Cerita Lelaki Kelaparan Yang Benar Berlaku Di Perantauan

Cerita lelaki kelaparan memang benar berlaku.Usah diragui lagi.Cumanya jangan ditanya siapa dia sebab orangnya tak penting tetapi kisahnya harus diinsafi.

Admin berpeluang untuk menceritakan kisah benar lelaki ini.Namanya memang sengnaja dirahsia agar aibnya terpelihara dari umpatan manusia.

Biar sahaja lelaki itu dipanggil mesra sebagai Encik H.Sesiapa yang ada pangkal namanya H,jangan pula terasa.Admin mohon maaf la ya.

Encik H orang kampung.Datang dari keluarga susah.Hidup terdesak telah memaksa Encik H berhijrah ke bandar untuk mendapat pekerjaan yang sesuai.

Rezeki Encik H agak bagus.Dia dapat pekerjaan yang baik dengan tawaran menarik.

Seperti yang dirancang dari kampung, Encik H memulakan perjalanan ke bandar dengan bekalan wang yang sangat terhad.

Wang bekalan Encik H banyak diperuntukan untuk bilik sewa murah.Jika tiada bilik sewa mana lagi tempat yang wajar tatkala berada diperantauan orang.Rata-rata bilik sewa menggunakan bayaran sebulan sewa dan wang deposit sekali gus.Pendek kata jumlah sudah berganda.

Cerita lelaki yang kelaparan

Tak akan lah nak jadi orang gelandangan selagi masih ada pilihan getus hati Encik H.Susah macam manapun perlu juga tempat tinggal yang ada bekalan air bersih,elektrik dan tandas.Itulah perkiraan Encik H yang tidak berpendidikan universiti.

WAJIB BACA :   Sepuluh Petua Pikat Hati Doktor Cinta

Setiap sen yang dibelanjanya telah dikira dengan sangat teliti.Namun rupanya tidak mencukupi untuk menampung hidup sehingga ke hari gaji.

Bertitik tolak dari situ, Encik H telah sedaya upaya untuk membuat catuan bajet.Minum air kosong dan makan  sekali dalam sehari.Makan pun dengan makanan yang berharga murah.

Encik H makan bukan untuk kenyang tetapi sekadar melegakan rasa kurang selesa kerana lapar. Gambarannya seperti berpuasa setiap hari.

Pada suatu hari Encik H sudah kelaparan tahap gaban.Jika “gaban” itu manusia pasti “gaban” menghulurkan bahu sebagai tanda sokongan dan simpati.

Terlintas juga dalam fikiran Encik  H untuk menyelongkar tong sampah.Dia nak mencari buah-buahan yang separuh rosak.Basuh bersih-bersih dan ambil bahagian yang masih elok.Mudah-mudahan boleh dijadikan alas perut agar kelaparan boleh diredakan.

Tapi tak jadi.Ada plan lain yang lebih mulia dan beretika.

Biasalah bila tinggal di bandar.Sedangkan tinggal dalam hutan pun perlu cari daun atau umbut lembut untuk diulam begitu sahaja.Tak perlu cecah dengan budu pun sodap.Itu namanya kemahiran survival yang semulajadi pada manusia apabila berdepan dengan kehidupan terdesak.

WAJIB BACA :   WhatsApp tergendala, pengguna sedunia kecoh seketika

Cerita lelaki yang datang tanpa diundang 

Encik H bertandang ke sebuah rumah.Niatnya cuma menumpang berteduh sehari dua.Lagipun penghuni dirumah tersebut bukan orang baru.Mereka sudah dikenali agak lama.

Bagaimanapun niat kedatangan Encik H sudah dikesan 10 kilometer jauhnya.Salah seorang penghuni di situ tidak menyenangi kehadiran Encik H yang diketahui ingin menagih simpati.

Encik H disarankan agar cepat beredar di rumah tersebut.Tindakan salah seorang penghuni tersebut telah menyentap emosi Encik H.Air mata Encik H jatuh berjuraian.

Encik H merasakan dirinya seperti seekor kucing Parsi yang tiada harga diri.Bertandang ke rumah orang tetapi tidak dialu-alukan.

Biarpun begitu Encik sempat juga menjamah makanan yang telah dipelawa oleh salah seorang penghuni yang baik hati  sebagai tanda penghormatan kepada tetamu.Seperti juga setandan pisang yang buruk tak semua boleh dibuang.Pasti ada yang boleh dimakan biarpun sedikit.

Hati kecil Encik H malu juga namun perut yang sudah kelaparan telah menghilang “kemaluan” buat seketika.

Encik H makan sedikit.Sekali dua suap untuk tidak rasa terlalu lapar sebagai bekalan tenaga untuk kembali semula ke bilik sewanya.

WAJIB BACA :   Mengapa Sugar Daddy pilihan Sugar Baby ?

Semasa menjamah makanan tersebut,Encik H sebak kerana merasakan kehidupan yang dilaluinya menyedihkan.Nak makan pun mengharapkan belas kasihan orang.

Entah ayat skema atau tidak, “apabila didekati orang susah maka orang senang akan cuba untuk menjauhi”

Info lanjut >> RUMAH IDAMAN

Selang tidak lama selepas itu Encik H pergi dari rumah tersebut.Dalam hatinya berdoa agar hidupnya nanti mendapat rezeki yang melimpah ruah agar mampu bersedekah makanan kepada orang kelaparan.

Encik H lebih faham dan lebih menyelami bagaimana rasanya orang dalam kelaparan.Tidak hairan ada orang sanggup berkelahi,merusuh,merompak dan membunuh semata-mata kerana lapar yang berlarutan dalam kehidupan mereka.

Encik H berazam untuk cari duit banyak-banyak agar nilai dirinya setara dengan orang yang lain yang asyik “show off” makanan yang sedap-sedap di media sosial.Alhamdulillah itulah rezeki masing-masing.

Sebelum mengakhiri cerita lelaki tersebut Encik H sempat berbisik kepada admin agar jangan membazir makanan kerana diluar sana pasti ada insan yang masih kelaparan biarpun bukan bulan Ramadan.

Bersyukurlah dengan apa yang dimiliki dan jangan merungut jikalau ditimpa musibah hidup.Bawa bersabar dan redha dengan ketentuan Allah SWT setelah habis doa,usaha,ikhtiar dan tawakal.

Tamat.

Comments 6

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge