

Wallahualam.

Untuk cari perempuan tersebut perlu kepada…

Doa yang berterusan.

Usaha yang  berterusan.

WAJIB BACA :   Hidup Dilingkari Keajaiban

In shaa Allah dengan kesungguhan begini perempuan solehah tersebut bakal dimiliki ( Allah bagi pinjam ) oleh orang yang baik-baik sebagai jodoh mereka.

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

Allah itu Maha Adil.Setiap ketentuanNya ada hikmah.Baik yang tersembunyi maupun yang nyata.

Percayalah.

Penutup.

Cari perempuan adalah usaha dan ikhtiar.Selebihnya bertawakal kepada Allah agar perempuan solehah yang dicari itu bakal  peneman ke Jannah.

Aamiin Ya Rabbil Alaamiin.

Comments 28

Leave a Reply to Ksjb @ kerjasendirijb Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge