Kisah lelaki yang demam rindu

Ini kisah lelaki yang demam rindu.Demam perkara biasa untuk dilalui seseorang.Sebab itu dinamakan demam rindu.Cewah.Tajuk lain, isi lain.

Saya demam selsema sebenarnya.Keadaan yang berjerebu dan cuaca panas memang penyumbang kepada demam selsema.

Ketika ini saya belum pulih lagi.Cuma bersyukur kerana demam yang saya alami tidak begitu teruk.Sekadar panas badan, bersin dan hidung berair sahaja.

Saya pengamal madu dan percaya madu adalah sumber alam yang terbaik untuk kesihatan manusia.Orang kata madu sangat berkhasiat sebagai suplimen untuk menguat antibodi.

Rupanya tidak begitu berkesan.Mungkin kerana madu yang saya beli belum begitu baik dari segi ketulenan. Harga murah kot. Nak dijadikan cerita. Saya pun boleh terkena demam.

WAJIB BACA :   Kisah bertapa di Gua Pari-Pari, Bau Sarawak...akhirnya misteri terbongkar

So no wonderlah kemujaraban madu tersebut masih boleh dipertikaikan. In shaa Allah selepas ini nak beli madu yang berkualiti premium.Biar harga mahal tetapi ori.Biar puas hati.

Seperti biasa.

Ketika demam saya akan minum air mineral dengan banyak.Ada rasionalnya kerana ketika kita demam badan akan berasid. Proses untuk meneutralisasi memang perlukan air atau produk yang ada sifat alkali.

Beruntunglah mereka yang ada memasang mesin pemproses air seperti Coway atau Cuckoo.Mesin ini boleh menghasilkan air yang ada pH tinggi.

Ketika demam saya ada tabiat pelik sedikit.Biasanya suka bermanja dan dimanjai. Sayangnya keadaan tidak mengizinkan.

Kehidupan kembali solo telah melenyapkan tabiat tersebut. Jadi terpaksa menjadi seorang yang tabah,sabar dan berfikiran positif selalu.

WAJIB BACA :   Hijrah Diri : Jadikan Hari Ini Jauh Lebih Baik

Terfikir juga untuk mengupah jururawat peribadi yang syantek untuk merawati saya yang tengah demam. Namun fikiran tersebut terpaksa dibuang jauh-jauh kerana khuatir ada rawatan lain pulak yang menyusul nanti.

Hahahahaha.. Nakal la pulak. Maklum sahaja badan yang demam tetapi naluri tetap sihat walfiat. Fuyoo.

Penutup

Saya berharap demam ini dapat pulih segera.

Sedikit sebanyak memberi pengajaran bahawa hidup seorang diri amat berisiko jika kesihatan terjejas. Kalau kita meninggal dunia kemungkinan besar lambat orang tahu.

Tatkala jasad kita sudah membusuk dan berulat barulah orang sekeliling akan sedar kehilangan kita.Itulah risiko yang bakal dihadapi oleh orang yang hidup seorang diri.

Mudah-mudah kita semua menghargai pasangan,keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.Paling tidak lelaki yang demam rindu la sangat ada orang akan ambil tahu.

WAJIB BACA :   3 punca penyakit buah pinggangโ€ฆnak selamat wajib baca info ini !

p/s : Jangan lupa untuk bongkar kisah –>> Bisnes Tudung Je Tapi Income RM15 Ribu Sebulan..Betul Ke Nie ?ย 

Comments 46

Leave a Reply to Admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge