Cerita lelaki berselipar buruk dengan kereta mewah

Cerita ini tentang seorang lelaki yang setia menggunakan sepasang selipar buruknya.Dalam perjalanan ke masjid lelaki tersebut ternampak sebuah kereta mewah.Besar dan menarik.

kereta mewah

Lantas lelaki tersebut mula bermonolog dengan diri sendiri.

“Dia ada kereta mewah.Saya pula ada selipar buruk.Namun kami ada persamaan.Selipar buruk ini mengalas kaki saya untuk ke suatu tempat.Kereta mewah itu pula membawa empunya diri ke suatu tempat.”

Jauh sekali perbezaan namun masih ada persamaan.

Lelaki itu terus bermonolog.

“Seburuk-buruk selipar ini bukan milik hakiki.Sehebat-hebat kereta mewah itu bukan hak mutlak.Semua harta dari yang paling murah hingga paling mahal adalah pinjaman sementara.”

Lelaki berdoa dalam hati agar mendapat kekayaan sebagaimana kekayaan orang yang menjadi pemilik kereta mewah itu.Tak salah berdoa.Lebih-lebih lagi berdoa untuk kekayaan yang berkat sebagai bekalan ke akhirat.

WAJIB BACA :   Tagline baharu 'Jurnal Usahawan Digital' dilancarkan

Cerita lelaki ini belum lagi berakhir namun monolognya akan berhenti di sini.Sambil memandang ke bawah, lelaki tersebut bersyukur kerana masih ada sepasang selipar buruk untuk menapak ke rumah Allah.

20 thoughts on “Cerita lelaki berselipar buruk dengan kereta mewah”

    • biasa la tuan.

      ada juga orang begitu.

      low profile dan tawaduk..

      hatinya tidak terkasima dengan kemewahan dunia biarpun harta berlambak-lambak

      Reply
  1. Haloo, salam kenal..
    Makasih sudah berkunjung ke blog aku yaa

    Semoga Lelaki yang memakai Selipar selalu dalam perlindunganNya dan penuh dengan keberkahan

    Reply
  2. Bermonolog harus bersandarkan iman kerana ia akan menguatkan keimanan. Tanpa iman, monolog hanya akan menyesakkan hati dan fikiran. Akan tersasar jauh dari kebenaran.

    Reply
  3. ya bro..mewah ke atau miskin ke…semua harta tu hanya pinjaman saja. bukanya hak sendiri. anak isteri kita pun hanya pinjaman juga yang Allah beri. takda satu pun hak kita.

    Reply
  4. Bersyukurlah dan sentiasa usaha tingkatkan diri. Semua tu pinjaman sahaja walaupun selipar buruk. Sampai masa amalan kita jugak yang di kira. Yang ini takut bila di ingat ingatkan ha ha.

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge