Cerita Keajaiban Istighfar Belum Terbongkar

Cerita keajaiban istighfar memang menarik.Saya tengah buat studi.Belum dapat keputusan lagi tetapi masih berusaha untuk mencari keajaiban istighfar.Saya faham satu perkara paling penting iaitu sabar.Kesabaran memang diperlukan.Tahap kesabaran pula tahap tertinggi.Sabar hadapi apa jua balasan yang bakal diterima.

Sebab apa mahu sabar?

Sebab kalau tak sabar hati jadi tidak tenang,resah dan gelisah.Aura negatif yang melingkari fikiran dan perasaan.Lama-lama akan menyebabkan huru-hara.

Cukup bahaya.Mesti dibanteras awal agar huru hara tidak menjadi barah fasa 4 dalam hati dan emosi.

Dah terlalu parah menimbulkan implikasi diluar pemikiran akal.Misalnya bunuh,buli dan banyak lagi.

Semua ini kesan dari huru hara.

Siapa pulak yang jadi huru hara?

Tak lain dan tak bukan tentunya diri sendiri.Selain itu orang sekeliling.

Paling sedih membabitkan orang yang tidak bersalah dan tidak berdosa [budak-budak].

Sebab itu selalu berlaku konflik merata-rata tempat dimuka bumi ini jika tidak berupaya untuk mengatasinya.

Itu dinamakan konflik emosi akibat tekanan dan stress yang melampaui batas.

Memang tak baik.

Untuk mengelakkan perkara tersebut kita mulakan dengan lafadz istighfar yang mudah dahulu.

Saya buat dan terus buat agar dahsyatnya istighfar dapat dialami sendiri.In shaa Allah akan disusuli dengan sedekah.

Ingat bahawa sedekah dan istighfar tidak boleh dipisahkan.Masing-masing ada rahsia.

Ada rahsia sedekah dan ada rahsia istighfar.

Bagaimana untuk mengetahui rahsia tersebut ?

Tanya orang boleh.

Baca blog boleh.

Tengok Youtube pun boleh seperti kisah Imam Ahmad dengan salah seorang pengamal istighfar telah mengambarkan kisah dahsyatnya istighfar.

Akal dah tak boleh berfikir.

Logik tolak tepi.

Semua ini adalah kehendak dan keizinan dari Allah SWT.

Sebab itu saya sarankan awal awal lagi yakni buat.

Ya.

Paling bagus buat sendiri.Rasai sendiri.Alami dengan hati nuraini sendiri.

In shaa Allah, itu yang saya buat sekarang.Bukan nak tunjuk tapi sebagai inspirasi kepada orang lain.

Mungkin kepada orang lain.

Ujian mereka lebih sukar dan lebih gentir.

Apa boleh buat.Suratan takdir

Saya sarankan buat sahaja bacaan istighfar

Bila pulak dapat keputusan ?

Sifat semulajadi yang hampir sama dengan semua orang ialah tidak sabar.

Mulut kata sabar.

Hati pula mendustai.

Apa yang akan jadi?

Ada banyak.

Paling ketara keluh resah dan stress yang tidak sepatutnya.Itu untuk mereka yang tidak sabar.Belum termasuk marah-marah.

Marah sana dan marah sini menyebabkan kita tidak selesa dengan orang tersebut.Minta dijauhkan.

Untuk mereka yang bersabar ada ganjaran menanti.

Ketenangan sudah pasti.

Pengampunan sudah dimaklumi dan penyelesaian kepada segala masalah akan disertakan kepada mereka yang sanggup melakukan istighfar.

Yang ini pasti disukai ramai.Bukan setakat enak berkrim.Lazat tak terkata kerana kita sudah dapat apa yang kita nak.

In shaa Allah tunggu sahaja masanya.

cerita keajaiban istighfar

Kesimpulannya:

Amalkan istighfar tanpa henti.

Selain itu lakukan juga usaha duniawi.Jangan tinggal.Buat kombinasi yang pintar.

Sampai bila nak buat.

Sampai bila-bila hingga akhir hayat.

Ada berani ?

Berani atau tidak apabila sudah disuakan dengan ujian maka tiada pilihan terbaik.

Atasi dan hadapi dengan istighfar.

Tahniah kerana berjaya membaca ke perenggan ini dan terima kasih tak terhingga buat pembaca semua.

Sebelum itu saya nak minta tolong pembaca yang disayangi untuk pilih antara satu daripada pilihan dibawah sebagai tanda sokongan kepada saya.

1.Tolong Like Fanpage 

2.Sertai Group Whatsapp 

3.Sumbangkan komen ikhlas

4.Sebarkan konten ini 

Sumber rujukan :

1.Panduan Jana Pendapatan Pasif 

2.Cara Tarik Rezeki Melimpah Ruah

3.Panduan Dapat Duit Cepat

4.Cara Meroketkan Jualan Di Facebook

5.Produk Tahan Lama Untuk Lelaki

6.Software Terbaru Untuk Peniaga Instagram

(Visited 207 times, 1 visits today)

30 thoughts on “Cerita Keajaiban Istighfar Belum Terbongkar

  1. Tiada yang lebih layak untuk manusia seperti kita ini selain daripada kerap beristigfar.

    Ada satu kisah berkaitan istighfar yang saya sentiasa ingat.

    Seseorang datang kepada Imam Hasan Basri r.a mengadu tanahnya tidak subur, lalu dijawab: “Beristighfarlah”. Datang yg lain mengadu kemiskinan, jawab beliau: “Beristighfarlah”. Datang yg lain minta doa agar direzekikan seorang anak, jawab beliau: “Beristighfarlah”. Datang pula yg lain mengadu kebunnya kekeringan, jawab beliau: “Beristighfarlah”.

    Cerita ni panjang lagi..tapi kesimpulan ringkas adalah isntigfar adalah kalimah yang mudah untuk dilafazkan untuk kita yang sentiasa buat dosa..dalam masa yang sama beristighfar juga besar manfaatnye untuk diri kita..

    Sekadar perkongsian.. 🙂
    thehaikal recently posted…Apa Kaitan Blogger dan Shopback?My Profile

  2. Terima kasih di atas info yang cukup bermanfaat…
    Alhamdulillah, setakat ini memang saya amalkan ishtighfar dalam kehidupan seharian saya… Terutamanya semasa memandu, semasa menunggu anak-anak bermain, semasa menunggu isteri bershopping…
    Alhamdulillah, jiwa rasa tenang selalu…
    Anuar recently posted…Pak Ya Homestay Seri Iskandar PerakMy Profile

Leave a Comment

CommentLuv badge