Ketika coretan ini ditaip, saya masih bercuti yakni hari terakhir percutian. Percutian saya tidak jauh. Bercuti dalam rumah sambil menikmati secawan kopi.
Ikut rasa mahu mengopi di kedai kopi hipster namun tidak terdaya untuk berbuat demikian.
Mungkin saya teringat kata-kata ini,
“ ikut rasa binasa dan ikut hati mati ”
Saya ambil keputusan untuk bercuti saja dalam rumah sendiri sambil minum kopi. Rasa lawak pulak jika bercerita tentang cuti yang tidak ke mana-mana.
Nasib baik saya jenis yang betah duduk rumah. Saya pernah menulis satu artikel dulu semasa zaman Covid-19.
Ketika itu ada rakan sekerja berseloroh dengan soalan yang mencabar akal dan menduga iman.
“ Hanafi, sanggup tak tinggal dalam bilik bacaan selama setahun tanpa ke mana-mana. ”
Saya kata sanggup jika ada gajet yang lengkap dan wanita yang cantik.
Ya, dia berseloroh maka saya pun berseloroh juga walaupun jawapan saya kurang baik dan kurang elok.
Artikel tersebut boleh dibaca dalam Cabaran pelik dikuarantin bersama wanita cantik
Kalaulah soalan itu ditanya sekarang ini tentu saya jawab tidak mahu sama sekali.
Pertama, kerana kebebasan untuk ke mana-mana itu satu nikmat yang sangat berharga.
Kedua, berkhalwat bersama wanita cantik (bukan isteri sendiri) itu satu dosa yang boleh menjurus kepada perzinaan.
Nauzibillah min zalik…
Kita tinggalkan dulu kisah sensasi tersebut.
Jom saya ceritakan kisah cuti saya selama tiga hari.
Table of Contents
Hari pertama
Menemani anak sulung untuk janji temu ujian memandu lesen. Pada mulanya nak tulis kisah tersebut tapi tak jadi.
Penyakit M sudah mari. Bahkan bagaimana rasa penyakit M ada saya tulis dalam blog bertajuk Baru faham bagaimana rasanya malas
Hari kedua
Bekerja tidak rasmi dan tidak bergaji dalam melaksanakan deal dengan pihak agensi daripada Kuala Lumpur. Boleh tahan juga tugasan tersebut. Banyak dan melecehkan.
Habis masa cuti saya kerana melayan karenah mereka dari pagi hingga ke malam. Untuk makluman, semua urusan dalam talian.
Hari ketiga
Seawal 7 pagi saya membuka laptop untuk buat laporan data pasal kerja. Tugasan ini mesti siap dan wajib dihantar sebelum Jumaat.
Cuti entah ke mana. Kerja jalan juga. Saya terpaksa berbuat demikian kerana tiada orang ganti untuk tugas tersebut.
Nasib baik saya dapat siapkan dalam masa 90 minit sahaja. Biasanya ambil masa separuh hari.
Kesimpulan
Saya sedar cuti cuma pada fizikal tetapi mental masih terikat dengan pekerjaan.
Itulah realiti sekarang ini dan saya terpaksa hadap saja permainan dunia ini.
Semoga perkara ini jadi asbab untuk saya diberi kemudahan beribadah dan dapat reda Allah SWT.
Begitu juga dengan anda semua. Moga Allah kurniakan rahmatNya supaya hidup kita aman, tenang dan bahagia senantiasa.
Aamiin.
Tapi ni bukan sebenar-benar cuti sebab masih terikat dengan pekerjaan cumanya lebih fleksibel sebab boleh buat kopi, makan kat rumah.
Hakikatnya macam begitu…cuma bilangan cuti tahunan saya sudah berkurangan 3 hari
Alaa kalau cuti tidur je.. off handphone.. haha ..
Apa pun kadang kalau zhi cuti pun zhi suka duduk rumah. Buat kopi sendiri kt rumah. Kira macam Me time lah konon. Kemudian dah boring, tidur.
Tapi yang paling best kalau hari cuti, awal pagi tu keluar pegi jogging dan hirup udara pagi.
Segar dia lain macam. Otak pun rasa function je ..
Cubalah.
Bagusnya kalau cuti dapat tidur banyak…
harap cuti lain kali saya dapat berbuat demikian
laaa….. sy ingatkan bercuti di luar negeri..rupa2nya dlm rumah je…
yg penting ada kopi utk menghangatkan hari…
tulah…cuti dalam rumah sendiri macam tak syok la
nasib baik cuma tiga hari sahaja
jadi ceritanya hanya badan saja yang di tempat tetapi otak selalu berfikir keras tentang pekerjaan, ga asiik ya bang, haha..tapi bagaimana ya kalau tak ada pilihan, semoga cutinya tetap menyenangkan
Benar sama sekali…
cuti bukan dalam keadaan 100 peratus.
apa-apapun saya reda sahaja
cuti duduk umah ajak pun dah cukup nikmat… masak, jemur kain dan lipat baju sambil nangga netflix… heaven dah bg yg bekerja… mun malas masak order saja agiklah leng² kata org serawak… hahaha
benar juak tek…janji pande mengurus atau molah kerja yang disuka…nang duduk rumah jadi enjoy la
tak apa bang, kebanyakan memang seperti itu. resminya sedang cuti, tapi kerjaan tetap saja banyak, cuma pindah lokasi 🤣.
sama seperti suami saya. terhitung cuti, tapi hp tak pernah off, adaaaa saja yg menelpon dari kantornya 😄.
hari ini pun dia cuti. tapi tetap masuk kantor karena kedatangan tamu-tamu penting dari CIMB group Malaysia. mau tak mau harus suami yang menemui mereka 🤣. apalah saya yang tadinya udah senang karena bakal jalan2 pas suami cuti , langsung batal 😅
Saya faham situasi begini bukan mudah untuk diterima. Ia seperti kerja segala-galanya. Namun kita terpaksa juga lalui keadaan demikian kerana tanggung jawab dan amanah.
Ahhhh faham sangat tentang pernyataan cuti tetapi masih terikat dengan kerja. Kadang-kadang MC pun masih terikat juga dengan kerja walaupun memang sudah terpleot sudah.
Itulah namanya dunia pekerjaan…
tak seronok dan terpaksa lalui juga demi sesuap nasi hehehehe
saya nak kopipes ayat tu and forward kat puan isteri…. hahahaha…
amboiiii kerasnya pegang stereng… hehehe
hahaha,,,boleh saja.
orang baru dapat lesen memandu memng macm tu
Alahai mcm bukan bercuti sbb masih kena buat juga tugasan pejabat cuma ni lebih fleksibel sbb di rumah dan sampil mengopi..kalau pada saya istilah cuti, keluar dari rumah..pi bercuti ke mana-mana..
Fieza Sani recently posted…Hadiah Balasan Untuk Pegawai-Pegawai dan Kawan Pejabat Yang Bagi Hadiah Kat Sis
Bagi saya…moment yang menghilangkan nikmat cuti…bekerja dan tanpa apa-apa bayaran