Dari Blogger menjadi Youtuber

Saya sudah berjinak-jinak menjadi blogger sejak tahun 2009 tetapi lebih serius ketika 2015 sehingga kini.

Namun pada tahun 2021 saya cuba melebarkan sayap pula untuk menjadi seorang Youtuber pemula.(beginer)

Kalau tidak bermula dari sekarang sampai bila akan ada perubahan.

Manusia wajar berubah.

Perubahan dalam semua aspek kehidupan terutama ilmu pengetahuan, cara berfikir dan cara bertindak.

Perubahan yang dituntut adalah perubahan yang baik dan ada paradigma yang mantap.

Perubahan yang saya maksudkan menjadi blogger dan Youtuber dalam masa yang sama.

Kedua bidang ini saling timbal balik.

Saling melengkapi antara satu sama lain sebagai Blogger dengan Youtuber

Sejujur gaya persembahan dan kualiti penampilan saya aka Youtuber dalam video tersebut belum lagi berada tahap memuaskan.

WAJIB BACA :   Dahsyatnya sedekah waktu subuh yang wajib diyakini

Apatah lagi sudah di peringkat terbaik.

Belum lagi bermimpi dan berimpian ke situ.

Cuma impian dan mimpi saya lebih terarah ke satu bidang yang jauh lebih hebat dan mengujakan yakni networking ecommerce.

Bidang ini telah saya tulis khas dalam satu lagi blog iaitu Volten Power 

Saya tinggalkan perkara tersebut.

Video dalam saluran video saya ini saya komersialkan sebagai Spontan Bersama Mrhanafi.com.

Pelbagai isu semasa dalam pelbagai perkara akan saya kongsikan secara santai dan ringkas.

Ada yang seminit dua dan setakat ini belum lagi mencecah 10 minit.

Cukuplah dulu buat permulaan.

Ada impak. Ada kesan.

Beri manfaat dan kebaikan jadi keutamaan.

WAJIB BACA :   Buat Blog Baru Yang Percuma

Setakat ini dulu perkongsian saya.

Jika sudi —-> jom follow, share dan komen saluran Youtube Spontan Bersama mrhanafi.com

Comments 12

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge