Cerita lelaki berselipar buruk dengan kereta mewah

Cerita ini tentang seorang lelaki yang setia menggunakan sepasang selipar buruknya.Dalam perjalanan ke masjid lelaki tersebut ternampak sebuah kereta mewah.Besar dan menarik.

kereta mewah

Lantas lelaki tersebut mula bermonolog dengan diri sendiri.

“Dia ada kereta mewah.Saya pula ada selipar buruk.Namun kami ada persamaan.Selipar buruk ini mengalas kaki saya untuk ke suatu tempat.Kereta mewah itu pula membawa empunya diri ke suatu tempat.”

Jauh sekali perbezaan namun masih ada persamaan.

Lelaki itu terus bermonolog.

“Seburuk-buruk selipar ini bukan milik hakiki.Sehebat-hebat kereta mewah itu bukan hak mutlak.Semua harta dari yang paling murah hingga paling mahal adalah pinjaman sementara.”

Lelaki berdoa dalam hati agar mendapat kekayaan sebagaimana kekayaan orang yang menjadi pemilik kereta mewah itu.Tak salah berdoa.Lebih-lebih lagi berdoa untuk kekayaan yang berkat sebagai bekalan ke akhirat.

WAJIB BACA :   Tagline baharu 'Jurnal Usahawan Digital' dilancarkan

Cerita lelaki ini belum lagi berakhir namun monolognya akan berhenti di sini.Sambil memandang ke bawah, lelaki tersebut bersyukur kerana masih ada sepasang selipar buruk untuk menapak ke rumah Allah.

Comments 20

Leave a Reply to Admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge