Cerita Kedai Kopi Yang Mengasyikkan

Bukan selalu saya ada cerita kedai kopi. Kadang-kadang dan jarang-jarang.

Seusai mengerjakan tanggungjawab rutin di masjid berdekatan, saya singgah di kedai kopi. Saya berseorangan.

Tiada kawan untuk lepak seawal pagi begini. Memang saya tidak biasa untuk lepak bersama kawan-kawan.

Saya tidak membawa gajet. Sebab itu tiada gambar selfie. Yang ada dompet nipis yang di dalamnya tidak begitu ada duit. hehehehe

Cerita Kedai Kopi

tarik rezeki

Sambil menunggu pesanan kopi o kosong dan roti canai telur, saya bermonolog. Otak saya merawang ke angkasa.

Eh bukanlah.Jauh sangat tu. Fikiran bawah sedar saya mula menerokai alam sebelah sana.Seram juga nie.

Saya mula melihat diri sendiri dari dimensi lain. Jauh dalam lubuk hati rasa amat bersyukur kerana diberi nikmat sihat, nikmat rezeki dan nikmat iman ( walaupun iman senipis bawang tapi dosa setinggi gunung ).

WAJIB BACA :   Cerita makan dan makanan sepanjang minggu

Saya tiada memiliki apa-apa pun yang boleh dibanggakan. Sekiranya ada orang menemui saya ketika ini mungkin rasa tersentuh hati kerana saya hensem.

Taklah. Bukan itu maksud saya.

Penampilan saya masih tidak terurus. Muka pecah rumah. Badan kurus melidi dan rambut sudah mula menipis. Siapa yang suka dengan lelaki begini ?

Sekadar gambar hiasan

Setiap hari saya menapak perlahan-lahan mengheret kaki beralaskan selipar murah. Tak sanggup beli yang mahal. hahaha.

Ini selipar lama, dah tukar yang baharu pun

Saya tiada kenderaan tetapi saya selesa dengan keadaan sedemikian. Tak kisahlah orang fikir bukan bukan kerana saya tidak hidup berdasarkan pandangan orang.

Fikiran saya semakin nakal. Tak akanlah hidup berseorangan begini sehingga usia tua. Memang tahulah masuk kubur sorang-sorang tetapi selagi masih kuat zahir dan batin apa salah hidup berpasangan.

WAJIB BACA :   Pengalaman Hadapi Kes Tuntutan Cerai Di Mahkamah Syariah

Malam rasa sunyi. Tiada teman untuk berbicara dan bercanda. Pagi pula sejuk. Tiada tempat untuk ‘pemanasan’ dan ‘senaman’.( jangan fikir bukan-bukan pulak walaupun ada gambar tilam dan bantal yang banyak seperti di bawah)

Lantas saya terus berdoa. Sekadar berdoa dalam hati. Tak akanlah nak angkat tangan seperti habis solat. Tak salah tapi agak pelik kalau di kedai kopi.

Saya berdoa untuk diketemukan dengan pasangan yang boleh memahami dan menerima saya seadanya. Diakui saya banyak sifat buruk berbanding sifat baik. Percaya tak ?

Jangan lupa tau bahawa berdoa adalah cara cari jodoh

Kalaulah dijodohkan dengan orang yang sama bidang, minat dan citarasa mungkin inilah dinamakan anugerah terindah buat saya.

WAJIB BACA :   Kesiannya....Hajat Tak Kesampaian Menonton Dilwale

Demi Allah, izinkan kita saling mencintai dengan ikhlas menuju ke Jannah Firdausi.

Aamiin.

 

Monolog saya berhenti di sini. Pesanan saya sudah sampai.Saya menikmati sarapan pagi tanpa berfikir-fikir apa lagi. Malah tak sempat pulak nak layan lagu Cerita Kedai Kopi

  • kemas kini 1/7/22

Comments 28

Leave a Reply to ahmadyani Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge