Cerita cucur pisang untuk mereka yang bajet lari…

Cucur pisang adalah menu yang popular dikalangan pengemar makanan berminyak atau bergoreng Selain harga yang murah cucur pisang jadi juadah menyelerakan sekiranya dalam situasi bajet lari.

Mana tidaknya cucur pisang masih berharga mampu beli walaupun bajet tidak mengizinkan. Angkara siapa kalau jadi begini. Jangan salahkan orang lain. Lebih baik salahkan diri sendiri.

Ambil contoh. Tak perlu pergi jauh. Contohnya kepada diri saya sendiri. Mungkin terlebih belanja sehingga bajet ke laut. Aliran tunai nyawa-nyawa ikan.

Oleh kerana bajet lari saya jadikan cucur pisang sebagai juadah tengahari. Harga RM1 untuk lima biji. Betul-betul murah walaupun sebelum ini ada yang berharga 10 sen untukj satu hiris.

WAJIB BACA :   Mimpi Indah Yang Mendebarkan Jiwa

Cucur pisang

Serius.

Admin terbeli beli cucur pisang bila terpandang keayuan penjualnya. Masih muda dan syantik terpelihara.

Akibatnya:

1.Cair iman

2.Syok sendiri

3.Bersyukur selalu

Cair iman untuk makan cucur pisang. Jangan pulak fikir lain-lain.

Syok sendiri sebab gadis syantik seperti terkejut melihat kehenseman admin. Nak beli RM1 tetapi mereka terjual RM2.

Bersyukur selalu sebab rezeki ada di mana-mana. Biarpun makan cucur pisang tetapi rasa kenyang seperti makan nasi ayam.

Penutup

Bajet lari bergantung kepada nafsu berbelanja. Wang keluar lebih banyak dari wang masuk maka inilah jadinya.

Semoga kita berjimat semasa berbelanja.

  • Kemas kini 16/5/22

Comments 16

Leave a Reply to Idris Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge