Cinta Tidak Boleh Dipaksa Untuk Suami [ edisi kemas kini ]

Mungkin Cinta Tidak Boleh Dipaksa Untuk Suami. Keindahan alam percintaan yang membawa ke alam perkahwinan ialah saling mencintai pasangan masing-masing seadanya.

Dalam erti kata yang mudah, saling melengkapi untuk membawa titik persamaan biarpun ada jurang perbezaan yang sangat ketara.

Persoalannya cinta tidak mungkin berkekalan jika rasa tarikan cinta kepada pasangan cuma lahiriah tanpa didasari cinta kerohanian yakni saling mencintai untuk mendapat reda Illahi.

Mari kita ambil iktibar kisah rumahtangga Roslan dengan Rosnah dalam kemelut cinta tidak boleh dipaksa.

Roslan terpunduk di sofa lusuh rumahnya.Matanya bergenang air mata. Lama kelamaan lelehan air mata tidak mampu diseka lagi.

Fikirannya buntu. Mindanya kosong.Langsung tiada apa yang mampu terlintas difikirannya tatkala membaca kiriman SMS Rosnah.

Rosnah adalah wanita pilihan hati Roslan. Mereka sudah diijabkabul sejak 15 tahun dahulu. Anak-anak sudah menjejaki kaki ke sekolah menengah.

WAJIB BACA :   Jodoh Anak Dara Dengan Suami Orang

“Assalamualaikum abang.Maafkan Rosnah kerana menghantar SMS yang kurang disenangi ini. Tambahan pula dalam bulan Ramadan. Bulan yang mulia lagi berkah ini.

Namun Rosnah tidak mampu lagi bersabar dengan keadaan abang yang dibelit kemelut kewangan. Nafkah anak-anak terabai. Rupa abang pun dah berserabai. Kurus melidi dengan rambut tidak terurus bagaikan orang gila.

Rosnah pula sudah hilang perasaan cinta terhadap abang. Jika dah tiada perasaan mana mungkin Rosnah boleh melaksanakan tanggungjawab isteri terhadap abang.

Sekiranya berterusan begini Rosnah rasa amat berdosa kerana tidak taat kepada suami. Rosnah sudah berfikir semalaman dan ingin mengambil keputusan untuk kita berpisah saja.

Kita jumpa majlis Islam untuk menyelesaikan dan ampunkan dosa Rosnah”

Roslan beristighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT atas luahan hati isterinya. Roslan risau sangat-sangat kerana isteri yang memohon berpisah tidak akan mencium bau syurga.

WAJIB BACA :   7 Keburukan Kahwin Muda Yang Sewajarnya Dijauhi

Lainlah kalau Roslan sudah mengingkari perintah agama dan telah hidup luar batasan Islam .

Roslan cuma dihukum kerana kesempitan rezeki yang amat mendesak.

Roslan cuba membela diri.

Roslan bermuhasabah untuk mengumpul kekuatan diri dan mengakui kesilapan.

Usahanya dalam bisnes yang tidak menghasilkan rezeki. Bukan Roslan tidak berusaha atau berpeluk tubuh semata-mata.

Usahanya sudah all out namun rezeki belum berpihak kepadanya.

Perlahan-lahan hati kecilnya berbicara “Saya gagal menjadi suami unggul”

Roslan terkedu. Lidahnya tidak mampu berkata-kata lagi.

Jika berkata ‘YA’ maka bagaimana dengan keadaan anak-anaknya. Roslan bertukar status menjadi duda.

“Alamak ngerinya” Getus hati Roslan.

Jika Roslan berkata ‘TIDAK’ bermakna Roslan menyiksa emosi wanita (isteri) yang kini sudah tidak mencintainya lagi.

Bukan sebulan dua tetapi bertahun lamanya  Roslan memberi peluang untuk dicintai dan mencintai sebagai suami isteri.

WAJIB BACA :   Cara Cari Jodoh ( Bahagian 7)

Ternyata hampa.

Namun di penghujung terowong ada cahaya kegembiraan tetapi sampai bila. Tiada jawapan untuk soalan itu.

Roslan dalam dilema di persimpangan yang dahsyat.

Puas Roslan membuat andaian bagaimana senario perkahwinan jika suami mencintai isteri tetapi isteri tiada perasaan cinta terhadap suami.

Hampir mustahil untuk memaksa cinta seseorang.

Ternyata pahit bagaikan hempedu. Mungkin seperti makan hati berulam jantung,

“Ahh! mana mungkin begitu” Sekali lagi Roslan menjerit dalam hati.

Sayangnya tiada siapa yang mendengar kecuali Allah SWT.

Perlahan-lahan Roslan menapak dari sofa ruang tamu menuju bilik air.

Roslan mengambik wudhuk untuk solat Asar dan seterusnya berdoa serta berzikir sehingga masuk berbuka puasa.

Cerita ini mungkin bersambung  atau mungkin juga berakhir di sini. Semuanya dalam serba kemungkinan.

p/s : Apa kata sambung baca cerita Lelaki Berduit VS Lelaki Kacak

  • Kemas kini 25.12.22

Comments 20

Leave a Reply to ummi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge