Cerita Orang Makan Di Bulan Puasa Yang Mengejutkan

Cerita orang makan di bulan puasa agak sensitif sebenarnya.Dalam bulan puasa kita hanya dibenarkan makan sebelum azan Subuh dan selepas azan Maghrib.Dalam selang masa tersebut memang diharamkan makan atau minum untuk orang berpuasa.Larangan ini Allah SWT tetapkan.

Dalam perkongsian ini admin suka nak cerita orang makan  di bulan puasa.Namun bukan makan siang hari.

Itu batal puasa namanya.Orang makan semasa waktu berbuka puasa sahaja.

Nak dijadikan cerita.

Admin teringin nak makan nasi beriani.Alhamdulillah mampu beli sebungkus yang berharga RM8.Lauknya ayam goreng dan kuah kari.Punyalah banyak nasi yang panjang-panjang.

Entah mengapa ketika makan admin rasa semacam.Admin rasa sebak seketika.Tatkala ramai berbuka puasa bersama keluarga atau teman,admin makan seorang diri.

WAJIB BACA :   Maka benarlah kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti

Tanpa memperdulikan perasaan sebak, admin terus makan sehingga terasa sangat kenyang.Nasi tidak habis dan ayam pun tidak habis.

Admin telah membazir makanan.Tak mampu untuk terus menghabiskan sehingga suapan terakhir.Dahlah keseorangan tanpa pasangan yang cun.

Alahai.

Itulah cerita orang single makan di bulan puasa .

Comments 26

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge