Ciri ciri perempuan yang tidak patut dikahwini

[Edisi kemaskini 6/11/2019]

Jom kita kenali ciri ciri perempuan yang tidak patut dikahwini.Sekiranya hendak bahagia, pilihlah wanita solehah sebagai calon isteri.Jika terpilih sebaliknya bertabah saja bro.Mungkin sudah takdir dan suratan kehidupan.

Ciri wanita yang saya kongsikan ini cuma perkongsian yang subjektif.Bukan titik muktamad untuk meletakkan mereka sebagai penyebab utama keruntuhan rumahtangga.

Ilmu ini saya petik dan ubah sesuai dari buku Duhai Wanita Permaisuri Hati tulisan Datuk Ustaz Kazim Elias

Secara tulus hati saya sangat suka kalau para pencari jodoh di luar sana boleh menghadamkan ilmu ini untuk kebaikan kita bersama.Jadikan panduan asas.Selebihnya ikut kata hati kerana hati sendiri tidak pernah membohongi tuan punya badan.

Saya percaya wanita bisa berubah dari kurang baik menjadi baik.Cuma ciri wanita yang dikupas ini berdasarkan pemerhatian orang dulu-dulu dan sehingga ini masih lagi relevan dalam semua zaman.

Ciri ciri perempuan yang tidak patut dikahwini

pakej fotografi perkahwinan

Kalau berani cubalah.

Kalau tak berani, jangan cuba-cuba.

Jom hadam dan fikir-fikirkan.

1.Al- Muhariyah

Wanita jenis ini suka membangga diri.Mereka rasa bangga dengan kecantikan, kedudukan, tahap pendidikan, kewangan, kerjaya dan kepintaran.

Dalam rumahtangga mereka mengutamakan perkara tersebut berbanding suami sendiri.Bagi mereka ada atau tidak suami sama sahaja.Jangan hairan kepada nasib suami yang bila-bila masa sahaja boleh kena tendang.

WAJIB BACA :   7 Keburukan Kahwin Muda Yang Sewajarnya Dijauhi

Alahai nasib kau lah labu.

2.Al-’Ahirah

Wanita jenis ini tidak boleh menerima teguran.Hati mereka lebih keras dari batu.Bagilah apa-apa nasihat.Yang pasti nasihat tersebut umpama menjirus air di atas daun keladi.

Sungguh besar ujian bagi suami yang beristeri wanita sebegini.Pergaduhan suami-isteri akan berlarutan dan berpanjangan.Hati wanita jenis ini tidak akan mengalah dan sanggup menegakkan benang yang basah.Lebih parah lagi jika anak-anak perempuan kita turut mewarisi sifat ibu mereka.

3.Al-Nasyiz

Wanita yang ada sifat ini suka membantah dan menentang pendapat suami mereka.Apa-apa tindakan suami akan dibangkang penuh lantang.Sifat ini menunjukkan mereka sudah hilang hormat pada suami.

Jika bantahan perkara buruk tidak menjadi masalah.Yang masalahnya mereka menentang apa jua kata atau tindakan suami.Lawan tetap lawan adalah prinsip mereka.

Nak cakap apa lagi wahai lelaki yang budiman ?

produk kesihatan lelaki

4.Ananah

Dalam erti kata yang lain wanita ini suka merungut dan keluh resah.Semua perkara macam tidak betul pada rasa dan mata mereka.Berilah apa sahaja untuk mereka dan ternyata mereka susah untuk bersyukur.

Mereka akan mengadu apa jua kekurangan pada suami.Mungkin mendesak dan terus rasa tidak puas hati terhadap pasangan.

Jika sudah beristeri dengan wanita begini bawalah bersabar tahap gaban la ye…

5.Al-Mananah

Mereka kaki ungkit.Mereka tidak pernah lupa kebaikan yang diberikan kepada suami.Jika ada pergaduhan maka inilah masa terbaik untuk mengungkit kembali jasa tersebut.Dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara mereka akan mengungkit kepada pasangan.

WAJIB BACA :   Mengapa Telur Ayam Bebas Antibiotik Menjadi Pujaan Hati

Suami yang berhati tisu akan berkecil hati jika beristerikan wanita kaki ungkit.Lebih-lebih lagi berjumpa isteri yang ada kerjaya dan sumber kewangan sendiri.Mungkin pada mulanya manis belaka.Lama-kelamaan rasa tidak puas hati isteri jenis ini akan timbul juga setelah mengetahui suami seperti tidak menghargai.

6.Al-Hananah

Wanita yang ada hati kepada lelaki lain walaupun sudah bersuami.Hati mereka tidak setia pada yang satu.Ada atau tidak masalah keluarga, hati mereka memang cenderung untuk ada lelaki lain.

Sebab utama mereka jadi begini kerana perasaan pada bekas kekasih tidak dapat dilupakan.Tambahan pula masih obses dengan cinta pandang pertama.Sedangkan suami yang ada di depan mata tidak dicintai sepenuh hati.

Kes parah tok pok !

7.Al-Hudaqah

Wanita jenis ini nafsunya kepada kebendaan.Mereka suka barang-barang perhiasan atau pakaian berlebihan.Jika wanita tidak bekerja mereka akan mendesak suami membelinya.Suami yang berpendapatan rendah memang sukar untuk memenuhi kehendak mereka.

Akibatnya isteri tidak puas hati dan mencetuskan rumahtangga tidak harmoni.Kalau kena dengan suami yang berduit atau berwang, bukan masalah besar.

Masalah itu kasi celah gigi jer !

8.Al- Sulaqah

Sifat wanita ini banyak bercakap.Boleh dikatakan ‘radio bergerak’.Ada perkara yang  perlu didiamkan tetapi mereka tidak memampu berdiam diri.Berleter, mengomel dan memaki hamun.

Lebih memburukkan keadaan ada yang bermulut celupar dan laser.Mulut wanita begini tiada pelindungan takaful.Suka hati sahaja untuk mengata orang sama ada perkara baik atau buruk.Memang derita dalam diam kepada suami yang tidak mampu bersabar.

WAJIB BACA :   Pengalaman Cuci Usus Dengan Ayulax

9.Mukhtali’ah

Wanita ini suka minta cerai kepada suami sekiranya berlaku perselisihan faham.Sikit-sikit cerai dan cerai itu menjadi perkara yang ringan di mulut dan ringan juga di hati.

Jika suami tidak menceraikan, mereka akan berkeras juga untuk bercerai dengan memohon khulu’ atau tebus talak di mahkamah.Tidak hairan banyak perceraian berlaku pada wanita kategori tersebut walaupun dengan alasan paling remeh.

10.Al-Buraqah

Wanita yang suka berhias dan mementingkan kecantikan secara keterlaluan.Masa mereka banyak untuk berdandan rapi dan sentiasa ingin cantik setiap masa.Masalah akan timbul apabila sudah berkahwin kerana mereka suka menonjolkan kecantikan semasa di luar rumah.

Dalam kes yang menyedihkan mereka tidak pedulikan makan minum anak dan suami.Tambahan pula cerewet dengan pemakanan semata-mata untuk kekal cantik dan menawan.

Wahai sahabatku, mohon bersabar jika dapat isteri cantik tetapi ada sifat-sifat begitu.Nasib baik la cantik kan..

Renungan bersama

Ciri wanita ini akan tersirna sifat mereka setelah kita berkahwin dengan mereka.Ada juga yang terang-terangan ditunjukkan.Ini dinamakan petunjuk yang Allah kurniakan kepada lelaki agar terpelihara iman dan takwa supaya jangan pilih mereka sebagai calon isteri.

Carilah wanita yang cantik di muka, cantik juga akhlaknya.Tak dapat cantik janji cantik akhlak dan agama pun sudah kira bertuah.Semoga sentiasa berhati hatilah memilih bakal isteri.Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian lu fikir la sendiri.

Comments 4

Leave a Reply to anies Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge