Tok kadi sinonim dengan pernikahan. Mereka dijadikan wakil dari pihak wali untuk menikahkan pasangan yang bakal menjadi suami-isteri.
Apalah guna berjanji sehidup semati jika sekadar mengungkap lafaz cinta. Sedangkan realiti tidak diikat mati depan tok kadi.
Pergh..jiwang juga ayat nie. Ya.Agak lama juga saya tidak menulis isu-isu tentang jodoh dan cinta ini. Alhamdulillah baru sekarang terbuka hati untuk menulis semula.
Tok kadi
Saya cuba untuk berkongsi dengan pembaca tentang penanda aras jodoh yang cocok atau sepadan. Dalam erti kata yang lain sebagai ikthiar untuk mendapat jodoh yang berpanjangan hingga ke Jannah.
Kebelakangan ini saya banyak meluangkan masa menonton Youtube tentang jodoh yang dikongsikan oleh para ustaz baik dari Malaysia maupun Indonesia.
Jadi alangkah molek saya kongsikan semula di dalam blog ini. Mudahan ada manfaat kepada pembaca yang tengah mencari jodoh tatkala ini.
Saya berharap pembaca ataupun pencari jodoh betul-betul mendapat pasangan yang sesuai dengan feel and taste masing-masing.
Namun suka diingatkan, ukuran mencari jodoh tetap didasari kepada empat perkara ini.
1.Paras rupa
2.Harta benda
3.Asal keturunan
4.Faham agama
Topik tersebut sudah saya kupas dalam artikel sebelum ini. Sekarang ini saya cuma menambahkan dua elemen universal agar calon jodoh yang kita ingini betul-betul sesuai dengan keperluan.
Ada dua elemen penting.
1.Perasaan cinta
Maksud cinta terlalu dalam.Sedalam Laut China Selatan atau Laut Alantik.
Tidak dinafikan cinta yang ikhlas dan jujur penyumbang kepada keutuhan jodoh yang berpanjangan. Cinta sejati disama erti dengan cinta tanpa syarat.Sayangnya tidak ramai yang menemui cinta begini dalam hidup mereka.
Cinta tidak akan kekal lama mekar jika tidak disiram, dijaga dan dipelihara dengan baik. Memelihara cinta akan memastikan jodoh berterusan.
Proses memelihara cinta menuntut kesetiaan, persefahaman dan perhatian.
Sudah menjadi lumrah orang bercinta untuk mengimpikan hidup bersama dalam rumah tangga yang sakinah, mauwadah wal rahmah.
Tanyalah pasangan yang bercinta ( jangan tanya saya pulak ) pasti mereka tidak mahu berjauhan walapun sesaat cuma.
Bayangkan kehidupan selepas berkahwin. Ketika sudah beranak pinak. Pasti akan ada situasi begini.
“ asyik-asyik tengok muka awak jer, jemu juga”
“ leceh la begini, asyik berkepit dengan awak jer “
Inilah keluhan hati sang isteri atau sang suami. Ada yang hanya terbuku dalam hati. Ada juga yang betul-betul disuarakan kepada pasangan masing-masing.
Kini apabila sudah diikat mati (kalau boleh) dalam perkahwinan lain pulak ceritanya.
Sedangkan dulu-dulu ketika bercinta semuanya manis dan indah belaka.Jadi mana letaknya nikmat bercinta sebagaimana didendangkan pada awal perkahwinan ?
Sama-sama kita bermuhasabah diri. Semak diri sendiri. Semak pada pasangan.
Akui kesilapan dan perbaiki sebelum terlambat. Mudahan kasih sayang dan bunga-bunga cinta dalam perkahwinan terus mekar dan semerbak wangi.
2.Keserasian karekter
Hubungan suami isteri yang harmoni sepanjang masa banyak dipengaruhi oleh keserasian karekter pasangan masing-masing.
Ada yang berpendapat keserasian karekter ini penyumbang untuk jodoh yang berpanjangan.
Mari saya kupas dengan ringkas.
Kita boleh suka dengan seorang melalui kelebihan yang ada pada mereka. Mungkin rupa paras yang elok,ada pendapatan yang stabil dan akhlak yang baik.
Namun ada tak yang boleh menerima kekurangan pasangan dengan hati terbuka.
Setelah mengetahui sisi gelap pasangan, adakah sanggup menerima sebagai cara melengkapkan apa kurang dalam mencapai titik kesempurnaan bersama.
Kelemahan pasangan diubah menjadi lebih baik.
Yang terbaiknya tidak kisah dengan kelemahan tersebut dan masih mahu menerima pasangan seadanya.
Jika jawapan ya.Tahniah dan teruskan untuk hubungan yang serius.
Jika ada wujudlah keserasian karekter dalam membina jodoh yang berpanjangan.
Persoalannya kini ramai pasangan muda mengakhiri perkahwinan mereka dalam tempoh kurang lima tahun.
Bahkan perkahwinan yang melepasi dua dekad pun ada yang terbubar dek kerana pelbagai masalah yang hanya mereka sahaja mengetahuinya.
Mengapa terjadi sedemikian?
Banyak faktor yang menjadi penyumbang. Tidak terkecuali kepada tidak persefahaman komunikasi. Soal komunikasi tidak berkesan mungkin natijah kepada pertemuan karekter yang tidak padan.
Lama-kelamaan timbul rasa tidak puas dan menyesal dalam diri.
Jika tiada usaha untuk berubah menjadi lebih baik kemungkinan berakhirlah pernikahan tersebut.
Siapakah yang mahu perkahwinan diakhiri dengan perpisahan ?
Adakah adil kita menyalahkan takdir dan jodoh sekiranya bahtera perkahwinan terkandas dalam perjalanan.
Sama-sama kita renung sejenak.
Penutup
Saya harap pembaca faham bahawa soal jodoh yang terbaik bukan kerana cinta semata-mata.
Sebaliknya pengaruh keserasian karekter pasangan sebelum meneruskan keputusan memateri cinta ikat mati depan tok kadi.
Terakhir sekali berserah bulat-bulat kepada Allah Yang Maha Esa.
andai semua di atas telah di lakukan tapi perpisahan juga yang terjadi, anggaplah itu ketentuan dan ujian untuk kita, janji kita dah berusaha sehabis baik untuk menjadi pasangan yang terbaik
ya…inilah adakah kententuan Allah yang tidak bisa manusia fikirkan
Terbaiklah perkongsian tuan Hanafi kali ni…rasa lama pula tak berkunjung ke sini untuk mencari idea next konten 🙂
AhmadiKatu recently posted…Aku Yang Tersakiti – Bab 1 Part 2
nak juga terbaik sgt..
saya berkongsi sekadar terluah di hati dan terlintas di minda..
BTW terima kasih kembali tuan
satu perkongsian yang menarik untuk orang bujang macam saya ni tuan =)
penulisan ini memang difokuskan untuk orang bujang sahaja hehehe
Macamana nak mencipta keserasian bagi hubungan jarak jauh yang berhubung melalui WA atau call sahaja….adakah yakin dengan gerak hati yang mengatakan seseorang itu serasi sehingga layak untuk dinikahi ?
hubungan jarak jauh agak sukar untuk mengenal pasti serasi atau tidak..
tiada cara lain selain solat istikarah untuk meminta petunjuk kepada siapa yang benar
Persoalannya kini ramai pasangan muda mengakhiri perkahwinan mereka dalam tempoh kurang lima tahun.
kdg tertanya2… apa sbnr nya yg diorg inginkan dlm perkahwinan?adakah disebabkan belum matang dan ambil keputusan berkahwin krn alasan nk elak zina?
at the end, anak2 jg mangsa… kesian masa depan mereka yg tak menentu
sebagai orang yang pernah melalui perkahwianan 17 tahun lamanya, saya berpendapat masalah utama penceraian usia muda kerana komunikasi tidak berkesan
selain itu ketidakupayaan selesaikan kemelut rumah tangga..
banyak juga faktor laib yang berkait rapat
Perkongsian yg menarik untuk renungan bersama, juga menjadi peringatan buat pasangan yg bakal mengharungi alam pernikahan. Thanks sharing tuan, salam ukhwah selalu.
sama-sama tuan.
semoga ianya bermanfaat kepada meteka yang memerlukan
jodoh mmg rahsia allah tapi kita pun kena berusaha utk dapat jodoh yg bagus utk kita
usaha adalah tanda kita yakin dengan kuasa Allah
ada yang mudah dan ada juga sulit..
apa-apapun ianya adalah dalam kekuasaan Allah
Jodoh itu rahsia Allah..selama mana jodoh itu boleh bertahan juga rahsia dia. milik dia. Kita hanya perlu berusaha dan berserah..
JMR recently posted…Tak Rugi Baca: Kita Selalu Lalai Untuk Mendongak Ke Atas.
ya..saya cukup bersetuju bro dan itu yang sepatutnya
yaaa..kadang2 yang dah berkahwin pun, keserasian tu masih belum tercapai 100% walau selepas bertahun2…
perkara biasa ..
apa nak hairan
sebab manusia memang dijadikan berbeza antara satu sama lain