Cuti Hari Ketiga Untuk Blogwalking

Cuti Hari Ketiga Untuk Blogwalking…Dah lama tak buat blogwalking secara besar-besaran.Dulu-dulu selalu buat.Sekarang jauh berkurangan.Ada sebab dan alasan yang kurang jelas.Namun ketika hari cuti begini mrhanafi berpeluang untuk blogwalking.Dapat lebih dari biasa kerana ada masa dan kemampuan internet.

Ketika mrhanafi menceburi dunia blogger suatu ketika dahulu, kegiatan blogwalking adalah rutin harian.Tak buat maka tak sah untuk hari tersebut.Sekali blogwalking bukan sikit tau.Ada lebih seratus blog yang telah dikunjungi.Bermula dari blog yang ada nama sehinggalah blog picisan sebagaimana blog ini.

blogwalking

Hari ini mrhanafi bangun lewat dari biasa.Namun masih dalam waktu subuh bagi kawasan yang sewaktu dengannya.Selesai menjalankan tanggungjawab rasmi,mrhanafi terus online untuk membuat aktiviti blogging.Sambil-sambil semak email.Mana tahu ada duit online masuk,Kebiasaannya jarang-jarang ada.Yang penting jangan berputus asa untuk terus berjuang menjana pendapatan.

[Lubuk Menjana Pendapatan Telco Terbaharu di >>>> SINI ]

Selesai sarapan pagi dan hantar anak ke sekolah mrhanafi,berkira-kira untuk membuat blogwalking secara agresif.Sebelum itu sempat juga melaksanakan solat sunat gerhana matahati sebanyak dua rakaat.Nampaknya bukan rezeki buat mrhanafi yang berada di Kota Samarahan.Cuaca mendung dengan awan hitam.Jadi tak nampak sangat matahari yang sedang gerhana.Terlepas peluang hebat dalam hidup ini.

Tengaharinya pula barulah mrhanafi dapat blogwalking dengan lancar.Banyak juga blog dapat dikunjungi namun tidak sebanyak yang mrhanafi buat beberapa tahun yang lepas.Faktor usia juga ada mempengaruhi dan sekali sekala melayan media sosial Facebook.Tak buka Facebook macam tak best juga.Lagipun ramai rakan-rakan awek yang cantik kat sana.Mereka suka belanja gambar mereka yang cun-cun tu.

Pada waktu petang  mrhanafi tak ada program pulak nak keluar rumah.Entah macam mana dah tak pandai pulak nak mengeteh atau mengopi bersama rakan-rakan sebaya.Sejak jadi blogger ini rata-rata rakan cuma dalam alam maya.Untuk alam nyata mrhanafi bagaikan hilang taring pulak.Dah tak pandai keluar rumah jika tiada urusan yang penting.Pasti boleh mengalahkan anak gadis bergetah jiran sebelah,

{sekilas pandang}

Aktiviti blogwalking atau kegiatan berkunjung dari blog ke blog memang menyeronokkan.Lebih menyeronokkan jika ada blog yang menyajikan bahan penulisan yang bermanfaat,menghiburkan dan berinformasi.

Sungguhpun mrhanafi bercuti tanpa pergi kemana-mana namun dengan adanya blogwalking dapat juga merasai pengalaman rakan-rakan yang berada seputar Malaysia.

Terima kasih kerana sudi membaca.

(Visited 6 times, 1 visits today)

16 thoughts on “Cuti Hari Ketiga Untuk Blogwalking

    • Feel untuk alam maya dan alam nyata tak sama bro..sejujurnya saya lebih suka alam nyata kerana dapat transfer aura seperti senyum,gembira sedih dan sebagainya

    • sesibuk manapun kita sebagai blogger..memang tak dapat lari dari blog..tak de orang paksa kerana blog adalah urat nadi kedua..

      biasanya dapat anak yang istimewa perlukan gandaan kasih sayang…in shaa Allah ada pahala berganda juga tu.

Leave a Comment

CommentLuv badge