Cuti Sekolah Masa Bersama Keluarga

Cuti Sekolah Masa Bersama Keluarga…Ibubapa yang sibuk memang menginginkan masa terluang untuk anak-anak.Musim cuti adalah masa terbaik untuk bersama keluarga sama ada untuk melancong,bersiar-siar atau sekadar menjamu selera di restoran segera.

cuti sekolah

Pada waktu ini ramai sudah membanjiri pusat membelah belah.Mereka membeli peralatan sekolah untuk anak-anak.Persiapan awal begini sangat bagus.Ia boleh mengelakkan kesesakan pada hujung tahun nanti.Jangan hairan ada  harga barangan akan terus naik sehingga mencekik leher pengguna yang kurang bernasib baik.

Ada juga keluarga yang mampu kewangan menggunakan masa cuti begini untuk melancong.Pusat peranginan dalam dan luar negeri  akan menjadi tumpuan.Anak-anaklah orang yang paling gembira.Habis cuti sekolah pasti mereka sibuk menceritakan pengalaman masing-masing dengan rakan sekolah.

Teringat saya dengan pengalaman seorang jutawan.Beliau menceritakan  kisah keperitan hidupnya berjuang untuk kejayaan.Hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.Nasib baik ketika itu belum ada pepatah kais malam untuk makan malam.Tak perlu saya ceritakan tentang kesusahan tersebut.

Baik saya teruskan kepada kehidupannya ketika hidup senang.Apabila ada limpahan rezeki yang mencurah-curah maka lebih baik merancang untuk bawa anak-anak berjalan jalan.Dapatlah mereka melihat dunia sebenar diluar lingkungan persekitaran.Itu pesan beliau.

Semasa berada pada sessi persekolahan nanti mereka tidak akan rasa rendah diri bersama rakan-rakan yang lain.Mereka pasti bercerita pengalaman cuti sekolah masing-masing.

Kepada ibubapa yang kurang kemampuan wang tak perlulah bawa anak-anak berjalan jauh.Sekadar bawa mereka bersiar-siar di pusat membeli belah pun memadai.Walaupun sekadar melihat gelagat orang ramai.

Jangan pula rasa rendah diri.Sebaliknya pasang azam untuk mencari reseki lebih.Kata orang azam berada dalam jiwa dan impian pula dari minda,Luangkan masa anda untuk melihat sendiri bagaimana Rahsia Rezeki.

Manalah tahu,lepas anda mempelajari rahsia tersebut maka anda boleh merancang plan terbaik untuk bercuti dan melancong bersama ahli keluarga.Jika tidak berjaya pun anda mendapat pengalaman yang sangat berharga dalam kehidupan ini.

{sekilas pandang}

Cuti sekolah ini  begini adalah masa paling sesuai untuk buat kendurj  perkahwinan.Boleh jamu satu kampung.Itupun kalau ada duit yang sangat banyak.Berkepuk-kepuk dalam bank.

Sekurang-kurang cuti sekolah adalah masa untuk berpesta untuk anak dan ibubapa.

(Visited 12 times, 1 visits today)

8 thoughts on “Cuti Sekolah Masa Bersama Keluarga

  1. Area borneo hujung2 tahun musim cuti sekolah cuaca macam mana ya…area selatan – JOHOR tempat saya hujan tak menentu…kadang2 plan nak bawak anak cuti sekolah pon pending..

    Kenduri kawin jek laa port jalan2 kami sekeluarga bila dapat kad jemputan.. 😀

  2. Cuti akhir tahun satu keluarga ni..kena rancang awal-awal. Supaya cuti menjadi masa yang menyeronokkan dan kewangan dapat digunakan sebaik-baiknya tanpa pembaziran yang merugikan.

Leave a Comment

CommentLuv badge