Cerita makan dan makanan sepanjang minggu

Makan adalah keperluan manusia. Tak makan tak boleh hidup. Untuk makan perlu makanan yang berkhasiat.

Jika ada rezeki lebih dapatlah makan makanan yang sedap-sedap.

Alhamdulilah sepanjang minggu yang lepas saya sempat makan yang dikira boleh tahan.

Boleh tahan sedap dan boleh tahan banyak.

Info selebihnya saya tulis pada bahagian caption.

Sekali-sekala ubah juga cara persembahan blog ini.

Jom tengok-tengok apa yang saya makan sepanjang minggu lepas.

Nasi ayam saya beli di Fauziah Cafe. Harga cuma RM6,00. Memang sedap tau ! Ayam jenis roasted atau panggang. Nasinya cukup lembut,
Nasi campur. Saya ambik telur masin, sayur tiga jenis, ayam dan tempe. Kosnya cuma RM7.00 kerana guna kaedah buffet. Berminat boleh datang ke Restoran The Table di Metrocity Matang.
Nasi campur bufet stail. Saya ambil lebih sayur dan rasa memang tidak mengecewakan
Makanan yang menjadi trademark di Sarawak tentulah Laksa Sarawak. Saya order speasial tapi yang datang udang kecil. Tidak pedas tetapi  berminyak..Kos cuma RM12.50 termasuk air lemon sejuk
nasi campur lagi..Cuma kali ini saya lebihkan daging dan ayam. Nasi sedikit sahaja. Harga tentulah RM7 sahaja. Tempe jarang kena tinggal. Minat sungguh dengan tempe nie.
Nasi ambeng daging. Saya beli di pasar malam Matrocity Matang. Harganya cuma RM10. Rasamya boleh la sebab lidah saya nie susah nak tahu sedap atau tidak. Janji makanan boleh jer masuk mulut dan makan.
Nasi ayam goreng bajet sebab harga sekitar RM5 sahaja. Rasanya sedap giler. Boleh beli di pasar ,malam Metrocity.
Sup tulang daging ini memang enak dimakan panas-panas. Sebab itu dihidangkan menggunakan claypot. Set menu ini berharga RM11.50 di Plaza Merdeka. Puas hati sebab sup tulang lembut dan empuk giler.
Yang ini pula ialah sotong bakar sumbat. Tak nampak sangat rupa sebab dah kena potong. Saya beli 3 ekor yang jumlahnya RM21. Inilah menu yang agak rare dan harga juga teringgi berbanding makanan yang lain. Namun saya berpuas hari sebab rasa kenyang sampai tertidur-tidur macam ular sawa.
Inilah rupanya sotong sumbat sebelum dipotong-potong. Isi dalam sotong ini dimasukkan nasi pulut. Saya teringin juga kalau isi dalamnya disumbat cheese atau hirisan telur. Barulah lebih mercik. Boleh dibeli di pasar malam Metrocity.

Penutup

Makanan yang saya tunjukkan ini bukan setiap hari saya makan. Ada yang pertama dan terakhir. Saya lebih suka makanan yang kurang berminyak, kurang masin, kurang manis dan kurang berlemak.

WAJIB BACA :   Pengalaman guna telefon Oppo A5 2020

Tidak sedap tidak apa janji ada khasiat dan mengenyangkan.

Bahkan dapat bakal isteri yang tidak pandai masak pun saya tidak kisah kerana saya bukan cerewet dalam bab rasa sedap dan nyaman makanan ( ayat pancing jodoh hehehe )

Semoga info ini ada manfaatnya.

Comments 16

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge